PROGRAM KEMAHIRAN MALAYSIA

Program Sijil Kemahiran Malaysia Bidang Pengurusan Masjid mula dilaksanakan di Darul Quran pada 24 Jun 2015 dengan pengambilan seramai 20 orang perantis Tahap 3. Bagi meningkatkan lagi kompetensi perantis dalam bidang pengurusan masjid, Darul Quran telah melaksanakan program peningkatan tahap iaitu Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 bermula pada 1 Mac 2018 dengan pengambilan seramai 15 orang perantis. Seterusnya pada 1 Ogos 2022, Darul Quran telah melaksanakan program Tahap 5 (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia) dengan pengambilan seramai lapan orang perantis lepasan DKM yang mengikuti latihan secara modular.

 

Selain itu, selaras dengan perkembangan pendidikan tahfiz di negara ini, Darul Quran telah melaksanakan satu lagi program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) iaitu Sijil Kemahiran Malaysia bidang Pengurusan Tahfiz Tahap 3 yang bermula pada Oktober 2018. Sehingga tahun 2023, jumlah kemasukan program SLDN di Darul Quran adalah seramai 194 orang perantis, manakala jumlah graduasi/ tamat latihan seramai 159 orang.