PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU BAGI PROGRAM SIJIL ASAS TAHFIZ DARUL QURAN JAKIM SESI 2026/2027
PROGRAM SIJIL ASAS TAHFIZ DARUL QURAN JAKIM SESI 2026/2027
DARUL QURAN JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon program
Sijil Asas Tahfiz di Darul Quran JAKIM.
SISTEM PENGAJIAN |
- Pengajian dijalankan mengikut sistem semester selama 12 bulan (3 semester). Program ini ditawarkan kepada Orang Kelainan Upaya Penglihatan (OKUMP), Mualaf, Orang Asli, Peribumi Sabah dan Sarawak.
- Pelajar diwajibkan menghafaz al-Quran 10 juzu’ dalam tempoh pengajian di samping mempelajari subjek-subjek yang lain seperti Tajwid, Bahasa Arab, Fiqh, Tafsir dan Akidah.
- Pelajar yang berjaya mengikuti program Sijil Asas Tahfiz akan berpeluang menyambung pengajian ke peringkat Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, Darul Quran JAKIM sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN |
WARGANEGARA |
KATEGORI |
SYARAT KELAYAKAN |
SYARAT TAMBAHAN |
OKU PENGLIHATAN (OKUMP) |
i) Bahasa Melayu; ii) Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Pendidikan Islam/ Tasawwur Islam/ Usuluddin/ Turath al-Quran dan Sunnah/ Al-Syariah/ Manahij al-Ulum al-Islamiah/ Turath Dirasat Islamiah/ Maharat al-Quran/ Manahij Ulum al-Islamiyah.
|
|
|
MUALAF |
|
||
ORANG ASLI |
|||
PERIBUMI SABAH / SARAWAK |
TEMU DUGA |
- Calon-calon yang layak berdasarkan syarat-syarat kelayakan sahaja akan dihubungi untuk sesi temu duga.
- Tarikh temu duga : 17 November 2025
BIASISWA DAN PENGINAPAN |
- Biasiswa ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian ini dan penginapan disediakan sepanjang tempoh pengajian.
YURAN PENGAJIAN |
- Tiada yuran pengajian.
- Hanya yuran pendaftaran sahaja dikenakan (tidak termasuk bayaran buku, yuran persatuan pelajar dan sebagainya).
CARA MEMOHON |
- Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman sesawang darulquran.gov.my melalui https://mydq.islam.gov.my/ (dalam tempoh iklan sahaja).
- Calon adalah dinasihatkan melayari laman sesawang serta media-media sosial rasmi Darul Quran JAKIM dari masa ke semasa bagi mendapatkan informasi dan hebahan terkini.
- Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 7 November 2025.
- Untuk maklumat dan keterangan lanjut, sila hubungi talian 03-60635351 / 5349 / 5374 / 5324 / 5323 atau melalui emel
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
MAKLUMAN SEMAKAN KEPUTUSAN TEMU DUGA |
- Calon yang berjaya dalam temu duga akan dihubungi oleh pihak urus setia.
- Calon-calon adalah dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas selepas 12 Januari 2026.
LAMPIRAN |
JADUAL PERGERAKAN PROSES PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU PROGRAM SIJIL ASAS TAHFIZ SESI 2026/2027
BIL. |
PROGRAM / AKTIVITI |
TARIKH |
1 |
Iklan Kemasukan Pelajar Baharu & Permohonan (Online) |
23 Sept 2025 (Selasa) |
2 |
Tarikh Tutup Permohonan |
31 Okt 2025 (Jumaat) |
3 |
Semakan Layak Temu duga (Online) |
7 Nov 2025 (Jumaat) |
4 |
Sesi Temu duga* |
17 Nov 2025 (Isnin) |
5 |
Mesyuarat Panel Pemilihan Calon (PPC) |
5 Dis 2025 (Jumaat) |
6 |
Semakan Keputusan Temu duga (Online)* |
10 Dis 2025 (Rabu) |
7 |
Surat Tawaran Dikeluarkan (Online) |
|
8 |
Tarikh Akhir Pengesahan Penerimaan Tawaran (Online) |
30 Dis 2025 (Selasa) |
9 |
Pendaftaran Pelajar Baharu |
12 Jan 2026 (Isnin) |
*Tertakluk kepada pindaan