Pengenalan
Perpustakaan Darul Quran JAKIM telah ditubuhkan pada tahun 1998 seiring dengan pembinaan kompleks baru Darul Quran JAKIM di Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru, Selangor.
Ditempatkan bersebelahan kompleks Pusat Islam dan beroperasi mengikut waktu pejabat. Boleh menempatkan sekurang-kurangnya 150 orang pengunjung pada satu masa. Koleksi telah mencecah 23,500 naskah buku-buku ilmiah yang terdiri dari kitab bahasa Arab, bahasa Malaysia dan Inggeris pelbagai subjek yang berkaitan dengan pengajian di Darul Quran JAKIM.
Visi
Misi
Objektif
-
Menyediakan bahan-bahan yang berkaitan dengan pengajian bagi tujuan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan;
-
Sebagai sumber rujukan maklumat dan pengetahuan kepada semua pengguna perpustakaan;
-
Sebagai pemangkin dalam pembelajaran pelajar dan penyumbang kepada kemajuan Darul Quran JAKIM;
-
Memupuk kesedaran nilai sumber maklumat serta menggalakkan penggunaannya;
-
Melahirkan huffaz yang mahir dalam pencarian maklumat dan peka terhadap kepentingan ilmu.

24k
1.5k
Waktu Operasi
Isnin - Khamis
7.30 pagi - 4.30 petang
1.00 petang - 2.00 petang (Tutup)
Jumaat
7.30 pagi - 4.30 petang
12.15 tengahari - 2.45 petang (Tutup)
Sabtu & Ahad
Tutup
Kemudahan
Koleksi
Mengandungi buku-buku ilmiah dan bacaan dalam semua bidang. Buku-buku ini boleh dipinjam.