Pengenalan
Kolej Kediaman Darul Quran menyediakan tempat tinggal yang kondusif, tersusun dan berteraskan nilai-nilai Islam kepada para pelajar tahfiz. Ia bukan sekadar ruang penginapan, tetapi menjadi medan tarbiah dalam membina akhlak, disiplin serta semangat ukhuwwah fillah dalam kalangan pelajar sepanjang tempoh pengajian.
Terdapat 3 Blok Kolej Kediaman iaitu Blok Imam As-Syatibi, Blok Imam Al-Jazari dan Blok Saidatina Khadijah.






Kolej Kediaman
Setiap nama blok diambil sempena tokoh-tokoh besar Islam sebagai simbol kecemerlangan ilmu, kekuatan akhlak dan ketokohan dalam sejarah Islam.
- Untuk pelajar lelaki
- Kapasiti: 300 orang
- Untuk pelajar lelaki
- Kapasiti: 300 orang
- Untuk pelajar perempuan
- Kapasiti: 400 orang
Kafeteria di Kampus
Pelbagai juadah disediakan setiap hari termasuk:
- Nasi campur dengan lauk pauk
- Menu sarapan pagi seperti nasi lemak, mee goreng & sandwich
- Makanan ringan dan minuman panas/sejuk
- Pilihan makanan bungkus untuk kemudahan pelajar
Isnin hingga Jumaat
7.00 pagi - 10.00 malam
Sabtu & Ahad
8.00 pagi - 9.00 malam
Waktu operasi mungkin berbeza pada bulan Ramadan dan cuti umum.
Kafeteria dikendalikan dalam suasana patuh syariah, bersih dan mesra pelajar. Penekanan diberikan kepada:
- Harga yang berpatutan
- Kebersihan persekitaran
- Etika penyediaan makanan halal dan selamat


Kemudahan di Kolej Kediaman
Semua kemudahan diselenggara secara berkala dan dipantau oleh pihak pengurusan kolej bagi memastikan standard kebersihan dan keselamatan sentiasa terpelihara.
Kolej Kediaman Darul Quran merupakan ‘rumah kedua’ bagi para pelajar – tempat yang bukan sahaja menyediakan kemudahan fizikal, malah membina karakter dan jati diri huffaz al-Quran yang cemerlang, berakhlak dan bersedia untuk menyumbang kepada agama, masyarakat dan negara.