OBJEKTIF, VISI & MISI

OBJEKTIF

  • Melahirkan huffaz yang berkepimpinan, proaktif dan mempunyai thaqafah yang tinggi.
  • Memperkasakan kualiti ibadah dalam membina jati diri sebagai khalifah dan pendakwah
  • Memupuk ukhuwah yang jitu, berpaksikan fikrah yang satu menuju ummah yang bersatu padu.
  • Mengimplimentasikan thaqafah dan tarbiyyah melalui dunia dakwah dan media kreatif.
  • Membentuk generasi hamalatul Quran yang berakhlak mulia dan berjiwa ummatik selaras dengan penghayatan yang mendalam terhadap seruan al-Quran dan al-Sunnah.
  • Memastikan keterlibatan ahli semester secara menyeluruh dalam setiap program yang dijalankan.

 

VISI

Melahirkan individu yang memahami, menjiwai serta melaksanakan tanggungjawab sebagai abid, khalifah dan dai’e melalui pengamalan budaya profesionalisme demi mencapai satu tujuan dan pengharapan yang satu iaitu mardhatillah.

 

MISI

Membentuk huffaz yang menjiwai dan menzahirkan kesemua sepuluh item muasafat tarbiyyah:

Salimul aqidah

Shahihul ibadah

Matinul khuluq

Qadirun alal kasbi

Muthaqqafatul fikr

Qawiyul jismi

Mujahadatul linnafsi

Munazzhamun li shuunihi

Nafiun lighoirihi

Harisun alal wakti