Bantuan Kebolehcapaian

Skip to main content

PERKEMAT DQ


Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) merupakan sebuah badan bukan kerajaan, Non-Govermental Organisation (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1984. Persatuan ini diuruskan oleh barisan pimpinan mahasiswa Darul Quran JAKIM dengan kerjasama baik daripada pihak pentadbiran kampus.

Penubuhan persatuan ini pada awalnya bertujuan membantu menguruskan pelajar-pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Timur Tengah. Namun demikian, persatuan ini dilihat berpotensi besar dalam arena dakwah sekaligus fungsi persatuan ini telah diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa berdasarkan kerelevenan dan berdasarkan kondisi semasa.

barisan-exco-perkemat

Barisan Exco PERKEMAT DQ Sesi 2025/2026

Interpretasi Logo

Logo Pertubuhan berbentuk seperti kubah yang membentuk perkataan ‘DAR’ dan di dalamnya terdapat kalimah al-Quran.

Secara langsung jika dirangkumi pembentukan kalimah-kalimah tadi ia menjadi institusi di mana bernaungnya PERKEMAT DQ iaitu Darul Quran JAKIM.

Kalimah DAR Digandakan
Melambangkan keseimbangan antara dunia dan akhirat.
Melambangkan ahli yang bernaung di bawah PERKEMAT DQ yang terdiri daripada muslimin dan muslimat yang saling melengkapi antara satu sama lain, bersama menjunjung perintah al-Quran dan al-Sunnah.

Al-Quran di Mercu Logo
Menunjukkan bahawa Darul Quran JAKIM adalah tempat di mana al-Quran dimuliakan, dipelihara, dipelajari serta dipraktikkan ajarannya.

Bentuk Kubah Runcing
Memperlihatkan hala tuju Darul Quran JAKIM yang sentiasa ‘memandang ke depan’ dalam usaha melahirkan graduan huffaz yang mampu meletakkan diri pada marhalah yang terbaik bagi menyumbang bakti kepada agama, masyarakat dan Negara seiring dengan perkembangan dan kemajuan Negara dan dunia.

Tapak Yang Lebar
Melambangkan keteguhan prinsip Darul Quran JAKIM dan mahasiswanya bagi memelihara dan berpegang teguh pada ajaran al-Quran dan al-Sunnah tidak kira di mana jua berada.

barisan-exco-perkemat

Logo PERKEMAT DQ

Hubungi Kami

Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT)
Darul Quran JAKIM
Jalan Hamzah, Ampang Pecah,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.