Bantuan Kebolehcapaian

Skip to main content

Pengumuman


  • Utama
  • Pengumuman
  • HEBAHAN SENARAI CALON YANG LAYAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN & MAKLUMAN TARIKH PELAKSANAAN SIJIL TAHFIZ MALAYSIA (STM) SIRI 2/2025

HEBAHAN SENARAI CALON YANG LAYAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN & MAKLUMAN TARIKH PELAKSANAAN SIJIL TAHFIZ MALAYSIA (STM) SIRI 2/2025

  • Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia yang telah dijadualkan pada 02 Oktober 2025 telah dipinda ke tarikh yang baru iaitu pada 23 Oktober 2025 bertempat di Pusat Peperiksaan mengikut Zon yang telah ditetapkan.
  • Calon tidak dibenarkan menukar pusat peperiksaan seminggu selepas hebahan ini
  • Nota Pengetahuan Agama Islam telahpun dipaparkan di laman sesawang islam.gov.my
  • Calon Sijil Tahfiz Malaysia tahun 2025 dikehendaki untuk masuk ke group whatsapp melalui kod QR yang diberikan, maklumat berkaitan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

ZON

PUSAT PEPERIKSAAN

UTARA

(Perlis, Kedah & Pulau Pinang)

INSTITUT AL-QURAN DARUL AMAN (IQDAR)

3138, Jalan Dato Haji Shuib 1/1, Taman Sri Taman 2, 05350 Alor Setar, Kedah

TENGAH

(Perak, Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya)

SELATAN

(N.Sembilan, Melaka & Johor)

DARUL QURAN JAKIM

Jalan Hamzah, Ampang Pecah, 44000

Kuala Kubu Bharu, Selangor

TIMUR

(Kelantan, Terengganu & Pahang)

KOMPLEKS MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG (MTTNP)

Jalan Baluk Maju 5, 26100 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

 

Group Whatsapp

 


STM_SIRI_2_2025.jpeg 

 

 

PERATURAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN

1)   Calon hendaklah membawa dokumen pengenalan diri (Kad Pengenalan) untuk melayakkan mereka menduduki peperiksaan.

2)    Calon hendaklah membawa Alat Tulis sendiri.

3)    Berpakaian sopan :

       a)    Lelaki : i) Berkopiah / Bersongkok

                            ii) Berkasut

                            iii) Tidak memakai kain pelikat

       b)    Perempuan  : i) Bertudung Labuh

                                        ii) Menutup aurat

 

 

JADUAL PEPERIKSAAN

 
MASA

 
PERKARA

8.00 am - 8.30 am

 Pengesahan Kehadiran

8.30 am – 8.45 am

 Taklimat Peperiksaan

8.45 am – 11.00 am

 Ujian Hifz Al-Quran Syafawi

11.30 am – 1.30 pm

 Ujian Pengetahuan Agama Islam

1.30 pm – 2.00 pm

 Rehat

2.30 pm – 5.00 pm

 Ujian Hifz Al-Quran Tahriri



SENARAI CALON YANG LAYAK
Sila lihat pada lampiran di bawah.