Darul Quran JAKIM menjalankan program pengajian daripada peringkat Sijil sehingga Ijazah. Maklumat serta syarat-syarat kelayakan berkenaan program-program pengajian ini boleh dirujuk di pautan Program Pengajian.
Permohonan kemasukan dibuat secara dalam talian (online) di laman sesawang www.darulquran.gov.my dalam tempoh iklan sahaja.
Maklumat lanjut boleh dirujuk melalui pautan Program Pengajian.
Calon juga dinasihatkan untuk sentiasa melayari laman sesawang serta media-media sosial rasmi Darul Quran JAKIM dari masa ke semasa untuk mendapatkan info-info terkini berkaitan Darul Quran JAKIM.
Syarat-syarat kelayakan kemasukan boleh dirujuk di pautan Program Pengajian.
Mana-mana calon yang tidak menepati salah satu daripada syarat tersebut adalah tidak layak memohon.
Darul Quran JAKIM tidak mengenakan sebarang yuran pengajian. Setiap pelajar hanya perlu membayar yuran pendaftaran ketika pertama kali mendaftar sahaja. Jumlah sebenar yuran pendaftaran akan dimaklumkan dalam surat tawaran kemasukan pelajar baharu dan ianya adalah berdasarkan keperluan semasa.
Darul Quran JAKIM
Jalan Hamzah, Ampang Pecah
44000 Kuala Kubu Bharu
Selangor Darul Ehsan
Sebarang pertanyaan berkenaan kemasukan boleh diajukan kepada Seksyen Kemasukan, Biasiswa & Graduasi Darul Quran JAKIM di talian +603-60635351 / +603-60635349 / +603-60635374 / +603-60635324 / +603-60635323 pada waktu pejabat.