Permohonan Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB) Siri 1 2025
DARUL QURAN JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan di Pusat Pembelajaran Bertauliah (PPB) SPHB untuk memohon menduduki Peperiksaan Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB) Siri 1 Tahun 2025.
PENGENALAN
Sijil Perakuan Hafazan Bertahap merupakan sijil yang dikeluarkan oleh JAKIM bagi memberi perakuan kepada penghafaz al-Quran di Malaysia.
SPHB adalah peperiksaan yang terbuka kepada mana-mana calon yang telah mengikuti kelas-kelas hafazan dari mana-mana institusi atau pusat pengajian yang berdaftar. Secara amnya terdapat dua kategori pusat pembelajaran SPHB iaitu:
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
YURAN PERMOHONAN
RM100 setiap calon (Tertakluk kepada pindaan JPM)
CARA PERMOHONAN
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama "Kiriman Wang" atas nama "PENGARAH DARUL QURAN JAKIM" seperti berikut :
Pengarah
Darul Quran JAKIM
Jalan Hamzah, Ampang Pecah
44000 Kuala Kubu Bharu
Selangor Darul Ehsan
(u:p: Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat)
Kemudian dihantar ke alamat berikut:
Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat
Darul Quran JAKIM
Jalan Hamzah, Ampang Pecah
44000 Kuala Kubu Bharu
Selangor Darul Ehsan
*Contoh “Kiriman Wang" boleh dirujuk pada "Keterangan" di bawah.
KAEDAH PENILAIAN
PENGANUGERAHAN SIJIL
Calon yang berjaya akan dianugerahkan Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB) oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
JADUAL PERGERAKAN PEPERIKSAAN SIJIL PERAKUAN HAFAZAN BERTAHAP SIRI 1 TAHUN 2025
* Sebarang pertanyaan berkaitan peperiksaan boleh terus berhubung melalui talian 011-61637008 (Urus Setia SPHB 2025)
MUAT TURUN

- Institusi yang telah berkolaborasi dengan Darul Quran JAKIM,
- Madrasah tahfiz dan Pusat Pengajian SPHB yang diwujudkan di masjid, surau dan tempat-tempat pengajian lain.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap yang sedang mengikuti pengajian di Pusat Pembelajaran Bertauliah (PPB) SPHB.
- Berumur 13 tahun dan ke atas.
- Mengemukakan surat pengesahan hafazan dari PPB SPHB.
- Pengesahan hafazan adalah mengikut kepada tahap hafazan yang dimohon.
- Setiap calon hanya dibenarkan untuk menduduki satu tahap peperiksaan sahaja.
- Pemohon mestilah lulus ujian sesuatu tahap untuk memohon menduduki ujian tahap seterusnya.
YURAN PERMOHONAN
RM100 setiap calon (Tertakluk kepada pindaan JPM)
CARA PERMOHONAN
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama "Kiriman Wang" atas nama "PENGARAH DARUL QURAN JAKIM" seperti berikut :
Pengarah
Darul Quran JAKIM
Jalan Hamzah, Ampang Pecah
44000 Kuala Kubu Bharu
Selangor Darul Ehsan
(u:p: Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat)
Kemudian dihantar ke alamat berikut:
Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat
Darul Quran JAKIM
Jalan Hamzah, Ampang Pecah
44000 Kuala Kubu Bharu
Selangor Darul Ehsan
*Contoh “Kiriman Wang" boleh dirujuk pada "Keterangan" di bawah.
KAEDAH PENILAIAN
Tahap 1 Ujian Syafawi al-Quran (1 - 5 Juzuk). Ujian Tahriri al-Quran (1 - 5 Juzuk). |
Tahap 2 Ujian Syafawi al-Quran (1 - 10 Juzuk). Ujian Tahriri al-Quran (1 - 10 Juzuk). |
Tahap 3 Ujian Syafawi al-Quran (1 - 20 Juzuk). Ujian Tahriri al-Quran (1 - 20 Juzuk). |
PENGANUGERAHAN SIJIL
Calon yang berjaya akan dianugerahkan Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB) oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
JADUAL PERGERAKAN PEPERIKSAAN SIJIL PERAKUAN HAFAZAN BERTAHAP SIRI 1 TAHUN 2025
BIL. | PERKARA | TARIKH |
---|---|---|
1. | Iklan Peperiksaan Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB) Siri 1 tahun 2025 | 09 April 2025 (Rabu) |
2. | Tarikh Tutup Permohonan | 30 April 2025 (Rabu) |
3. | Tarikh Akhir Penghantaran Kiriman Wang (Money Order) ke Darul Quran JAKIM. | 30 April 2025 (Rabu) |
4. | Tarikh Semak Kelayakan Menduduki Peperiksaan (melalui website) | 16 Mei 2025 (Jumaat) |
5. | * Tarikh Peperiksaan | 14 Jun 2025 (Sabtu) |
6. | * Tarikh Semak Keputusan (Tertakluk kepada Mesyuarat Pengajian Darul Quran JAKIM) | 01 Ogos 2025 (Jumaat) |
7. | Pengambilan Sijil di Darul Quran JAKIM | 29 September 2025 (Isnin) |
* Sebarang pertanyaan berkaitan peperiksaan boleh terus berhubung melalui talian 011-61637008 (Urus Setia SPHB 2025)
MUAT TURUN