Darul Quran JAKIM merupakan institusi pengajian tinggi Islam di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang terletak di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Ditubuhkan pada tahun 1966 atas inisiatif Perdana Menteri pertama Malaysia, Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj, institusi ini bertujuan melahirkan generasi huffaz yang berilmu dan berakhlak mulia.

Mengapa pilih Darul Quran JAKIM
Memilih Darul Quran JAKIM bukan sekadar memilih tempat belajar – ia adalah pilihan untuk membentuk diri sebagai hamba Allah yang berilmu, berakhlak dan bersedia menjadi pewaris risalah kenabian. Di sinilah bermulanya perjalanan seorang huffaz yang profesional dan berketerampilan.
Program yang ditawarkan
- Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah Dengan Kepujian Secara Kerjasama Dengan USIM
- Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat
- Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-IIUM
Peperiksaan yang ditawarkan
- Program Kemahiran Malaysia
- Sijil Tahfiz Malaysia
- Sijil Perakuan Hafazan Bertahap
Kewangan & Biasiswa
Pengajian di Darul Quran JAKIM tidak dikenakan yuran pengajian sepanjang tempoh pengajian. Pelajar hanya perlu membayar yuran pendaftaran sekali sahaja semasa pendaftaran awal, dan jumlahnya akan dimaklumkan dalam surat tawaran kemasukan.
Hubungi Kami
-
Darul Quran JAKIM
Jalan Hamzah, Ampang Pecah, 44000 Kuala Kubu Bharu Selangor Darul Ehsan -
+603-6063 5333
-
+603-6064 5497
-
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Kenapa Saya Memilih
Darul Quran JAKIM
Saya memilih DQ kerana reputasinya yang baik dan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Ia juga terletak di lokasi strategik berhampiran Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia.
Saya memilih DQ kerana reputasinya yang baik dan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Ia juga terletak di lokasi strategik berhampiran Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia.