PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU LUAR NEGARA BAGI PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT SESI 2026/2029
DARUL QURAN JAKIM mempelawa calon-calon Luar Negara yang berkelayakan untuk memohon program
Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat di Darul Quran JAKIM.
SISTEM PENGAJIAN |
Pengajian berdasarkan sistem semester selama 3 tahun (6 semester). Pelajar akan dibimbing oleh para pensyarah yang profesional dan berpengalaman. Kursus-kursus elektif yang ditawarkan di dalam program ini ialah:
- Kursus Elektif Qiraat
- Kursus Elektif Syariah
- Kursus Elektif Dakwah
- Kursus Elektif Hadith
- Kursus Elektif Muamalat
- Kursus Elektif Pengurusan Halal
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
|
- Beragama Islam.
- Berumur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh pendaftaran dan belum berkahwin.
- Mempunyai:
- Kelayakan Peperiksaan Nasional yang diiktiraf dan setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); daN
- Lulus Syahadah Sanawiah atau setara dengannya seperti jadual berikut:
Negara |
Kelayakan |
Brunei Darussalam |
Cambridge GCE O Level dan Sijil Pengajian Ugama Brunei |
Kemboja |
Diploma of Upper Secondary Education Grade 12 dan Syahadah Sanawiah |
Indonesia |
Ujian Nasional dan Ijazah Madrasah Aliyah |
Singapura |
Cambridge GCE O Level dan Syahadah Sanawiah Deeniyah |
Thailand |
Certificate of Vocational Education (Paw Waw Chaw) atau Certificate of Mo.6 dan Syahadah Sanawiah |
ATAU
Lulus peperiksaan SPM dengan syarat minimum Gred āCā dalam mata pelajaran berikut :
a. Bahasa Melayu; dan
b. Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Pendidikan Islam/ Tasawwur Islam/ Usuluddin/ Turath al-Quran dan Sunnah/ Manahij al-Ulum al-Islamiah/ Turath Dirasat Islamiah/ Maharat al-Quran; atau
c. LULUS Bahasa Arab; dan
d. LULUS Bahasa Inggeris.
4. Lulus ujian temu duga yang dijalankan oleh Darul Quran.
5. Keutamaan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian (C) dalam mata pelajaran Bahasa Arab
6. Tahap kesihatan fizikal dan mental yang baik.
TEMU DUGA
|
Calon-calon yang layak berdasarkan syarat-syarat kelayakan sahaja akan ditapis untuk sesi temu duga.
Tarikh temu duga: 20 Januari 2026 (Selasa)
BIASISWA |
Biasiswa / Bantuan Pendidikan akan diberikan kepada pelajar yang berkelayakan.
CARA MEMOHON |
atau boleh diperolehi dari lokasi-lokasi terpilih (rujuk Lampiran).
MAKLUMAN SEMAKAN KEPUTUSAN TEMU DUGA |
- Sila semak senarai nama secara dalam talian menerusi laman sesawang https://mydq.islam.gov.my/login_pemohon.
- Calon-calon adalah dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas selepas MEI 2026.
LAMPIRAN |