• International Student Application Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Programme Session 2020/2023
  • Jakim
  • Adv_Perniagaan_Yang_Untung
  • Warga DQ 2019
  • Adv_Quran_Syafaat
  • adv_kertas_kerja
  • Masjid DQ
  • Masjid Darul Quran
International Student Application Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Programme Session 2020/20231 Jakim2 Adv_Perniagaan_Yang_Untung3 Warga DQ 20194 Adv_Quran_Syafaat5 adv_kertas_kerja6 Masjid DQ7 Masjid Darul Quran8

Pengumuman

 Senarai Penuh | Terkini | Arkib

New International Students Intake Diploma of Tahfiz Al-Quran and Al-Qiraat Session 2020/2023

 09 Disember 2019
New International Students Intake Diploma of Tahfiz Al-Quran and Al-Qiraat Session 2020/2023

KONVENSYEN HUFFAZ PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2019

Pihak urus setia mempelawa kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti Konvensyen Huffaz Peringkat Kebangsaan dengan mengisi borang penyertaan seperti yang dilampirkan di bawah. Tempat adalah terhad.

تنبيه لغوي حول قولهم في الدعاء "ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا"

تنبيه لغوي حول قولهم في الدعاء "ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا"

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU BAGI PROGRAM SIJIL ASAS TAHFIZ SESI 2020

 07 Oktober 2019
Darul Quran JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Program Sijil Asas Tahfiz.

Tawaran Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM

 02 Ogos 2019
Tawaran Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM Sesi 2019/2020

Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Tahun 2019

 25 Julai 2019
Terbuka kepada semua penghafaz al-Quran seluruh Malaysia

Kemaskini Data Alumni DQ

Darul Quran Jakim sedang dalam usaha untuk mengemaskini data-data alumni DQ. Justeru, tuan/puan dipohon untuk mengisi maklumat di bawah.

Permohonan Sijil Kemahiran Malaysia Bidang Pengurusan Tahfiz 2018

Darul Quran telah ditauliahkan sebagai Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional pada tahun 2015 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

KENYATAAN SEBUT HARGA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN (KENDERAAN) SECARA JUALAN SISA

Kenyataan Tawaran Sebut Harga Pelupusan Aset Alih Kerajaan (Jualan Sisa)

Iklan Pengambilan Pensyarah Tasmi' Jemputan (PTJ) Darul Quran JAKIM

 17 September 2019
Calon yang layak adalah dipelawa untuk memohon dengan mengemukakan resume.

Resolusi Konvensyen Pendidikan Tahfiz Kebangsaan Tahun 2018

Resolusi Konvensyen Pendidikan Tahfiz Kebangsaan Tahun 2018

Amalan Teknik Hafazan Al-Quran Di Darul Quran

LAPORAN KAJIAN Amalan Teknik Hafazan Al-Quran Di Darul Quran

Perkembangan Tahfiz Al-Quran: Suatu Kajian di Darul Quran

LAPORAN KAJIAN Perkembangan Tahfiz Al-Quran: Suatu Kajian di Darul Quran


Semakan Keputusan Ujian Penilaian Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Oktober 2018

Keputusan Ujian Penilaian Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Oktober 2018


Kertas Konsep Pelaksanaan MS 1900:2005

Kertas Konsep Pelaksanaan MS 1900:2005

Aktiviti

 Senarai Penuh | Terkini | Arkib

Majlis Penyerahan Perantis SKM Bidang Pengurusan Masjid Tahap 3 Kepada Masjid JAIS

Pada 2 Disember 2019, Darul Quran telah mengadakan Majlis Penyerahan Perantis Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Bidang Pengurusan Masjid Tahap 3 kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Majlis ini telah dihadiri oleh wakil Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIS, Ustaz Mohd Khair Zainal dan pengurus–pengurus masjid yang terlibat.

Buku Kaedah Hafazan Al-Quran Model Malaysia selesai dilancar

Buku Kaedah Hafazan Al-Quran Model Malaysia terbitan Darul Quran selesai dilancar dalam Majlis Perasmian Konvensyen Huffaz Peringkat Kebangsaan JAKIM-UNITEN pada 6 November 2019 bertempat di Dewan Seri Sarjana Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Konvensyen Huffaz Peringkat Kebangsaan JAKIM-UNITEN 2019

Dengan bertemakan ”Melonjak Paradigma Huffaz Profesional”, Konvensyen Huffaz Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 anjuran JAKIM dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) telah berjaya diadakan pada 6 November 2019.

Duta Besar Malaysia Kaherah menyantuni pelajar Al-Azhar dalam Program Motivasi Dan Pertemuan Alumni DQ

Seramai 200 orang pelajar dari pelbagai bidang pengajian di Mesir hadir ke Program Motivasi Dan Pertemuan Alumni DQ. Program yang berlangsung pada 31 Oktober 2019 ini telah diadakan di Dewan Malaysia Abasiah Kaherah.

Persidangan Pengetua-Pengetua MTQN kali ke-37 di Negeri Sembilan

Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN) Peringkat Kebangsaan kali ke-37 yang diadakan pada 22–24 Oktober 2019 di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan telah dihadiri oleh wakil-wakil dari 11 institusi tahfiz seluruh negara. Persidangan kali ini merupakan anjuran bersama antara Darul Quran JAKIM dan Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Bakti Huffaz Antarabangsa 2019

Bersempena dengan cuti semester pelajar Diploma, Darul Quran telah mengadakan program Bakti Huffaz Antarabangsa pada 16 hingga 20 Oktober 2019.

27 Pensyarah DQ-MTQN Menerima Sijil Kursus PdP

Majlis Perasmian Kursus Pensijilan Pembelajaran Dan Pengajaran (PdP) Siri-5 Dan Majlis Penyerahan Sijil Kursus Pensijilan PdP Siri-4

74 calon hadiri ujian STM 2019

Seramai 74 orang calon dari pelbagai institusi tahfiz telah menghadiri ujian Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang dijalankan oleh Darul Quran pada 15 Oktober 2019.

Daurah Kitab Turath: Kitab Al-Akidah Al-Tahawiyyah

Buat julung kalinya Darul Quran telah mengadakan program Daurah Kitab Turath bagi Kitab Al-Akidah Al-Tahawiyyah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Tuan Guru Haji Md Sahari bin Abdullah, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor merangkap Penterjemah Kitab Al-Akidah Al-Tahawiyyah. Program yang diadakan pada 11 September 2019 ini merupakan anjuran bersama dengan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor.

DQ terima 37 orang pelajar baharu Program Ijazah

Seramai 19 mahasiswa dan 18 mahasiswi baharu Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah Dengan Kepujian Secara Kerjasama Dengan USIM telah dirai secara sederhana tetapi meriah dalam suatu majlis yang diadakan pada 10 September 2019.

Semarak Kemerdekaan & #QuranHour peringkat DQ

Biarpun setiap hari pelajar Darul Quran perlu mengikuti kelas tasmi’ al-Quran dua jam sehari, atas semangat kekitaan bersama umat Islam Malaysia yang lain, DQ turut mengadakan program #QuranHour yang diadakan di tepi Tasik Huffaz DQ. Program yang diadakan pada 30 Ogos 2019 ini sebenarnya merupakan acara pembukaan bagi acara Semarak Kemerdekaan yang disempurnakan oleh Pengarah DQ, Dr. Haji Nordin Ahmad.

Kunjungan hormat ke MITS Sabak Bernam

Pada 29 Ogos 2019, Darul Quran telah mengadakan kunjungan hormat ke Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) Sabak Bernam bagi mendapatkan maklumat berkenaan pelaksanaan program Tahfiz Turath yang dijalankan oleh sekolah tersebut.

“Uhibbuki Fillah” di Raudhatulsakinah

Pada 20 Ogos 2019, Darul Quran telah mengadakan program “Uhibbuki Fillah” di Raudhatulsakinah secara kerjasama dengan Masjid Wilayah. Program ini merupakan program menyantuni pelatih-pelatih yang sedang dalam proses bimbingan.

Jalinan mahabbah di Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah

Pada 3-4 Ogos 2019, Darul Quran telah mengadakan program Jalinan Mahabbah di Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah (PPKKS) secara kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Hulu Selangor. Program ini merupakan program menyantuni kanak-kanak dan remaja yang tinggal di situ untuk mempelajari bidang kemahiran.

Pelajar DQ santuni anak-anak yatim Asrama Damai Kuang

Pada 3 dan 4 Ogos 2019, pelajar-pelajar Semester 5 Syukbah Syariah Darul Quran telah mengadakan program Jalinan Kasih Asrama Damai Kuang secara kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan IKRAM Hulu Selangor.

723 graduan DQ dirai dalam Istiadat Konvokesyen ke-28

Seramai 723 orang graduan bagi semua program yang ditawarkan di Darul Quran JAKIM telah diraikan dalam Majlis Istiadat Konvokesyen Kali Ke-28 yang berlangsung pada 27 Julai 2019 bertempat di Dewan Muktamar Darul Quran. Majlis yang gilang gemilang ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

DQ terima pengiktirafan Malaysia Book of Records

Tanggal 23 Julai 2019 menjadi detik bersejarah kepada Darul Quran JAKIM apabila menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori “Largest Al-Hafiz Quranic Writing Session” yang membabitkan seramai 731 orang peserta. Sesi penulisan al-Quran ini telah diadakan bersempena dengan Majlis Perasmian Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan dan Ekspo Darul Quran 2019.

Ihtifal Huffaz & Ekspo DQ dirasmi

Tanggal 23 Julai 2019 menjadi tarikh penting apabila Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali Ke-7 dan Ekspo Darul Quran JAKIM telah dirasmikan pembukaannya oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hajah Fuziah Salleh di Dewan Muktamar Darul Quran. Ihtifal Huffaz dan Ekspo DQ ini telah mula berlangsung semalam; 22 Julai 2019 dan akan berakhir pada 27 Julai 2019.

MSU jadi IPT keenam menandatangani MoU dengan DQ

Management and Science University (MSU) menjadi institut pengajian tinggi keenam yang menandatangani memorandum persefahaman dengan Darul Quran JAKIM dalam menjalankan Program Pensijilan Tahfiz (program tahfiz profesional). Majlis menandatagani MoU yang telah diadakan pada 16 Julai 2019 ini telah dihadiri oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim bagi mewakili JAKIM dan Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dato' Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid.

Seminar celik hadith kontemporari 2019

4 Julai 2019 Era perkembangan dunia teknologi komunikasi sekarang ini, masyarakat terdedah dengan ledakan maklumat daripada pelbagai cabang perantara. Sumber berita dan kesahihan mengenai tulisan yang disebarkan adakalanya sangat meragukan. Tidak terkecuali tulisan-tulisan yang tular mengandungi hadith-hadith Nabi Sallahu 'Alaihi Wasallam. Sebahagian besar yang dirujuk, ia adalah hadith palsu yang disertakan sebagai dalil.

Bengkel penyediaan surat rasmi kerajaan

27 Jun 2019 - Pentadbiran pejabat kerajaan sering diuruskan melalui rekod bertulis dan surat-menyurat sebagai satu aspek komunikasi dua hala dalam setiap perkhidmatan yang dilaksanakan. Urusan ini tidak dapat digantikan dengan bentuk komunikasi terkini seperti khidmat pesanan ringkas (sms) atau emel.

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 Darul Quran JAKIM

25 Jun 2019, Dewan Muktamar Darul Quran menjadi pilihan laman bagi sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri. Majlis Raya ini meraikan semua warga Darul Quran termasuk para pelajar. Sopan berbaju raya, redup mata memandang.

Pelajar baharu DQ dirai

Majlis Sambutan Pelajar Baharu Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Sesi 2019/2020 & Program Sijil Kemahiran Malaysia Bidang Pengurusan Masjid Sesi Jun 2019

Majlis Khatam Tadarus Dan Iftar Perdana 2019

Darul Quran JAKIM telah mengadakan Majlis Khatam Tadarus Dan Iftar Perdana Tahun 2019 di Pusat Islam pada 30 Mei 2019. Seramai kira-kira 1,000 orang yang hadir ke majlis ini terdiri daripada dif-dif jemputan, kakitangan Darul Quran serta keluarga serta pelajar-pelajar Darul Quran.

223 bakal huffaz DQ mendaftar pagi tadi

Majlis Sambutan Pelajar Baharu Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran JAKIM Sesi 2019/2022

13 institusi tahfiz bersidang, 18 kertas dibahas, 10 resolusi dicapai

Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Peringkat Kebangsaan Kali Ke-36

135 huffaz profesional dirai dalam Majlis Khatam Hafazan

Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Pensijilan Tahfiz Tahun 2019/1440

938 calon hadiri temuduga DQ

Temuduga Pengambilan Pelajar Baharu Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran JAKIM Sesi 2019/2022

Perhimpunan pegawai dan kakitangan DQ bersama Pengarah

Pada 18 Mac 2019, telah diadakan suatu perhimpunan pegawai dan kakitangan Darul Quran bersama Pengarah, Dr. Haji Nordin Ahmad. Perhimpunan yang diadakan pada jam 9:30 pagi ini telah diadakan di Auditorium Sheikh Mohd Noor.

Majlis khatam hafazan al-Quran pelajar Program Diploma Tahfiz al-Quran & al-Qiraat Tahun 2019/1440

Seramai 243 orang pelajar semester enam Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat daripada kesemua syukbah pengajian telah diraikan dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Tahun 2019/1440. Majlis yang diadakan di Dewan Muktamar pada 9 Februari 2019 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM, Dato’ Paimuzi Yahya yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM.

Hari huffaz selangkah ke menara gading 2019

Buat julung-julung kalinya, Unit Alumni & Dewan Huffaz Cawangan Hal Ehwal Pelajar Darul Quran telah menganjurkan program Hari Huffaz Selangkah Ke Menara Gading 2019. Program yang diadakan pada 31 Januari 2019 ini telah menghimpunkan 11 institut pengajian tinggi awam dan swasta dari seluruh Malaysia. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi peluang dan pendedahan kepada semua pelajar DQ serta Maahad-Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri (MTQN) khususnya pelajar Semester Akhir Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat bagi menyambung pengajian mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Lawatan mahabbah ke Sekolah Tahfiz Harapan

Dalam usaha memastikan agar Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) mencapai matlamatnya, Darul Quran JAKIM telah mengadakan lawatan mahabbah ke Sekolah Menengah Tahfiz Harapan, Jenjarom Selangor pada 30 Januari 2019. Kunjungan ini diadakan bertujuan untuk menjadikan Sekolah Menengah Tahfiz Harapan sebagai rakan strategik DQ di samping menjadi penanda aras bagi sekolah-sekolah tahfiz swasta yang lain.

Ahli Lembaga DQ bersidang bagi kali ke-35

Mesyuarat Lembaga Darul Quran kali ke-35 telah bersidang pada 10 Januari 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 8 Blok A, Kompleks Islam Putrajaya. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim yang merangkap sebagai Pengerusi Lembaga Darul Quran.

Lawatan UTP ke DQ

DQ telah menerima lawatan pertama di tahun 2019 apabila dikunjungi oleh lima orang pegawai dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tronoh, Perak pada petang 9 Januari 2019. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk membincangkan kerjasama akademik yang boleh dijalankan antara kedua belah pihak.

DQ Menerima Tetamu dari Tamil Nadu India di Hari Terakhir Tahun 2018

Kunjungan Hormat Madrasa Al-Baqiyathus Salihath Vellore, Tamil Nadu India ke Darul Quran JAKIM

Tokoh-Tokoh Bidang al-Quran Malaysia Berbengkel bagi Memperhalusi Peranan Lajnah Syuyukh Huffaz di bawah DPTN

Tokoh-tokoh dalam bidang Tahfiz al-Quran di Malaysia dari pelbagai agensi dan institusi telah menyertai bengkel yang diadakan pada 26 hingga 28 Disember 2018 bertempat di The Orient Star Resort, Lumut Perak.

Perancangan Kerja Tahunan 2019 DQ Berjaya Dirangka

Pada 26 hingga 28 Disember 2018, Unit Penyelidikan & Inovasi telah mengurus setiakan Bengkel Perancangan Kerja Tahunan 2019 Darul Quran JAKIM. Bengkel yang diadakan selama tiga hari ini telah diadakan di The Orient Star Resort, Lumut Perak.

PERKEMAT DQ Terima 15 Unit Kayak Sumbangan MRSM KKB

Bagaikan aur dan tebing. Begitulah diibaratkan hubungan antara DQ dan Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kubu Bharu. MRSM yang diwakili oleh Encik Mohd Nor Jantan telah menyerahkan sebanyak 15 unit kayak milik MRSM Kuala Kubu Bharu yang dilupuskan secara hadiah kepada Yang Di Pertua Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) Saudara Muhammad Amirul Syafiq Muhamad Fadil.

DQ Menganjurkan Konvensyen Falak 2018

Konvensyen Falak Darul Quran 2018 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 23 November 2018. Konvensyen yang julung-julung kalinya diadakan ini bertemakan "Meneroka Cakerawala Menghayati Sunnatullah” bertujuan memantapkan pemahaman serta kesedaran tentang kepentingan ilmu astronomi yang berpaksikan kepada al-Quran dan al-Sunnah.

Kerjasama KPM-DQ Termeterai

Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Penganugerahan Sijil Tahfiz KPM Antara KPM Dengan JAKIM

Misi Ke Aceh Berjaya

Program Kerjasama Dua Hala Antara Darul Quran JAKIM Bersama Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Aceh

Majlis Penyerahan Sijil Kursus Pensijilan Pembelajaran Dan Pengajaran Pensyarah Darul Quran

Seramai 18 orang pensyarah Darul Quran Jakim dan Maahad-Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN) telah dianugerahkan sijil Kursus Pensijilan Pembelajaran Dan Pengajaran Pensyarah Darul Quran yang telah dianjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Majlis ini telah diadakan pada 18 Ogos 2017 bertempat di Dewan Sri Tanjung, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.

Lima Orang Pelajar DQ Dinobat Sebagai Penerima Anugerah Syahadah Ithbat Hafazan Al-Quran

Seramai lima orang pelajar daripada Program Tahfiz Profesional atau Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM bakal dianugerahkan dengan Syahadah Ithbat Hafazan Al-Quran Darul Quran JAKIM bagi tahun 2018. Penganugerahan ini akan disampaikan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dalam Majlis Perhimpunan Bulanan JAKIM bagi Bulan Oktober Tahun 2018 pada 26 Oktober 2018.

Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Kali Ke-35 Melabuhkan Tirai

Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-35 yang yang berlangsung selama dua hari bermula semalam telah melabuhkan tirainya pada 25 Oktober 2018.

YDP MAIPk Merasmikan Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Kali Ke-35

Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-35 yang bermula pada 2:30 petang 24 Oktober 2018 telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Dato’ Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin.

Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Bermula Dengan Taklimat Dari Pengarah JAIPk

Pada 24 Oktober 2018, secara rasminya telah bermula Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-35 bertempat di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh. Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak telah dipilih dalam persidangan kali ke-34 yang lalu untuk menjadi tuan rumah bagi persidangan kali ini.

119 Calon Duduki Ujian STM 2018 Siri 2

Seramai 119 orang calon Sijil Tahfiz Malaysia (STM) daripada 174 permohonan bagi tahun 2018 telah hadir untuk mengambil ujian tersebut bagi sesi kedua tahun ini. Sesi kedua ini diadakan berikutan banyak permintaan daripada masyarakat biarpun perancangan untuk mengadakan ujian STM ini hanya setahun sekali. Ujian STM Siri 2 ini telah diadakan pada 17 Oktober 2018 dan diadakan secara berpusat di kampus Darul Quran Kuala Kubu Bharu.

Kursus Pensijilan P&P Pensyarah DQ Siri Ke-4 Selesai Dirasmi

Bagi memenuhi hasrat Darul Quran dalam memperkasakan kompetensi pensyarah yang dicadangkan menerusi Pelan Strategik Darul Quran JAKIM, Kursus Pensijilan Pembelajaran & Pengajaran Pensyarah kerjasama antara DQ dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diadakan bermula dari 15 hingga 26 Oktober 2018. Perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh Pengarah Darul Quran, Dr. Haji Nordin bin Ahmad pada 15 Oktober 2018 bertempat di Dewan Dato’ Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Antara JAKIM Dengan CUCMS

JAKIM melalui Darul Quran komited dalam meneruskan usaha untuk melahirkan lebih ramai lagi golongan huffaz profesional di negara ini yang menguasai dua bidang iaitu al-Quran dan disiplin ilmu yang lain. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof berkata, dalam memastikan matlamat itu dicapai, ia sudah semestinya memerlukan kepada pemantapan kurikulum, pengawalan penaziran serta pentaksiran yang amat teliti. “Justeru, Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) antara lain diterjemahkan dengan integrasi tahfiz dengan pendidikan nasional serta memartabatkan huffaz yang menjadi sebahagian unsur elemen penting dalam menyumbang kepada pembinaan negara. Ini visi dan misi dalam Jabatan Perdana Menteri Bahagian Agama dari sudut tahfiz dan segala perkara berkaitan operasinya,” katanya ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) pada 8 Oktober 2018.

Pegawai DQ Mengadakan Kunjung Hormat Ke Kedutaan Morocco

Seramai enam orang pegawai Darul Quran diketuai Timbalan Pengarah Akademik, Haji Salahuddin bin Haji Ghozali telah mengadakan kunjung hormat ke Kedutaan Besar Morrocco di Malaysia pada 2 Oktober 2018.

DQ Menerima Kunjungan Dari Institut Tahfiz Al-Quran Negara Brunei

Dalam rangka lawatan ke Malaysia, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam telah mengadakan lawatan ilmiah dan mahabbah ke Darul Quran JAKIM pada 2 Oktober 2018.

DQ Menerima 41 Orang Pelajar Baru Program Ijazah

Majlis Sambutan Pelajar Baru Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah Dengan Kepujian Secara Kerjasama Dengan USIM

Program Khidmat Masyarakat Di Perkampungan Orang Asli Changkat Bintang

Pada 8-9 September 2018, pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Semester Lima Syukbah Muamalat telah mengadakan program Wasilah Desaku: Ukhuwah Tanpa Sempadan di Perkampungan Orang Asli Changkat Bintang, Slim River.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Merasmikan Istiadat Konvokesyen DQ Kali Ke-27

Seramai 732 orang graduan dari semua program pengajian yang ditawarkan di Darul Quran telah bergraduasi dalam sidang yang berlangsung pada 11 Ogos 2018. Majlis istiadat yang gilang-gemilang ini telah diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof.

Ekspo Konvokesyen DQ Dirasmi

Ekspo konvokesyen Darul Quran yang bermula pada 8 Ogos 2018 telah selesai dirasmi pembukaannya pada 9 Ogos 2018. Majlis Perasmian Ekspo Sempena Istiadat Konvokesyen Darul Quran Jakim Kali Ke-27 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim, Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya.

Bengkel Penggubalan Soalan Peperiksaan Program Diploma

Seramai 45 orang peserta telah mengikuti Bengkel Penggubalan Soalan Peperiksaan Program Diploma bagi sesi pengajian Mei-September 2018 anjuran Unit Peperiksaan dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kompetensi & Internship Darul Quran yang diadakan di Institut Latihan Sosial, Kuala Lumpur bermula 31 Julai hingga 2 Ogos 2018.

Pensyarah DQ Menyertai Daurah Kitab

Buat julung-julung kalinya, Pusat Pembangunan Kompetensi & Internship, Darul Quran JAKIM telah menganjurkan suatu program talaqqi kitab atau daurah kitab Sifat 20: Suatu Pengenalan Asas kepada pensyarah-pensyarah DQ. Program yang diadakan pada 30 Julai 2018 ini telah disampaikan oleh pengarang buku Sifat 20: Suatu Pengenalan Asas sendiri iaitu Ustaz Muhadir bin Haji Joll.

Kunjung Hormat Susulan Ke Yunus Emre Enstitüsü

Ekoran daripada kunjung hormat yang diadakan di pejabat Duta Besar Turki di Malaysia, hasil daripada cadangan TYT Dr. Merve Kavakci, suatu pertemuan telah diatur antara delegasi Darul Quran ke pejabat Yunus Emre Enstitüsü untuk berbincang dengan Dr. Omer Altun selaku Pengarah Yunus Emre Enstitüsü berkenaan peluang-peluang penyambungan pengajian pelajar lepasan Darul Quran ke universiti-universiti yang bersesuaian di Negara Turki dengan biasiswa tajaan dari Negara Turki. Kunjung hormat ini turut diadakan pada 26 Julai 2018.

Enam Orang Pegawai DQ Mengadakan Kunjung Hormat Ke Kedutaan Turki Di Malaysia

Seramai enam orang delegasi dari Darul Quran JAKIM telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat TYT Duta Besar Turki di Malaysia, Dr. Merve Kavakci pada 26 Julai 2018.

6 Siswa Siswi DQ Sertai Pertandingan Memanah Peringkat Antarabangsa

Seramai enam orang siswa siswi Darul Quran telah menyertai Pertandingan Memanah Peringkat Antarabangsa yang melibatkan pelbagai institusi dari dalam dan luar negara antaranya Thailand, Indonesia dan Singapura.

Majlis Menandatangani MoA Program Kerjasama Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah USIM-Jakim

Pada 12 Julai 2018, telah berlangsungnya Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Program Kerjasama antara USIM dan Darul Quran Jakim dalam menjalankan Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah Dengan Kepujian.

Ahli-Ahli Lembaga DQ Bersidang Kali Ke-34

Mesyuarat Lembaga Darul Quran kali ke-34 telah bersidang pada 12 Julai 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 8 Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

Lawatan DQ Ke Pusat Kesejahteraan Insan UKM

Pada 7 Jun 2018 (Khamis), Darul Quran telah mengadakan lawatan penanda aras ke Pusat Kesejahteraan Insan Universiti Kebangsaan Malaysia. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan panduan pelaksanaan program Khidmat Masyarakat yang dilaksanakan oleh mahasiswa-mahasiswi UKM supaya dapat dilaksanakan oleh pelajar-pelajar DQ.

Majlis Khatam Tadarus Dan Iftar Jamaie DQ 1439-2018

Darul Quran Jakim telah mengadakan Majlis Khatam Tadarus Dan Iftar Jamaie 1439/2018 di Pusat Islam pada 6 Jun 2018. Seramai kira-kira 1,000 orang yang hadir ke majlis ini terdiri daripada dif-dif jemputan, kakitangan Darul Quran serta keluarga serta pelajar-pelajar Darul Quran.

Perhimpunan Pegawai & Kakitangan DQ bersama Pengarah

Pada 1 Jun 2018, telah diadakan suatu perhimpunan pegawai dan kakitangan Darul Quran bersama Pengarah, Dr. Haji Nordin bin Ahmad. Perhimpunan yang diadakan pada jam 10:30 pagi ini telah diadakan di Auditorium Sheikh Mohd Noor.

Majlis Menandatangani MoU Antara DQ Jakim Dengan UNITEN

Bagi kelestarian Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-UNITEN yang sedia terjalin sejak tahun 2012, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Darul Quran Jakim pada 31 Mei 2018.

Kunjungan Hormat MMU Ke DQ

Seramai tujuh orang delegasi dari Universiti Multimedia (MMU) telah mengadakan kunjungan hormat ke Darul Quran Jakim pada 14 Mei 2018.

Lawatan Akademik Jawatankuasa Huffaz KPTM Ke DQ

Bagi memperkasakan bidang pendidikan tinggi tahfiz, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi dalam rangka untuk membangunkan program yang dinamakan Program Pemerkasaan Huffaz. Program ini bertujuan untuk memberikan ruang kepada pelajar bidang tahfiz bagi menyambung pengajian dalam bidang profesional. Atas maksud dan tujuan tersebut, empat orang delegasi Jawatankuasa Huffaz KPTM telah mengadakan lawatan ke DQ pada 7 Mei 2018 bagi mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan dengan program huffaz profesional memandangkan DQ merupakan sebuah institusi tahfiz yang berpengalaman dalam menjalankan program ini sejak tahun 2000 lagi.

240 Orang Pelajar Baru Program Diploma Terlibat TRANSKEM 2018

Menjadi kelaziman di mana-mana institusi pengajian untuk mengadakan minggu orientasi kepada pelajar-pelajar yang baru mendaftar. Tidak terkecuali di Darul Quran. Seramai 240 orang pelajar baru terdiri daripada 122 orang pelajar banin (lelaki) dan 118 orang pelajar banat (perempuan) telah terlibat dalam program Transformasi Kecemerlangan Minda (TRANSKEM) yang diadakan pada 1 hingga 5 Mei 2018.

Majlis Sambutan Pelajar Baru Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran Jakim Sesi Pengajian 2018/2021

Seramai 250 orang pelajar baru telah diraikan dalam Majlis Sambutan Pelajar Baru Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran Jakim Sesi Pengajian 2018/2021 yang diadakan pada 30 April 2018 bertempat di Dewan Muktamar Darul Quran. Majlis ini telah dirasmikan oleh Hajah Zawanah binti Muhammad, Pengarah Bahagian Pembangunan Insan Jakim yang mewakili Ketua Pengarah Jakim.

Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Pensijilan Tahfiz Tahun 2018/1439

Seramai 154 orang pelajar dari tiga program pengajian telah diraikan dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Pensijilan Tahfiz bagi Tahun 2018/1439. Tiga program pengajian tersebut ialah Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-IIUM, Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-UNITEN dan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-CUCMS.

290 Huffaz Duduki Ujian STM 2018

Darul Quran telah selesai mengadakan ujian Sijil Tahfiz Malaysia (STM) bagi tahun 2018 pada 17 dan 18 April 2018. Ujian yang diadakan di satu pusat peperiksaan sahaja iaitu di kampus Darul Quran Jakim, Kuala Kubu Bharu.

Kunjungan Mahabbah Markaz Tahfiz OKUMP Terengganu Ke DQ

Seramai enam orang delegasi dari Markaz Tahfiz Orang Kelainan Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP) Terengganu telah mengadakan kunjungan mahabbah ke DQ pada 9 April 2018.

DQ Menerima Dua Tetamu Dalam Satu Hari

Lawatan Sekolah Kebangsaan Kg Idaman Pelabuhan Klang Dan Pusat Pengajian Tafaqquh & Tahfiz Al-Makki Sarawak

MoU Antara DQ Jakim Dengan UiTM Ditandatangani Dalam Konvensyen Pendidikan Tahfiz Kebangsaan 2018

Sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Darul Quran Jakim dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah meriah pada 27 Mac 2018.

Buku Perkembangan Pendidikan Tahfiz Dan Kamus Braille Arab-Melayu Dilancar

Bersempena dengan Majlis Perasmian Konvensyen Pendidikan Tahfiz Kebangsaan Tahun 2018 pada 27 Mac 2018, DQ telah mengambil inisiatif untuk melancarkan buku Perkembangan Pendidikan Tahfiz Darul Quran Perintis Dinamik. Turut dilancarkan dalam majlis ini ialah Kamus Braille Arab-Melayu hasil kerjasama antara DQ Jakim dengan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP).

Konvensyen Pendidikan Tahfiz Kebangsaan Tahun 2018 Berakhir Dengan Jayanya

Selepas kejayaan menganjurkan Simposium Pendidikan Tahfiz Nusantara pada tahun 2016, Darul Quran dengan Centre of Quranic Research (CQR) Universiti Malaya sekali lagi bekerjasama dalam menganjurkan Konvensyen Pendidikan Tahfiz Kebangsaan Tahun 2018. Konvensyen yang diadakan di Hotel Putra Kuala Lumpur ini telah diadakan pada 26 hingga 28 Mac 2018.

Majlis Perasmian Kelas Tahsin Bacaan Al-Quran Pusat Islam Darul Quran Tahun 2018

Pengarah Darul Quran, Dr. Haji Nordin bin Ahmad, dalam suatu majlis yang diadakan pada 25 Mac 2018 telah merasmikan kelas tahsin bagi tahun ini.

Lawatan Ilmiah IQSA ke DQ

Seramai lima orang delegasi dari Institut Al-Quran Sayyidina Ali (IQSA) Melaka telah mengadakan lawatan ilmiah ke Darul Quran pada 20 Mac 2018.

Majlis Penyerahan Buku Perkhidmatan Pegawai & Kakitangan DQ

Pada 14 Mac 2018, pegawai-pegawai dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Jakim (BPSM) telah datang ke Darul Quran, Kuala Kubu Bharu bagi sesi penyerahan Buku Perkhidmatan Pegawai Dan Kakitangan yang bertugas di DQ.

Ceramah Memelihara Kesucian Aqidah Islam Oleh Ibu Irena Handono

Bahagian Dakwah Jakim dengan kerjasama Darul Quran telah menganjurkan ceramah yang bertajuk “Memelihara Kesucian Islam” pada 14 Mac 2018. Ceramah yang diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran ini telah disampaikan oleh Ibu Irena Handono yang merupakan bekas biarawati dari Indonesia.

Pelajar DQ Mendapat Pingat Perak Dan Gangsa Dalam Inova18

Pada 10 dan 11 Mac 2018, mahasiswa dan mahasiswi Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah USIM-DQ telah menyertai pertandingan Inovasi Islam dalam Ekspo Inovasi Islam 1439H (Inova18).

Pengetua DQ-MTQN Selesai Bersidang Bagi Kali Ke-34

Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Peringkat Kebangsaan Kali Ke-34

Hubungan DQ-IQDAR Terus Diperkukuh

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Darul Quran Jakim dengan Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR)

Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran Tahun 2018/1439

Seramai 233 orang pelajar semester enam Program Diploma Tahfiz Al-Quran telah diraikan dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran bagi Tahun 2018/1439. Majlis yang diadakan pada 3 Februari 2018 ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha.

Bengkel Penyelarasan Akademik Antara DQ Dengan IPTA

Pada 30 Januari 2018, Darul Quran Jakim telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Akademik dengan wakil-wakil enam Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Bengkel ini telah diadakan di Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT), Bukit Tinggi.

“Saudara Baru” Dan Orang Asli Bakal Penghafaz Al-Quran Di DQ

Majlis Sambutan Pelajar Baru Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-IIUM Sesi 2018/2019 Dan Sijil Asas Tahfiz Al-Quran Sesi 2018

Lawatan Pelajar Syukbah Dakwah DQ Ke Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK)

Seramai 35 orang pelajar semester empat Syukbah Dakwah Program Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran telah berjaya mengadakan program Explore The Golden Generation di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) Kuala Lumpur pada 18 Januari 2018.

Lawatan Mahabbah Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan UKM Ke Darul Quran JAKIM

Darul Quran telah menerima kunjungan dari Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Delegasi UKM ini telah disertai oleh empat orang pensyarah dan 10 orang pelajar yang antaranya merupakan graduan Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran.

Darul Quran Meneruskan Kecemerlangan Di Bumi Anbiya’

Seramai 82 orang pelajar lepasan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Darul Quran Jakim telah menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar Mesir dalam jurusan Takhassus Qiraat di peringkat Ijazah Sarjana Muda di bawah pengurusan Hal Ehwal Pelajar Darul Quran Jakim dan Sekreteriat Menyambung Pengajian ke IPTA Dalam Negeri & Timur Tengah atau dikenali dengan nama SMUTEM.

Ihtifal Huffaz Kali Ke-6 & Ekspo Konvokesyen Darul Quran Telah Melabuhkan Tirai

 05 Ogos 2017
Setelah lima hari seluruh kontinjen Maahad-Maahad Tahfiz al-Quran Negeri berkampung di kampus Darul Quran Jakim, Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali Ke-6 Tahun 2017 & Ekspo Konvokesyen Darul Quran Jakim akhirnya telah melabuhkan tirainya pada 5 Ogos 2017. Majlis penutup yang diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran ini telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Insan Jakim, Hajah Zawanah Binti Muhammad

Ahli-Ahli Lembaga Darul Quran Bersidang Kali Ke-32

 19 Julai 2018
Mesyuarat Lembaga Darul Quran kali ke-32 telah bersidang pada 19 Julai 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 8 Blok A, Kompleks Islam Putrajaya. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Dato’ Haji Othman Bin Mustapha.

Majlis Penyerahan Sijil Kursus Pensijilan Pembelajaran & Pengajaran (PdP) Pensyarah

Sebagai menghargai komitmen 29 orang pensyarah DQ serta MTQN yang telah menyertai Kursus Pensijilan Pembelajaran & Pengajaran (PdP) Pensyarah pada 9 hingga 21 Oktober 2017, UPSI dengan kerjasama DQ telah mengadakan Majlis Penyerahan Sijil kursus pada 29 Oktober 2018 bertempat di Dewan Banquet, Bangunan e-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI.

Kunjungan Kedua KPM Ke Darul Quran Jakim

 20 Julai 2018
Darul Quran telah menerima kunjungan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 20 Julai 2017. Lawatan ini merupakan kunjungan kedua dari pihak KPM kerana pada 30 Mac yang lalu, Darul Quran juga telah menerima kunjungan dari Lembaga Peperiksaan KPM yang diketuai oleh En. Izehari Bin Basar yang menjalankan tugas Timbalan Pengarah (Pengurusan) bersama enam orang pegawai Lembaga Peperiksaan KPM.

Istiadat Konvokesyen Darul Quran Kali Ke-26 Dirasmikan Oleh Dato’ Asyraf Wajdi

 05 Ogos 2018
Seramai 615 orang graduan dari semua program pengajian yang ditawarkan di Darul Quran telah bergraduasi dalam sidang yang berlangsung pada 5 Ogos 2017. Majlis yang berlangsung penuh gilang-gemilang itu telah diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran Jakim, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Pelajar-Pelajar DQ & MTQN Sertai Bakti Huffaz Kebangsaan Kali Ke–2/2017

Darul Quran Jakim dengan kerjasama Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) dan Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz (PERKEMAT DQ) telah menganjurkan program Bakti Huffaz bertempat di Pulau Dayang Bunting, Langkawi bermula pada 24 hingga 28 Oktober 2017.

Program Smart Solat Oleh Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK

Pada 27-28 Julai 2018, pelajar kumpulan A Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Semester 5 Syukbah Qiraat Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menganjurkan Program Smart Solat di Masjid Mukim Panji, Kota Bharu Kelantan.

Mahasiswa Usim-Dq Menabur Bakti Merentasi Sempadan Antarabangsa Di Bumi Poland

Seramai 21 orang mahasiswa Semester Dua Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian al-Quran & Sunnah USIM-Darul Quran dengan kerjasama Muslim Care dan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah berjaya mengadakan program khidmat masyarakat bersifat antarabangsa iaitu Global Islamic Student Outreach (GISO) di Warsaw Poland pada 24 Ogos 2017 hingga 2 September 2017.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA JAKIM DENGAN IIUM DAN UTEM

Bagi kelangsungan pemerkasaan program menghuffazkan golongan profesional, Darul Quran telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Dengan International Islamic University Malaysia (IIUM) Dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Majlis ini telah diadakan pada 23 Mei 2017 bertempat di Dewan Aras 2, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya (KIP).

Majlis Perasmian Kursus Pensijilan P&P Pensyarah Darul Quran

“Kerajaan mengharapkan melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) yang diperkenalkan, huffaz yang bakal dilahirkan kelak mampu menggabungkan komponen ilmu hafazan al-Quran dengan ilmu-ilmu yang lain, yang mengintegrasikan antara ilmu aqli dan naqli. Matlamatnya, agar wujud pengintegrasian antara komponen fikir-zikir, di samping wujudnya keseimbangan antara teks dan konteks atau hafalan dan kefahaman agama ke arah merealisasikan kesejahteraan duniawi serta ukhrawi.”

Sahabat YADIM DQ Menerima Anugerah Dalam Konvensyen Kebangsaan Sahabat YADIM 2017

Sahabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Darul Quran buat pertama kalinya telah menyertai Konvensyen Kebangsaan Sahabat Yadim 2017 yang diadakan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

DQ Dipertanggungjawabkan Sebagai Ketua Jawatankuasa Tindakan Bagi Teras 5 DPTN

Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) merupakan satu agenda kerajaan dalam memartabatkan bidang pendidikan tahfiz al-Quran di Malaysia. Pada 20 Mac 2016, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, ketika perasmian Majlis Himpunan 20,000 Huffaz dan perasmian Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA Kebangsaan) telah mengumumkan bahawa kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang merangka Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) bagi memperkasakan institusi pendidikan tahfiz al-Quran di negara ini dan YAB Perdana Menteri sendiri akan memberi perhatian secara peribadi kepada pembentukan dan pelaksanaan DPTN ini.

Utusan Malaysia Bekerjasama Dengan DQ Menganjurkan Kem Remaja Tutor Generasi Al-Quran 2017

Unit Pendidikan Utusan Malaysia dengan kerjasama Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) buat julung kalinya telah menganjurkan Kem Remaja Tutor Generasi Al-Quran di Kuala Kubu Bharu, Selangor dari 20 hingga 23 Disember.

Dato’ Asyraf Wajdi Merasmikan Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan 2017 Dan Ekspo Konvokesyen Darul Quran

Buat julung-julung kalinya, Darul Quran Jakim telah menganjurkan Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan yang diadakan serentak bersama ekspo sempena Istiadat Konvokesyen Darul Quran Jakim Kali Ke-26. Program ini telah diadakan selama lima hari bermula dari 1 hingga 5 Ogos 2017 bertempat di kompleks Darul Quran Jakim, Kuala Kubu Bharu dan tempat-tempat sukan sekitar Kuala Kubu Bharu.

Pendaftaran Pelajar Transisi MTQN Perlis Ke DQ

Seramai 19 orang pelajar transisi Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri (MTQN) Perlis telah sampai ke Darul Quran Jakim dengan menaiki bas Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) sekitar jam 5:30 petang pada 9 Januari 2018.

Apa Kata Anda?

Apakah pandangan anda tentang laman web rasmi Darul Quran yang baru?
   

Pautan Berkaitan

JAKIM

Tiada maklumat untuk halaman ini. Mungkin anda boleh layari halaman ini semula pada masa depan?