LAGU RASMI DARUL QURAN

 

LAGU DARUL QURAN
 
Kami generasi al-Quran,
Berikrar sepenuh harapan,
Menjunjung cita dan impian,
Demi satu wawasan.
 
Kami generasi pilihan,
Berjanji setia berkorban,
Meneguhkan syiar agama,
Bakti pada negara.
 
Kalamullah jadi pegangan,
Sunnah Rasulullah jadi ikutan,
Ahkamullah dipertahankan,
Demi kesejahteraan.
 
Darul Quran terus gemilang,
Membentuk qurra' huffaz cemerlang,
Melahirkan du'at yang terbilang,
Kebenaran dijulang.
 
Darul Quran tetap di hati,
Pemangkin ummah berakhlak terpuji,
Melahir ilmuan sepanjang zaman,
Majulah Darul Quran.