PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU PROGRAM PENSIJILAN TAHFIZ AL-QURAN JAKIM–IIUM SESI 2021/2022

Darul Quran JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM.
Pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian ini dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan akan mengikuti pengajian di bidang profesional di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
 
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
 
i. Bumiputera
ii. Tidak Berkahwin
iii. Lulus Peperiksaan SPM 2020* dengan mendapat:
  • Minima Gred A- bagi mata pelajaran Matematik.
  • Minima Gred B bagi semua mata pelajaran berikut;
a) Bahasa Melayu
b) Bahasa Arab / Al-Adab wa al-Balaghah / Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab
c) Bahasa Inggeris
d) Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Usuluddin / Turath al-Quran dan Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-Ulum al-Islamiah / Turath Dirasat Islamiah / Maharat al-Quran / Manahij Ulum al-Islamiyah
  • Minima 2B, 1C+ bagi mata pelajaran berikut:
a) Biologi / Fizik
b) Kimia
c) Matematik Tambahan
iv. Turut memohon menyambung pengajian di IIUM melalui UPU Online.
 
CARA MEMOHON

Borang Permohonan hendaklah diisi dengan lengkap secara dalam talian (online) bermula pada: 29 Mac 2021.
KLIK DI SINI (pilih Program Pengajian: Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-IIUM)

(Borang perlu dicetak dan dibawa semasa menghadiri sesi temu duga)

 

Permohonan calon SPM 2020 adalah menggunakan:
i. Percubaan SPM 2020* atau
ii. Keputusan Peperiksaan Tingkatan 5*; atau      
iii. Keputusan Akhir Tahun Tingkatan Empat*
*mendapat pengesahan pihak sekolah
 
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
 
20 APRIL 2021
 
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan di laman sesawang Darul Quran JAKIM dihttp://www.darulquran.gov.my/ pada
 
16 JULAI 2021
(Pelajar yang layak sahaja akan dipanggil temu duga)
 
 
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi
Seksyen Kemasukan, Biasiswa dan Graduasi, Darul Quran JAKIM di talian:
Telefon: 03-6063 5323 / 5349 / 5351 / 5374
 
Faks : 03-60645497
 
JADUAL PERGERAKAN PROSES PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU
 

BIL.

PROGRAM / AKTIVITI

TARIKH

1

Iklan Kemasukan Pelajar Baharu

25 Mac 2021

2

Permohonan Online bermula.

29 Mac 2021

3

Tarikh Tutup Permohonan

12 April 2021

4

Semakan Layak Temu duga (Online)

04 Mei 2021

5

Proses Temu duga*

08 – 10 Jun 2021

6

Proses Penghantaran Keputusan SPM 2020

22 – 24 Jun 2021

7

Semakan Keputusan Temu duga (Online)

16 Julai 2021

8

Surat Tawaran Dikeluarkan (Online)

9

Permohonan Rayuan (Online)

10

Tarikh Akhir Pengesahan Penerimaan Tawaran (Online)

20 Julai 2021

11

Pendaftaran Pelajar

09 Ogos 2021

12

Keputusan Rayuan ( Online ) Baharu Pensijilan

11 Ogos 2021