Accessibility Tools

Skip to main content

Announcement


  • Home
  • Announcement
  • PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU BAGI PROGRAM SIJIL ASAS TAHFIZ DARUL QURAN JAKIM SESI 2026/2027

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU BAGI PROGRAM SIJIL ASAS TAHFIZ DARUL QURAN JAKIM SESI 2026/2027

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU BAGI
PROGRAM SIJIL ASAS TAHFIZ DARUL QURAN JAKIM SESI 2026/2027

DARUL QURAN JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon program

Sijil Asas Tahfiz di Darul Quran JAKIM.

SISTEM PENGAJIAN

  • Pengajian dijalankan mengikut sistem semester selama 12 bulan (3 semester). Program ini ditawarkan kepada Orang Kelainan Upaya Penglihatan (OKUMP), Mualaf, Orang Asli, Peribumi Sabah dan Sarawak.
  • Pelajar diwajibkan menghafaz al-Quran 10 juzu’ dalam tempoh pengajian di samping mempelajari subjek-subjek yang lain seperti Tajwid, Bahasa Arab, Fiqh, Tafsir dan Akidah.
  • Pelajar yang berjaya mengikuti program Sijil Asas Tahfiz akan berpeluang menyambung pengajian ke peringkat Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, Darul Quran JAKIM sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN


WARGANEGARA

KATEGORI

SYARAT KELAYAKAN

SYARAT TAMBAHAN

OKU PENGLIHATAN (OKUMP)

  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 17 hingga 25 tahun.
  • Lulus Peperiksaan SPM atau percubaan SPM 2025 dengan mendapat minimum Gred C:

i) Bahasa  Melayu;

ii) Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Pendidikan Islam/ Tasawwur Islam/ Usuluddin/ Turath al-Quran dan Sunnah/ Al-Syariah/ Manahij al-Ulum al-Islamiah/ Turath Dirasat Islamiah/ Maharat al-Quran/ Manahij Ulum al-Islamiyah.

  • Tidak berkahwin.
  • Boleh menulis jawi.
  • Sihat tubuh badan dan mental yang baik.
  • LULUS TEMU DUGA.
  • Berkebolehan membaca al-Quran Braille dengan baik dan lancar.

MUALAF

  • Berkebolehan membaca al-Quran dengan baik dan lancar.

ORANG ASLI

PERIBUMI SABAH / SARAWAK



TEMU DUGA

  • Calon-calon yang layak berdasarkan syarat-syarat kelayakan sahaja akan dihubungi untuk sesi temu duga.
  • Tarikh temu duga : 17 November 2025

 

BIASISWA DAN PENGINAPAN


  • Biasiswa ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian ini dan penginapan disediakan sepanjang tempoh pengajian.

YURAN PENGAJIAN


  • Tiada yuran pengajian.
  • Hanya yuran pendaftaran sahaja dikenakan (tidak termasuk bayaran buku, yuran persatuan pelajar dan sebagainya).

CARA MEMOHON


  • Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman sesawang darulquran.gov.my melalui https://mydq.islam.gov.my/ (dalam tempoh iklan sahaja).
  • Calon adalah dinasihatkan melayari laman sesawang serta media-media sosial rasmi Darul Quran JAKIM dari masa ke semasa bagi mendapatkan informasi dan hebahan terkini.
  • Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 7 November 2025.
  • Untuk maklumat dan keterangan lanjut, sila hubungi talian 03-60635351 / 5349 / 5374 / 5324 / 5323 atau melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

MAKLUMAN SEMAKAN KEPUTUSAN TEMU DUGA


  • Calon yang berjaya dalam temu duga akan dihubungi oleh pihak urus setia.
  • Calon-calon adalah dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas selepas 12 Januari 2026.

LAMPIRAN


JADUAL PERGERAKAN PROSES PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU PROGRAM SIJIL ASAS TAHFIZ SESI 2026/2027

BIL.

PROGRAM / AKTIVITI

TARIKH

1

Iklan Kemasukan Pelajar Baharu & Permohonan (Online)

23 Sept 2025

(Selasa)

2

Tarikh Tutup Permohonan

31 Okt 2025

(Jumaat)

3

Semakan Layak Temu duga (Online)

7 Nov 2025

(Jumaat)

4

Sesi Temu duga*

17 Nov 2025

(Isnin)

5

Mesyuarat Panel Pemilihan Calon (PPC)

5 Dis 2025

(Jumaat)

6

Semakan Keputusan Temu duga (Online)*

10 Dis 2025

(Rabu)

7

Surat Tawaran Dikeluarkan (Online)

8

Tarikh Akhir Pengesahan Penerimaan Tawaran (Online)

30 Dis 2025

(Selasa)

9

Pendaftaran Pelajar Baharu

12 Jan 2026

(Isnin)

 

*Tertakluk kepada pindaan