Bantuan Kebolehcapaian

Skip to main content

eJurnal


Konsep 'Adalah dan Musawah Menurut al-Quran dan al-Sunnah Sebagai Asas Pengurusan Organisasi Berkualiti

Bil. 28 Tahun 2024

Jurnal Darul Quran Bil. 28 Tahun 2024

Diterbitkan : 01 Januari 2024

Penulis

Rogayah Chek
Khadher Ahmad
Monika@ Munirah Abd Razzak

Abstrak

Kepentingan amalan konsep keadilan (‘adalah) dan kesamarataan (musawah) sering dianggap sepi oleh sebahagian pengurus yang bertanggungjawab khususnya dalam mengurus sesebuah organisasi. Dalam membuat keputusan dan tindakan terdapat ketua yang mengurus sesebuah organisasi tanpa mengambil kira faktor keadilan dan kesamarataan yang boleh memberi kesan terhadap pencapaian dan prestasi organisasi itu. Malah, wujud golongan yang menggesa kesamarataan hak terhadap gender atas dasar mewujudkan keadilan bagi kaum wanita. Artikel ini bertujuan membincangkan kepentingan dan kekuatan nilai keadilan dan kesamarataan hak setiap ahli dalam organisasi sebagai dasar pencapaian organisasi yang tidak boleh diketepikan oleh setiap ahlinya. Artikel ini juga membincangkan tentang hubungannya sebagai tuntutan syariat melalui pendekatan al-Quran dan al-Sunnah. Manakala kaedah kajian yang digunakan adalah analisis kandungan teks sebagai sumber pengumpulan data. Hasil kajian mendapati konsep ‘adalah dan musawah telah dinyatakan panduannya secara jelas di dalam al-Quran dan al-Sunnah dan perlu diaplikasikan oleh setiap ahli organisasi. Bahkan ia adalah antara konsep utama yang mendorong pencapaian kepada kecemerlangan dalam pengurusan organisasi. Ia juga perlu dilaksanakan secara bersepadu tanpa memisahkan dua konsep ini kerana nilai kesamarataan akan wujud berikutan wujudnya nilai keadilan. Kesimpulannya, kualiti organisasi dan nilai murni lainnya akan lahir melalui kesepaduan dua sistem yang akan memberi kekuatan kepada keseluruhan sistem pengurusan bagi sesebuah organisasi.

Rujukan

Abu Zayud, Nasr Hamid dan Esther R. Nelson 2004. “Voice of an Exile: Reflections on Islam,” New York: Praeger Publisher

Achmad Muthali’in (2001), Bias Gender Dalam Pendidikan, Surakarta: Muhammadiyah University Press.

Afifa Rangkuti, S.H.M.H. (2017). Konsep keadilan dalam perspektif Islam. Jurnal Pendidikan Islam, VI (1), 1-21.

Afifa Rangkuti, S.H.M.H. Konsep keadilan dalam Perspektif Islam. Jurnal Pendidikan Islam, VI (1) 2017, 1-21.

Al-Imam al-‘Alamah Ibn Manzur, Dar Ihya_ Thurath ‘Arabiy, Beirut Lubnan 630 M (711H).

Al-Bukhari, Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari al-Ja‘fi (1422H),al-Jami‘ al-Sahih al-Musnad min Hadith Rasul Allah SAW wa Sunanih wa Ayyamih, Mansurah: Dar al-Tuq al-Najah.

Antony Black, Pemikiran Politik Islam: Dari Masa Nabi Hingga Masa Kini, diterjemahkan dari The History of Islamic Political Thought: From The Prophet to the Present, (Jakarta: Serambi Ilmu Semesta, 2006), Cet. I, h. 208

Bundy, J., Pfarrer, M. D., Short, C. E., & Coombs, W. T. “Crises and crisis management: Integration, interpretation, and research development.” Journal of Management, 43(6) 2017, h 1661-
1692.

Bakshi, A., Kumar, K. & rani, “Organizational justice perceptions as predictor of job satisfaction and organizational commitment”, International Journal of Business and Management 4(9 E. 2009: 145-154.

Beugrem C.D. “Analyzing the ejject oj’perceived juirness on organizational cornnzitinent and workplace aggression.” Unpublished doctoral dissertation, Rensselear Polytechnic Institute, School of Management, Troy, NY.1996.

Bies, R.J., & Shapiro, D.L. “Interactional fairness judgments: The influence of causal accounts.” Social Justice Research, I, 1988, 199-2 18.

Bies, R.J., & Moag, J.S. “Interactional justice: Communication criteria of fairness.” In R.J. Lewicki, B.H. Sheppard, & M.H. Bazennan (Eds), Research on negotiation in orgunizutions Vol. 1, pp. 1986,43-55. Greenwich, CT: JAI.

Colquitt, J.A Rodell, J.B., Zapata, C.D., Scott. B.A., Long, D.M., Conlon, D.E. & Wesson, M.J. (2013). Justice at the millennium. A decade later: A-meta-analytic test of social exchange and affect-based perspectives. Journal of Applied Psychology 98(2): 199-236.

Deutsch, M. “Distributive justice: A social-psychological per- spective.” New Haven, CT: Yale University Press. 1985.

Didin Hafidhuddin, Agar Layar Tetap Terkembang: Upaya Menyelamatkan Umat, (Jakarta: Gema Insani Press, 2006), h. 249

Folger, R.”Distributive and procedural justice in the workplace. Social Justice Research,” 1, 1977.143-159.

Greenberg, J. (1987). A toxonoiny of organizational justice. Academy of Management Review, 12,9-22.

Halimatus Saadiah Mat Saad. (2008). Kepuasan kerja menurut perspektif Islam: Kajian di Pejabat Daerah Ranau Sabah. Tesis Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Hassan, A., A. (2010). A study of relationship between organizational justice and job satisfaction. International Journal of Business and Management, 5(12), 102-109.
H. Mahmud Yunus (2009), Kamus Arab – Indonesia, Jakarta: PT. Mahmud Yunus Wa Dzurriyah.
Ibnu Manzur (t.th.), Lisan al-’Arab, Jil.6, Kaherah: Dar al-Maarif. Kacmar. K.M., Andrews, M.C., Harris, K.J.& Tepper, B.J (2013).
Ethical leadership and subordinate outcomes: The mediating role of organizational politics and moderating role of political skill. Journal of Business Ethic 115: 33-44.

Kimura, T. 2013. The moderating effect of political skill and leader- member exchange on the relationship between organizational politics an affective commitment, Journal of Biusiness Ethics 116(3): 587-599.

Leventhal , G.S, “What should be done with equity theory?” In K.J. Gergen, M.S. Greenberg, & R. H. Willis (Eds.). Social exchange: Advances in theory rind research New York: Plenum.1980, pp. 27-55.

Lind, E., & Lissak, R. (1 985). Apparent impropriety and procedural fairness judgments. Jotri-nd of’Expwi1nental Socid psycho log^^, 2 1, 19-29.

Mahmud Yunus (2009), Kamus Arab – Indonesia, Jakarta: PT. Mahmud Yunus Wa Dzurriyah, h. 186

Mohammad Daud Ali dan Habibah Daud (1995), Lembaga-lembaga Islam Di Indonesia, Jakarta: PT. RajaGrafindo Persada, h. 307.

Muhammad Dhiaduddin Rais, “Teori politik Islam,” Jakarta: Gema Insani Press, 2001, Cet 1, h. 268.

Mohd Noor, Z., Mohd Amir & Maelah, r.2017. “Hubungan sistem pengukuran prestasi strategik dan prestasi pensyarah di universiti penyelidikan awam Malaysia melalui keadilan organisasi, Jurnal Pengurusan 51: 235-248.

Muammar, K. “Atas nama kebenaran : Tanggapan kritis terhadap wacana Islam liberal.” Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2009.

Muhd Nasruddin (2013), 100 Jejak Peribadi Rasulullah. Shah Alam Selangor: Group Buku Karangkraf

Munhanif, A. “Mutiara terpendam : Perempuan dalam literatur Islam klasik,” Jakarta: Gramedia Pustaka Utama, 2002.

Muslim bin al-Hajjaj Abu Husain al-Qusyairi al-Naisaburi (t.t), Sahih Muslim, ed. Ahmad Muhammad Syakir, Beirut: Dar Ihya’ al- Turath al-‘Arabi.

Mustafa Haji Daud (1991), Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Nasruddin (2013), 100 Jejak Peribadi Rasulullah. Shah Alam Selangor: Sroup Buku Karangkraf, h. 23

Nor’Azzah, K., Siti Faruz, R., & Azharsyah, I. (2014). Qur’anic work ethics. Journal of Usuluddin, 40, 135-172.

Norsaleha Mohd Salleh, Abdul Halim Tamuri dan Salleh Amad (2011), Hak-hak Wanita Pada Zaman Rasulullah SAW: Meningkap Sejarah Srikandi Islam, dalam Mohd Roslan Mohd Nor dan Nor Azzah Kamri, Wanita Islam: Isu-isu Dan Pemerkasaan Hak, Shah Alam: Persatuan Ulama Malaysia.

Qutb, Sayyid, Al-‘Adalah al-Ijtima’iyyah fi al-Islam, Kaherah: Dar al- Shuruq, 1983: 20.

Rozi Bainon (1999) Wanita: Penghapusan Diskriminasi dari perspektif Islam Dan Undang-Undang Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sheikh Abdullah Basmieh (2013), “Tafsir Pimpinan Al-Rahman”,Kuala Lumpur: Dar al-Fikr.

Seeger, M. W., Sellnow, T. L., & Ulmer, R. R. “Communication, organization, and crisis. Annals of the International Communication Association,” 21(1) 1998, 231-276.

Siti Salwa Salim, et al. “Peranan Keadilan Organisasi Dalam Menbangunkan Perilaku Positif Pekerja: Perspektif Pengurusan Islam ”, Gading (Online Jurnal) Jurnal For Social Sciences, Special Issue ADAB (Bahasa Melayu) Vol 25 (02), Ogos 2022 https://gadingss.Learningdistance.org.eISSN:2600-7568l36.

Wan Azhar Wan Ahmad. “Hak Asasi Manusia: Faham Kontemporari vs Kebenaran Qur’ani,” Majalah Dakwah. Edisi Januari / Februari, No. 23, pp.4-10.