PENCAPAIAN

Sepanjang penubuhannya, Darul Quran telah menunjukkan beberapa pencapaian yang memberasangkan. Antaranya ialah:

  • Pada 16 April 1983 kelayakan sijil Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah diberi pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam setaraf dengan Diploma Institut Teknologi MARA  (sekarang UiTM) bagi membolehkan pemegang sijil tersebut menjawat jawatan dalam Perkhidmatan Awam .
  • Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat Darul Quran JAKIM juga diiktiraf oleh universiti-universiti tempatan dan luar negara untuk mengikuti pengajian di universiti berkenaan. Antara institusi tersebut ialah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Negeri Sultan Syariff Kasim Riau, Indonesia dan Universiti Al-Azhar, Mesir.
  • Darul Quran telah mengadakan kerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk merealisasikan program Persijilan Tahfiz al-Quran. Program ini ditawarkan kepada pelajar lulusan SPM yang mendapat keputusan cemerlang untuk ditempatkan di Darul Quran. Pelajar-pelajar ini akan melalui tempoh pengajian selama 18 bulan di Darul Quran. Selepas tamat pengajian mereka akan terus ditempatkan di Pusat Asasi UIAM dalam bidang profesional seperti perubatan, farmasi, kejuruteraan,   senibina, ekonomi dan sains pengurusan. Cadangan program berkembar ini tercetus apabila Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Sidek Baba selaku Ahli Lembaga Pengarah Darul Quran telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk “Perancangan Masa depan Program Akademik Darul Quran” di dalam Muzakarah Masa depan Darul Quran pada 21-22 Februari 2000. Beliau telah turut mencadangkan agar Darul Quran memainkan peranan bukan sahaja melahirkan Hafiz dan Hafizah yang berketrampilan dalam bidang agama, malah layak menjadi ahli sains dan professional yang berwibawa. Hasilnya, Darul Quran telah mengambil 7 orang pelajar yang telah mendaftarkan diri sebagai perantis program persijilan.
  • Darul Quran turut memperkenalkan Program Persijilan Tinggi Tarannum al-Quran yang dirangka khusus untuk melahirkan generasi al-Quran yang dapat mengembalikan tradisi kegemilangan ilmuwan Islam dalam usaha memartabatkan agama bangsa dan negara di mata dunia. Selain daripada itu, program ini akan menjana qari dan qariah yang berkemampuan tinggi dan sekaligus mampu memikul cabaran yang diamanahkan oleh negara. Cadangan pelaksanaan program ini adalah idea Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Y.B Dato’ Dr. Abdullah Bin Md Zin yang mahukan umat Islam di Malaysia benar-benar mendalami seni bacaan al-Quran. Beliau berharap agar Malaysia tidak akan kepupusan generasi yang mahir dalam bidang al- Quran amnya dan bidang Tarannum khasnya. Program ini dikhususkan kepada semua masyarakat Islam terutama kepada mereka yang mempunyai pengalaman mewakili daerah dan negeri dalam ujian tilawah al-Quran. Program yang bakal diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ini akan meliputi kaedah pengajian secara kuliah,tutorial, latihan praktikal dan perbincangan.
  • Darul Quran terus mengorak langkah untuk memperkasakan bidang tahfiz al-Quran dengan melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian. Program yang diadakan dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini adalah hasil daripada perbincangan di Mesyuarat Lembaga Darul Quran yang diadakan pada 15 Julai 2006. Bagi peringkat permulaan, program ini akan ditawarkan kepada 50 orang pelajar Darul Quran dan pelajar Maahad Tahfiz Quran Negeri (MTQN). Jangka masa pengajian bagi program ini adalah 3 tahun dan dijangka dapat dimulakan pada November tahun ini.
  • Bagi meningkatkan lagi kualiti dan mutu pengurusan jabatan, Darul Quran telah mengambil inisiatif dengan menaik taraf persijilan MS 9001:2000 kepada MS 9001:2008 QUALITY MANAGEMENT SYSTEM - Requirement. Hasil usaha kumpulan audit dalaman Darul Quran, jabatan ini telah berjaya memperoleh sijil MS 9001:2008 pada 18 November 2010 dan terus dikemaskini sehingga 25 Jun 2017. 
  • Pada 30 Mac 2015 Darul Quran telah dianugerahkan Sijil MS 1900: 2014 SYARIAH BASED QUALITY MANGEMENT SYSTEM-Requirements with Guidence iaitu standard yang berasaskan syariah. Usaha ke arah pelaksanaan standard syariah ini telah dimulakan oleh Darul Quran sejak tahun 2014 dan alhamdulillah, hasrat tersebut tercapai pada tahun ini. Penganugerahan sijil ini merupakan satu lagi pengiktirafan kepada Darul Quran dalam usaha memartabatkan institusi pendidikan tahfiz. Penyampaian sijil ini juga membuktikan bahawa Darul Quran amat mementingkan kualiti dalam bidang pengurusan terutama dalam pelaksanaan pendidikan tahfiz yang menjadi bidang utama insitusi ini.
  • Pada tahun 2015, Darul Quran memperkenalkan satu lagi program iaitu Sijil Kemahiran Malaysia Bidang Pengurusan Masjid Tahap 3. Program ini untuk makluman semua merupakan program yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia dan dilaksanakan oleh Darul Quran. Cadangan perlaksanaan sijil kemahiran ini telah bermula sejak tahun 2013 lagi. Dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran terutama di bawah seliaan Bahagian NOSS (National Occupational Skills Standard) dan SLDN (Sistem Latihan Dual Nasional) akhirnya Darul Quran diberi kepercayaan untuk melaksanakan program ini.
  • Antara objektif utama program adalah memberi peluang dan hala tuju kepada pelajar-pelajar tahfiz yang tidak mempunyai sijil SPM. Dalam modul yang dibina dan dilaksanakan, kita menjangkakan pelajar-pelajar ini akan mempunyai peluang kerjaya yang lebih baik pada masa akan datang. Mereka dilatih dalam bidang pengurusan masjid dan mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang berkaitan masjid dan khidmat masyarakat seperti mampu mengendalikan tahlil, menguruskan jenazah, mengendalikan peralatan ICT yang terdapat di masjid dan sebagainya. Kemahiran-kemahiran seperti ini semestinya memberi nilai tambah dalam bidang pengurusan masjid di negara kita.
  • Berdasarkan komitmen pihak pengurusan, tenaga pengajar, para pelajar serta semua pihak yang terlibat, Darul Quran sentiasa menunjukkan beberapa pencapaian yang memberasangkan dari semasa ke semasa sama ada dari sudut pencapaian institusi, pelajar mahupun alumni.
Keterangan
Permohonan Akreditasi Program Pendidikan Tinggi daripada Darul Quran JAKIM.pdf
Perakuan Akreditasi Program Ijazah USIM-DQ.pdf
Perakuan Akreditasi Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat (Bahasa Melayu).pdf
Perakuan Akreditasi Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat (English).pdf
Perakuan memenuhi keperluan kualiti untuk tujuan menawarkan Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat.pdf
Kelulusan pengendalian Program Pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat di DQ.pdf
Pengiktirafan JPA - Diploma DQ.pdf
Surat rasmi penyambungan muadalah DQ (Idarah Wafidin) & unofficial translation by Atase Mesir.pdf
EOMS 21001-2018.pdf
ISO 9001-2015.pdf
MS 1900-2014.pdf
Sijil Pentauliahan Pusat Bertauliah SLDN [Pengurusan Masjid].pdf
Sijil Akuan Pentauliahan Pusat Bertauliah SLDN [Pengurusan Tahfiz & Pengurusan Masjid].pdf
The Malaysia Book Of Records - Largest Al-Hafiz Quranic Writing Session [Tandatangan Timb. Menteri Hal Ehwal Agama].pdf
[Cert. No. 4314] The Malaysia Book of Records Largest Al-Hafiz Quranic Writing Session.pdf
Pengurusan Aset Terbaik (Pertama).pdf
Pengurusan Stor Terbaik (Pertama).pdf
Perakuan Akreditasi Sementara Program Diploma.pdf
Perakuan akreditasi sementara (Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat).pdf
Maklumat berkaitan penubuhan Darul Quran JAKIM.pdf
Sijil Penghargaan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader