IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN QURAN & SUNNAH DENGAN KEPUJIAN SECARA KERJASAMA DENGAN USIM

Pengenalan

Program Ijazah Sarjana Muda Quran & Sunnah Dengan Kepujian DQ-USIM telah bermula sejak tahun 2009 melalui Memorandum Perjanjian atau Memorandum of Agreement (MoA) antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program ini telah mendapat perakuan Agensi Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Agency (MQA) iaitu MQA01 pada tahun 2011 dan MQA02 pada tahun 2013.

Sejajar dengan visi Darul Quran dalam melahirkan generasi al-Quran, program ini ditubuhkan sebagai platform untuk melahirkan pengamal Islam profesional yang menguasai bidang pengajian al-Quran dan Sunnah menerusi gabungan elemen tradisional serta komtemporari yang mahir lagi berketerampilan selaras dengan keperluan pembangunan negara dalam menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam maju.

 

Tempoh Pengajian

6 Semester (3 Tahun)

 

Syarat-Syarat Kelayakan

Calon-calon yang memohon mengikuti program Ini hendaklah memenuhi syarat berikut:

1. Memiliki kelayakan berikut:
Mempunyai Diploma Tahfiz al-Quran Dan al-Qiraat Darul Quran JAKIM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.7 
(sertakan transkrip akademik daripada semester satu hingga semester akhir);

 

  • Selain daripada kelayakan akademik, sikap positif, aktif, cemerlang dalam kepimpinan dan pengetahuan am adalah diberi keutamaan.

 

DAN

 

2.1 Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C/6C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Arab / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi

atau

2.2 Mendapat sekurang-kurangnya Lulus (Gred E/8E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Arab / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi
dan
  • Mempunyai kelulusan Bahasa Arab di peringkat Diploma yang diiktiraf
dan
  • Menduduki dan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 dalam Imtihan Jamai’e Li Al-Lughatul Al-Arabiyyah (IJLA) di USIM

 

DAN

 

3. Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C/6C) pada peringkat SPM dalam mana-mana DUA (2) daripada mata pelajaran berikut:
  • Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Pendidikan Syariah Islamiyyah / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah.

 

DAN

 

4. Mendapat sekurang-kurangnya Lulus (Gred E/8E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

 

DAN

 

5. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku dalam tempoh permohonan.

Keterangan
Brosur program-program pengajian DQ.pdf
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader