PERMOHONAN SIJIL PERAKUAN HAFAZAN BERTAHAP(SPHB) SIRI 1 2025

DARUL QURAN JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan di Pusat Pembelajaran Bertauliah (PPB) SPHB untuk memohon menduduki

Peperiksaan Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB) Siri 1 Tahun 2025.

 

PENGENALAN

> Sijil Perakuan Hafazan Bertahap merupakan sijil yang dikeluarkan oleh JAKIM bagi memberi perakuan kepada penghafaz al-Quran di Malaysia.

> SPHB adalah peperiksaan yang terbuka kepada mana-mana calon yang telah mengikuti kelas-kelas hafazan dari mana-mana institusi atau pusat pengajian yang berdaftar. Secara amnya terdapat dua kategori pusat pembelajaran SPHB iaitu:

 

1. Institusi yang telah berkolaborasi dengan Darul Quran,

2. Madrasah tahfiz dan Pusat Pengajian SPHB yang diwujudkan di masjid, surau dan tempat-tempat pengajian lain.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap yang sedang mengikuti pengajian di Pusat Pembelajaran Bertauliah (PPB) SPHB.

2. Berumur 13 tahun dan ke atas.

3. Mengemukakan surat pengesahan hafazan dari PPB SPHB.

4. Pengesahan hafazan adalah mengikut kepada tahap hafazan yang dimohon.

5. Setiap calon hanya dibenarkan untuk menduduki satu tahap peperiksaan sahaja.

6. Pemohon mestilah lulus ujian sesuatu tahap untuk memohon menduduki ujian tahap seterusnya.

 

YURAN PERMOHONAN

> RM100 setiap calon (Tertakluk kepada pindaan JPM)

 

CARA PERMOHONAN

> Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama "Kiriman Wang" atas nama "PENGARAH DARUL QURAN" seperti berikut :

 

Pengarah

Darul Quran JAKIM

Jalan Hamzah, Ampang Pecah

44000 Kuala Kubu Bharu

Selangor Darul Ehsan

(u:p: Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat)

 

Kemudian dihantar ke alamat berikut:

 

Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat

Darul Quran JAKIM

Jalan Hamzah, Ampang Pecah

44000 Kuala Kubu Bharu

Selangor Darul Ehsan

 

 *Contoh “Kiriman Wang" boleh dirujuk pada "Keterangan" di bawah.

 

KAEDAH PENILAIAN

Tahap 1 :

Ujian Syafawi al-Quran (1 - 5 Juzuk).

Ujian Tahriri al-Quran (1 - 5 Juzuk).

 

Tahap 2 :

Ujian Syafawi al-Quran (1 - 10 Juzuk).

Ujian Tahriri al-Quran (1 - 10 Juzuk).

 

Tahap 3 :

Ujian Syafawi al-Quran (1 - 20 Juzuk).

Ujian Tahriri al-Quran (1 - 20 Juzuk).

 

PENGANUGERAHAN SIJIL

Calon yang berjaya akan dianugerahkan Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB) oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

 

 

JADUAL PERGERAKAN PEPERIKSAAN

SIJIL PERAKUAN HAFAZAN BERTAHAP SIRI 1 TAHUN 2025

BIL.

PERKARA

TARIKH

1.

Iklan Peperiksaan Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB) Siri 1 tahun 2025

 09 April 2025

(Rabu)

2.

Tarikh Tutup Permohonan

30 April 2025 (Rabu)

3.

Tarikh Akhir Penghantaran Kiriman Wang (Money Order) ke Darul Quran.

30 April 2025 (Rabu)

4.

Tarikh Semak  Kelayakan  Menduduki Peperiksaan

(melalui website)

16 Mei 2025 (Jumaat)

5.

*Tarikh Peperiksaan

14 Jun 2025

(Sabtu)

6.

*Tarikh Semak Keputusan

(Tertakluk kepada Mesyuarat Pengajian Darul Quran)

01 Ogos 2025 (Jumaat)

7.

Pengambilan Sijil di Darul Quran

29 September 2025 (Isnin)

 

*Sebarang pertanyaan berkaitan peperiksaan boleh terus berhubung melalui  talian 011-61637008 (Urus Setia SPHB 2025)

Keterangan
BORANG PERMOHONAN SPHB 2025.pdf
CONTOH KIRIMAN WANG.pdf
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader