IKLAN PENGAMBILAN PENSYARAH TASMI' JEMPUTAN (PTJ) DARUL QURAN JAKIM

Darul Quran mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon jawatan sebagai
Pensyarah Tasmi' Jemputan
Darul Quran JAKIM
 
 
MAKLUMAT JAWATAN
 
NAMA JAWATAN

Pensyarah Tasmi' Al-Quran Jemputan

 

TEMPOH PERKHIDMATAN
Tidak melebihi satu semester (16 minggu pengajian). Sekiranya terdapat keperluan perkhidmatan akan dilanjutkan lagi perkhidmatan bagi semester berikutnya.

 

TEMPAT BERTUGAS
Darul Quran JAKIM,
Jalan Hamzah, Ampang Pecah,
44000 Kuala Kubu Bharu,
SELANGOR DARUL EHSAN.

 

WAKTU BEKERJA
  • Hari : Isnin hingga Jumaat
  • Masa : 8.00 pagi – 10.00 pagi (Pensyarah Tasmi' Pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat/Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM)

 

KADAR UPAH/ELAUN
 
RM50.00 satu jam

 

DESKRIPSI TUGAS
  • Memastikan setiap pelajar berada dalam kelas tasmi' bermula jam 8.00 hingga 10.00 pagi pada setiap hari pengajian.
  • Melaksanakan talaqqi, tasmi' serta mentahqiq hafazan al-Quran bagi setiap pelajar kelas masing-masing (Isnin hingga Khamis) dan program i’adah pada setiap hari Jumaat.
  • Merekod kehadiran pelajar dan menyediakan laporan tasmi' pelajar dalam buku rekod hafazan.

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur 21 tahun dan ke atas;

3. Sihat tubuh badan;

4. Memiliki kelulusan akademik dari Universiti Awam/IPTS, dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia seperti berikut: 
(a) Ijazah dalam bidang Tahfiz Al-Quran; ATAU
(b) Ijazah dalam bidang Pengajian Islam SERTA Diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran.

5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia.

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Dibuka sepanjang tahun.

 

CARA MEMOHON
  • Calon yang layak adalah dipelawa untuk memohon dengan mengemukakan surat permohonan perjawatan yang ditujukan kepada:
Pengarah,
Darul Quran JAKIM,
Jalan Hamzah, Ampang Pecah,
44000 Kuala Kubu Bharu,
SELANGOR DARUL EHSAN.
(u.p.: Ketua Jabatan Pengajian Tahfiz)
  • Lampirkan bersama surat tersebut dengan resume calon yang memohon.
 
Surat permohonan perjawatan dan resume tersebut hendaklah diemelkan ke info_dq@islam.gov.my
 
Pertanyaan lanjut, sila hubungi (waktu pejabat):
No. Telefon : 03-60635333 / 03-60635387 (Jabatan Tahfiz)

 

*Calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi melalui telefon dan dipanggil untuk menghadiri temuduga pada tarikh yang akan dimaklumkan.