Bantuan Kebolehcapaian

Skip to main content

Pengumuman


  • Utama
  • Pengumuman
  • PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU LUAR NEGARA BAGI PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT SESI 2026/2029

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU LUAR NEGARA BAGI PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT SESI 2026/2029

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU LUAR NEGARA BAGI
PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT SESI 2026/2029

DARUL QURAN JAKIM   mempelawa calon-calon Luar Negara yang berkelayakan untuk memohon program

Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat di Darul Quran JAKIM.

SISTEM PENGAJIAN

Pengajian berdasarkan sistem semester selama 3 tahun (6 semester). Pelajar akan dibimbing oleh para pensyarah yang profesional dan berpengalaman. Kursus-kursus elektif yang ditawarkan di dalam program ini ialah:

  • Kursus Elektif Qiraat
  • Kursus Elektif Syariah
  • Kursus Elektif Dakwah
  • Kursus Elektif Hadith
  • Kursus Elektif Muamalat
  • Kursus Elektif Pengurusan Halal
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
  1. Beragama Islam.
  2. Berumur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh pendaftaran dan belum berkahwin.
  3. Mempunyai:
    1. Kelayakan Peperiksaan Nasional yang diiktiraf dan setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); daN
    2. Lulus Syahadah Sanawiah atau setara dengannya seperti jadual berikut:

Negara

Kelayakan

Brunei Darussalam

Cambridge GCE O Level dan Sijil Pengajian Ugama Brunei

Kemboja

Diploma of Upper Secondary Education Grade 12 dan Syahadah Sanawiah

Indonesia

Ujian Nasional dan Ijazah Madrasah Aliyah

Singapura

Cambridge GCE O Level dan Syahadah Sanawiah Deeniyah

Thailand

Certificate of Vocational Education (Paw Waw Chaw) atau Certificate of Mo.6 dan Syahadah Sanawiah

ATAU

Lulus peperiksaan SPM dengan syarat minimum Gred ā€˜C’  dalam mata pelajaran berikut : 

a.    Bahasa Melayu; dan
b.   Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Pendidikan  Islam/ Tasawwur Islam/ Usuluddin/ Turath al-Quran dan Sunnah/ Manahij al-Ulum al-Islamiah/ Turath Dirasat Islamiah/ Maharat al-Quran; atau
c.  LULUS Bahasa Arab; dan
d.  LULUS Bahasa Inggeris.

4.  Lulus ujian temu duga yang dijalankan oleh Darul Quran.
5. Keutamaan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian (C) dalam mata pelajaran Bahasa Arab
6. Tahap kesihatan fizikal dan mental yang baik.

TEMU DUGA

Calon-calon yang layak berdasarkan syarat-syarat kelayakan sahaja akan ditapis untuk sesi temu duga.

Tarikh temu duga: 20 Januari 2026 (Selasa)

 

BIASISWA

Biasiswa / Bantuan Pendidikan akan diberikan  kepada pelajar yang berkelayakan.

CARA MEMOHON


Permohonan ke Darul Quran (DQ) boleh diisi secara dalam talian (Online) bermula 23 September 2025 menerusi laman sesawang : https://mydq.islam.gov.my/login_pemohon
atau boleh diperolehi dari lokasi-lokasi terpilih (rujuk Lampiran).
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Darul Quran JAKIM:
Telefon  :  +603-6063 5333 / 5349 / 5323 / 5374
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

MAKLUMAN SEMAKAN KEPUTUSAN TEMU DUGA

  • Sila semak senarai nama secara dalam talian menerusi laman sesawang https://mydq.islam.gov.my/login_pemohon.
  • Calon-calon adalah dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas selepas MEI 2026.

 

LAMPIRAN

 


NAMA DAN ALAMAT

 

 

NO. TELEFON @ FAKSIMILI @ EMEL

 

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

Institut Tahfiz al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Simpang 175, Kilometer 2, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha

Bandar Seri Begawan, BA 2112

Negara Brunei Darussalam.

+6738761252

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

USTAZ HJ. MOHD. KHAIRIL FAIZAL BIN HJ. BAKAR

Cambodia Universiti Of Management and Technology

Cambodia.

+855 12909331

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

USTAZ DR. HOSEN MOHAMAD FARID

Kedutaan Besar Malaysia (Bahagian Agama)

Jl. H.R. Rasuna Said

Kav. X/6 No. 1-3, Kuningan

Jakarta Selatan 12950

Indonesia.

 

(6221) – 5224947 (pejabat)

(6221) – 5224951 (fax)

(62) 819 0537 7783 (bimbit)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

CC to :

 

Darul Quran Singapura

Masjid Kampung Singlap

451 Marine Parade Road

Singapura 449283.

+65 83662610

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

USTAZ MUHAMMAD RAMDHAN BIN MOHAMAD

Darul Maaruf Foundation School

A. Khuandon

Satun 91160

Thailand.

074795243 (pejabat)

+66 86 963 4192 (bimbit)

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

USTAZ DR. AHMAD B. MOHAMAD ZAKI NAPALEN