OBJEKTIF, VISI, MISI, FALSAFAH, DASAR KUALITI

Penubuhan Darul Quran bermula pada tahun 1966 apabila Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj melahirkan hasrat untuk mewujudkan sebuah Institut Pengajian al-Quran di Malaysia. Hasrat ini telah dinyatakan  sewaktu perasmian Masjid Negara di mana idea ini timbul ekoran daripada Musabaqah Al-Quran yang diadakan semenjak tahun 1960 serta lawatan Rektor Universiti Al-Azhar Sheikh Mahmud Syaltut di perasmian Masjid Negara tersebut.

Sebagai permulaan, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ditubuhkan sebagai salah satu unit di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Dengan penubuhan tersebut maka bermulalah pengajian dalam bidang Tahfiz al-Quran di Dewan Syarahan Masjid Negara pada 1 Mac, 1966 dengan bilangan pelajar pada masa itu seramai 8 orang sebagai perantis yang dipilih dan dihantar oleh negeri-negeri di Malaysia.

Objektif

  • Melahirkan huffaz, (Hafiz & Hafizah) yang mahir dalam pembacaan dan pengajian ilmu al-Quran dan pengajian Islam bagi memelihara kesucian dan kesahihan al-Quran serta menyelesaikan isu-isu keagamaan dalam masyarakat.
     
  • Melahirkan qurra' (Ahli Qiraat) yang mahir dalam bacaan al-Quran dan al-Qiraat.
     
  • Melahirkan du'at (Pendakwah), pendidik dan imam yang terlatih serta profesional melalui pengajian ilmu-ilmu al-Quran dan pengajian Islam.

Visi

Melahirkan generasi Al-Quran yang bertaqwa, berilmu dan bermanfaat kepada pembangunan Negara dan Ummah.

Misi

Mendidik dan melatih pelajar dalam bidang Tahfiz Al-Quran, Qiraat dan Ulum Islamiyyah.

Falsafah

Jalinan antara Hifz Al-Quran dan Ulum Islamiyyah serta akhlak mahmudah pemangkin ke arah membentuk huffaz yang cemerlang dan ummah yang dinamik.

Dasar Kualiti DQ

DQ komited terhadap pengendalian Program Diploma dan Sijil Tahfiz Al-Quran dilaksanakan dengan sistematik, mematuhi keperluan syariah, cekap dan berkesan.

DQ akan memastikan keperluan pelanggan dipenuhi serta penambahbaikan yang berterusan dilaksanakan berasaskan piawaian ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014.