PENGENALAN
Program pensijilan mula diperkenalkan pada tahun 2000. Program ini dilaksanakan secara kerjasama antara Darul Quran JAKIM dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan Sijil Tahfiz al-Quran oleh JAKIM dan akan meneruskan pengajian ke IPT dalam bidang profesional.
PENGAJIAN
Pelajar diwajibkan menghafaz al-Quran 30 juzu’ dalam tempoh 3 semester (18 bulan) atau setahun di samping mempelajari subjek-subjek yang lain seperti Tajwid Ilmi, Tajwid Amali, Adab Hamalah al-Quran, Aqidah, Fiqh Al-Ibadah, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Bumiputera (keturunan Melayu, orang asli semenanjung, anak negeri Sabah dan Sarawak)
- Tidak berkahwin.
- Lulus Peperiksaan SPM tahun semasa dengan mendapat:
- Minima Gred C bagi mata pelajaran Matematik;
- Minima Gred C bagi semua mata pelajaran berikut:
table1 - Mendapat gred C+ untuk mana-mana dua (2) dalam mata pelajaran berikut:
table2
ATAU
Mendapat gred B untuk mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:
table3
- Pemohon hendaklah memilih UIAM sebagai Pilihan Utama melalui UPUOnline (sebagai Prasyarat Kelayakan).
- Lulus temu duga dan ujian yang ditetapkan.
PEMILIHAN
- Calon mestilah memenuhi SEMUA syarat kemasukan yang ditetapkan.
- Selain daripada kelayakan akademik, sikap positif, aktif, cemerlang dalam kepimpinan dan pengetahuan am adalah diberi keutamaan.
- Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan ditawarkan.
LAIN-LAIN MAKLUMAT
- Permohonan dibuat secara dalam talian (online) di laman sesawang www.darulquran.gov.my melalui https://mydq.islam.gov.my/ dalam tempoh iklan sahaja.
- Justeru calon dinasihatkan untuk sentiasa melayari laman sesawang serta media-media sosial rasmi Darul Quran dari semasa ke semasa untuk mendapatkan info-info terkini berkaitan Darul Quran JAKIM.