• Tawaran Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM Tahun 2024
  • Iklan Program Diploma 2024
  • Iklan Pengambilan Pelajar Baharu Pensijilan JAKIM-IIUM 2024
  • Permohonan STM Siri 1 2024
  • Iklan pengambilan pelajar baharu Luar Negara 2024-2027
  • Semakan keputusan STM Siri 2 Tahun 2023
  • Iklan PTJ DQ
  • Warga DQ
  • Header pemandangan DQ
  • Adv_Perniagaan_Yang_Untung
  • Masjid DQ
  • Masjid Darul Quran
  • Adv_Quran_Syafaat
Tawaran Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM Tahun 20241 Iklan Program Diploma 20242 Iklan Pengambilan Pelajar Baharu Pensijilan JAKIM-IIUM 20243 Permohonan STM Siri 1 20244 Iklan pengambilan pelajar baharu Luar Negara 2024-20275 Semakan keputusan STM Siri 2 Tahun 20236 Iklan PTJ DQ7 Warga DQ8 Header pemandangan DQ9 Adv_Perniagaan_Yang_Untung10 Masjid DQ11 Masjid Darul Quran12 Adv_Quran_Syafaat13

Pengumuman

 Senarai Penuh | Terkini | Arkib

Tawaran Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM Tahun 2024

Tawaran Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tahun 2024

Pengambilan Pelajar Baharu Program Diploma Tahfiz al-Quran & al-Qiraat Sesi 2024-2027

Pengambilan Pelajar Baharu Program Diploma Tahfiz al-Quran & al-Qiraat Sesi 2024-2027

Pengambilan Pelajar Baharu Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Sesi 2024/2025

Pengambilan Pelajar Baharu Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Sesi 2024/2025

Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Siri 1 2024

Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Siri 1 2024

Jemputan menulis artikel Jurnal Darul Quran JAKIM Bilangan 28 Tahun 2024

Jemputan menulis artikel Jurnal DQ Bilangan 28 Tahun 2024

Makluman pengambilan sijil bagi Peperiksaan STM Sesi 2 Tahun 2023

Makluman pengambilan sijil bagi Peperiksaan STM Sesi 2 Tahun 2023

New International Students Intake Diploma Of Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Session 2024-2027

New International Students Intake Diploma Of Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Session 2024-2027 [Pengambilan Pelajar Baharu Luar Negara Bagi Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Sesi 2024-2027]

Senarai Keputusan Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia Siri 2 Tahun 2023

Senarai Keputusan Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Siri 2 Tahun 2023

Kajian Keberkesanan Sijil Tahfiz Malaysia (STM): Hala Tuju & Nilai

Kajian Keberkesanan Sijil Tahfiz Malaysia (STM): Hala Tuju & Nilai

Prospektus Darul Quran

PROSPEKTUS DARUL QURAN

تنبيه لغوي حول قولهم في الدعاء "ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا"

تنبيه لغوي حول قولهم في الدعاء "ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا"

Amalan Teknik Hafazan Al-Quran Di Darul Quran

LAPORAN KAJIAN Amalan Teknik Hafazan Al-Quran Di Darul Quran

Aktiviti

 Senarai Penuh | Terkini | Arkib

Kunjungan hormat Hal Ehwal Islam Maybank ke DQ: Memperkukuh kerjasama dalam pembangunan pelajar tahfiz

22 Mac 2024 - Dalam usaha memperkukuhkan hubungan strategik bagi meningkatkan kemahiran insaniah pelajar-pelajar tahfiz, Darul Quran JAKIM telah dikunjungi oleh Hal Ehwal Islam Maybank.

Pengarah ‘cabar’ pelajar cipta rekod ‘Sifar Dur Thani’

15 Mac 2024 – “Saya ’cabar’ para pelajar untuk cipta rekod ’Sifar Dur Thani’ pada peperiksaan kali ini!”. Demikianlah antara ucapan Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim dalam Majlis Perhimpunan Warga Darul Quran Dan Amanat Pengarah pagi tadi.

Enam masjid JAWI terima perantis SKM DQ jalani praktikal sepanjang Ramadan

11 Mac 2024 - Enam masjid di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima 12 perantis Sijil Kemahiran Malaysia Bidang Pengurusan Masjid Tahap 3 Darul Quran untuk menjalani latihan praktikal sepanjang bulan Ramadan.

DQ teruskan fokus pada pematuhan standard dan audit dalaman

8 Mac 2024 - Darul Quran telah menganjurkan Bengkel Kompetensi Juruaudit Dalaman 2024 selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Mac 2024.

Ceramah Ambang Ramadan Pusat Islam DQ: Persediaan menjalani ibadah puasa

7 Mac 2024 - Dalam usaha mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan suci Ramadan yang bakal menjelang, warga Darul Quran telah disajikan dengan ceramah yang disampaikan oleh al-Fadil Imam Muda Megat atau nama sebenarnya Megat Mohd Zaid bin Megat Azamuddin.

DQ sambung kerjasama dengan UTeM dan UNITEN lahirkan huffaz profesional

5 Mac 2023 – Seiring dengan tanggungjawab Darul Quran JAKIM dalam mencapai keberhasilan pendidikan Islam yang mampan, inklusif serta holistik sejajar dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Darul Quran telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Lawatan ke Akademi Literasi Al-Quran Selangor: DQ usaha tingkatkan kualiti PdP Tarannum

4 Mac 2024 – Dalam usaha meningkatkan keupayaan serta keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran subjek Tarannum yang bersifat praktikal, Darul Quran telah mengadakan lawatan ke Akademi Literasi Al-Quran Selangor (ALAS) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

205 pelajar dirai dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Program Diploma Darul Quran

2 Mac 2024 - Seramai 205 orang pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat Darul Quran JAKIM telah diraikan dalam Majlis Khatam Hafazan hari ini.

Lawatan penanda aras Pusat Islam DQ ke Murtadha Dakwah Centre serta Masjid Al Busyra memperkukuhkan kerjasama dan pengurusan masjid

29 Februari 2024 - Pusat Islam Darul Quran telah mengadakan program penanda aras dengan melaksanakan lawatan ke Murtadha Dakwah Centre (MADAD) semalam dan ke Masjid Al Busyra Merbok hari ini.

Pelajar USIM-DQ jayakan Program Outreach di Jogjakarta

26 Februari 2024 - Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah USIM-DQ telah menjayakan program Global Islamic Students Outreach (GISO) di Jogjakarta Indonesia.

Perantis DKM dan SKM anjur Program Ihya’ Nisfu Syaaban Darul Quran

25 Februari 2024 - Seramai 20 orang perantis Program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Bidang Pengurusan Masjid telah menganjurkan Program Ihya’ Nisfu Syaaban Darul Quran.

30 pelajar DQ dan masyarakat Hulu Selangor bersihkan sungai Alor Lempah bersama Raja Muda Selangor

23 Februari 2024 - 30 orang pelajar Darul Quran telah menyertai aktiviti plogging di sungai Alor Lempah bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang berkenan mencemar duli bersama masyarakat sekitar Hulu Selangor.

Kembara Ilmiah Syukbah Hadith ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

20 Februari 2024 - Seramai 27 orang pelajar Syukbah Hadith Semester Enam Program Diploma Darul Quran telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertempat di Putrajaya.

Program Visit Halal pelajar Syukbah Pengurusan Halal ke tiga agensi penguatkuasaan

22 Februari 2024 - 26 orang pelajar Syukbah Halal Semester Enam telah mengadakan program Visit Halal selama dua hari ke agensi penguatkuasaan berkaitan halal di Pulau Pinang.

Jaulah ilmiah pelajar Syukbah Qiraat ke Kompleks Nasyrul Quran

22 Februari 2024 - Seramai 50 pelajar Syukbah Qiraat Semester Enam dari kelas Kisaie dan Khallad telah mengadakan lawatan ilmiah ke tempat percetakan mashaf al-Quran kedua terbesar di dunia iaitu Kompleks Nasyrul Quran yang terletak di Putrajaya.

25 pelajar Syukbah Qiraat melawat Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

21 Februari 2024 - 25 orang pelajar banin dari Syukbah Qiraat semester empat bersama seorang guru pengiring telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Putrajaya (JKSM).

Muadalah Darul Quran JAKIM ke Maahad Qiraat Al-Azhar Mesir

20 Februari 2024 - Darul Quran JAKIM menerima berita gembira melalui Pegawai Atase Agama Kaherah, Ustaz Ameer Ikhwan bin Zaini berhubung Kelulusan Muadalah (Kesetaraan Sijil) Diploma Darul Quran JAKIM dengan Peringkat Tajwid dan Aliyah Maahad Qiraat Al-Azhar Al-Syarif Mesir.

22 pelajar DQ sertai Musabaqah Hafazan Qiraat Tujuh

17 Februari 2024 - 22 orang pelajar dari Program Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat Darul Quran JAKIM telah mengambil bahagian dalam Musabaqah Hafazan Qiraat Tujuh yang berlangsung dari 16 hingga 17 Februari 2024.

Lawatan pelajar Syukbah Dakwah ke Bahagian Hab Halal JAKIM: Menguatkan kesedaran dan pemahaman

15 Februari 2024 – Seramai 28 orang pelajar Syukbah Dakwah Semester Enam telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Bahagian Hab Halal JAKIM.

Hari Huffaz Selangkah ke Menara Gading 2024 dedah info tentang lanjutan pengajian kepada pelajar DQ

15 Februari 2024 - Sebanyak enam institusi pengajian tinggi (IPT) telah terlibat dalam program Hari Huffaz Selangkah ke Menara Gading 2024.

Lawatan DQ JAKIM ke DRB HICOM University of Automotive Malaysia: Langkah strategik untuk pererat kerjasama

15 Februari 2024 - Darul Quran JAKIM telah mengadakan lawatan akademik ke DRB-HICOM University of Automotive (DRBHU) Malaysia, Pekan Pahang.

27 pelajar Syukbah Qiraat melawat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

14 Februari 2024 – Seramai 27 orang pelajar Syukbah Qiraat Semester Empat telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

Perantis DKM DQ dilatih urus Program Solat Sunat Duha & Kuliah Duha Perdana

14 Februari 2024 – Sebagai sebahagian daripada latihan praktikal bagi unit kompetensi Pengimarahan Masjid, perantis Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Bidang Pengurusan Masjid Darul Quran telah menganjurkan Solat Sunat Duha & Kuliah Duha Perdana di Pusat Islam.

Delegasi Persatuan Imam, Khatib, Bilal Takbai Thailand teruja berkunjung ke DQ

11 Februari 2024 – Dalam rangka lawatan ke Malaysia bermula Jumaat; 9 Februari 2024, Persatuan Imam Khatib Bilal Takbai, Narathiwat Thailand telah menjadikan Darul Quran sebagai salah satu destinasi lawatan.

Calon OKU, Peribumi Sabah dan Sarawak hadiri temu duga Program Sijil Asas Tahfiz

10 Februari 2024 - Seramai 10 orang calon pelajar baharu telah menjalani sesi temu duga bagi Program Sijil Asas Tahfiz (SAT) Darul Quran JAKIM.

DQ bantu sediakan nota Pengetahuan Agama Islam untuk calon STM

8 Februari 2024 - Seramai 14 orang pegawai Darul Quran yang mewakili setiap jabatan pengajian dan tiga orang pegawai dari Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI) JAKIM telah terlibat dalam Bengkel Penyediaan Nota Pengetahuan Agama Islam Bagi Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM).

30 pelajar Syukbah Syariah adakan lawatan sambil belajar ke Mahkamah Syariah Putrajaya

7 Februari 2024 - Ibarat peribahasa "jauh berjalan banyak pemandangan", 30 orang pelajar Syukbah Syariah Semester Empat telahmengadakan lawatan sambil belajar ke Mahkamah Syariah Putrajaya dalam usaha mendalami isu-isu berkaitan undang-undang keluarga Islam.

Pelajar Syukbah Halal dan Qiraat melawat Mahkamah Syariah Kuala Lumpur

7 Februari 2024 - Seramai 55 orang pelajar Syukbah Halal dan Syukbah Qiraat Semester Empat Darul Quran bersama tiga orang pensyarah pengiring telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

DQ teroka ruang kerjasama akademik dengan FPI UKM

7 Februari 2024 – Sejajar Perkara Dua Pernyataan Dasar dalam Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang memberi penekanan kepada “menyediakan asas yang kukuh kepada pembangunan potensi para penghafaz al-Quran yang seimbang dan optimum meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi menjamin kualiti penghafaz al-Quran”, Darul Quran telah mengadakan kunjungan hormat ke Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

DQ 'cari' info tentang pengurusan Makmal Tarannum USIM

6 Februari 2024 – Dalam usaha meningkatkan keupayaan serta keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran kursus tarannum yang bersifat praktikal, Darul Quran telah mengadakan lawatan ke Makmal Tarannum Jabatan Pengajian Quran dan Sunnah USIM Nilai.

Kolej Kediaman DQ adakan kunjung hormat ke PKD Hulu Selangor

6 Februari 2024 – Seramai lima orang pegawai Unit Kolej Kediaman Darul Quran JAKIM diketuai Ketua Unit, Ustaz Muhammad Nur Aizad bin Azahari telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu.

Pelajar Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IPT menabur bakti di Kg. Sg. Mengkuang Johor

2 Februari 2024 – Buat julung kalinya, Darul Quran JAKIM dengan kerjasama Institusi-Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berkolaborasi telah menganjurkan Program Jalinan Huffaz 2024 selama tiga hari bermula 31 Januari hingga 2 Februari 2024

DQ anjur Seminar Pemantapan Fiqh Solat secara hibrid

2 Februari 2024 - Bertemakan "Menyingkap Rahsia al-Quran Melalui Pembuktian Saintifik", Darul Quran telah menganjurkan Seminar Pemantapan Fiqh Solat bertempat di Auditorium Syeikh Mohd Nor.

Kolej Kediaman DQ adakan kunjung hormat ke Akademi Bomba KKB

30 Januari 2024 – Dalam usaha memperkukuh mutu dan prestasi perkhidmatan pengurusan Kolej Kediaman Darul Quran terhadap pelanggannya, Unit Kolej Kediaman Darul Quran telah mengadakan kunjungan hormat ke Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

120 pelajar DQ sertai Kursus Pra Perkahwinan Islam 2024

28 Januari 2024 - Seramai 120 orang peserta dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda USIM-DQ serta pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat semester empat dan enam telah menyertai Kursus Pra Perkahwinan Islam Tahun 2024.

DQ adakan taklimat pemilihan syukbah kepada pelajar semester dua

26 Januari 2024 - Cawangan Akademik Darul Quran telah mengadakan Taklimat Pemilihan Syukbah kepada 222 orang pelajar semester dua Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat bertempat di Dewan Muktamar.

DQ hasrat kerjasama dengan JAWI bagi pelaksanaan program khidmat masyarakat

24 Januari 2024 - Darul Quran JAKIM yang diwakili Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Mohamad Zakuwa bin Rodzali bersama sembilan pegawai lain telah mengadakan kunjungan hormat ke Kompleks Darul Hidayah, Kuala Lumpur.

Pegawai DQ & JAWI sertai taklimat pentauliahan SLDN

23 Januari 2024 - Darul Quran dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Taklimat Pentauliahan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

Tiga Pegawai Pejabat Perdana Menteri adakan lawatan tapak ke DQ

23 Januari 2024 - Pegawai Tugas-tugas Khas, Pejabat Perdana Menteri, En. Mohamad Raimi bin Ab Rahim bersama dua orang Pegawai Khas iaitu En. Azwiralbukhari bin Abd Aziz dan Ustaz Mohd Faisal bin Tan Mutallib telah mengadakan lawatan tapak ke kapus Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu.

Yayasan Ar-Raudhah cari ruang penyambungan pengajian pelajar luar negara di DQ

16 Januari 2024 – Rententan daripada lawatan Yayasan Ar-Raudhah serta pelajar-pelajar Pondok Tahfizul Al-Quran Ar-Raudhah, Medan Indonesia pada tahun lepas, tiga orang Exco Yayasan Ar-Raudhah telah mengadakan lawatan susulan ke Darul Quran.

SUKFAZ 24 melabuhkan tirai

14 Januari 2024 - Sukan Huffaz 2024 (SUKFAZ 24) telah menutup tirainya bagi tahun 2024 dengan perasmian penutup yang disempurnakan oleh Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Hashim.

Pegawai JAIS (Sarawak) ziarah pelajar Sarawak di DQ

13 Januari 2024 – Tiga orang pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah mengadakan kunjungan muhibbah ke kampus Darul Quran bagi mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar Sarawak.

Seminar Chamber of Secret: Delve Into Quran Braille Thoroughly perkukuh pemahaman terhadap al-Quran Braille

12 Januari 2024 - Dalam usaha memperkukuhkan pemahaman terhadap al-Quran Braille, Darul Quran telah menganjurkan seminar yang bertajuk "Chamber Of Secret: Delve Into Quran Braille Thoroughly" bertempat di Auditorium Syeikh Mohd Noor.

DQ kongsi maklumat dan pengurusan tadbir urus Program SKM kepada KIASDEC

11 Januari 2024 – KIASDEC atau Pusat Pembangunan Kemahiran KIAS telah mengadakan lawatan penanda aras ke kompleks Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu.

DQ terima lawatan audit akademik Program Pengajian Quran & Sunnah dari USIM

10 Januari 2024 - Darul Quran JAKIM hari ini telah menerima lawatan audit akademik bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian secara kerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Sembilan pelajar DQ sertai Program Syahadah Hafazan 30 Juzuk Al-Quran

5 Januari 2024 - Seramai sembilan orang pelajar Semester Enam Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran JAKIM akan menyertai Program Syahadah Hafazan 30 Juzuk Al-Quran.

Pengarah DQ sempurnakan Majlis Penutup Jaulah Ilmiah di Pos Kuala Mu

31 Disember 2023 - Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim telah menyempurnakan Majlis Penutup Program Jaulah Ilmiah dan Kesenian Islam di Perkampungan Orang Asli Pos Kuala Mu, Sungai Siput Perak.

Majlis pelepasan pelajar Program Ijazah USIM-DQ ke Jaulah Ilmiah di Perkampungan Orang Asli Pos Kuala Mu

28 Disember 2023 - Pelajar semester satu sesi akademik 2023/2024 Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah USIM dengan kerjasama Darul Quran akan menganjurkan Jaulah Ilmiah dan Kesenian Islam ke Perkampungan Orang Asli Pos Kuala Mu, Sungai Siput Perak bermula pada 29 hingga 31 Disember 2023.

100 kanak-kanak sertai Program Khatan Perdana

17 Disember 2023 - Darul Quran JAKIM dengan kerjasama Masjid Bandar Utama Batang Kali telah menganjurkan Program Khatan Perdana tahun 2023 dengan jayanya.

Mega Didik 2023 melabuhkan tirai

9 Disember 2023 - Lajnah Pendidikan PERKEMAT telah menganjurkan Program Mega Didik yang berlangsung selama seminggu.

26 pelajar USIM-DQ terima Anugerah Dekan

9 Disember 2023 - Seramai 26 orang pelajar terdiri dari Tahun Dua dan Tiga Program Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah dengan kepujian secara kerjasama dengan USIM telah menerima Anugerah Dekan Semester Dua Sesi Akademik 2022/2023.

Majlis perhimpunan pegawai dan kakitangan DQ Disember 2023

8 Disember 2023 - Semua kakitangan Darul Quran telah berhimpun di Auditorium Syeikh Mohd Noor pagi ini bagi Majlis Perhimpunan Pegawai Dan Penyampaian Amanat Pengarah.

19 orang pelajar DQ sertai Ihtifal IPT Peringkat Kebangsaan anjuran UNITEN

7 Disember 2023 - Seramai 19 orang pelajar Darul Quran JAKIM telah menyertai pertandingan Ihtifal Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Peringkat Kebangsaan 2023 anjuran Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

OUM tawar warga DQ sambung pengajian

5 Disember 2023 - Tiga orang delegasi dari Open University Malaysia (OUM) diketuai Pengarah Pusat Pembelajaran Tanjong Malim, Encik Edzri bin Zainuddin telah mengadakan kunjung hormat ke Darul Quran.

UMS hasrat jalin kerjasama dengan DQ

5 Disember 2023 - Seramai empat orang delegasi Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan kunjungan hormat ke kampus Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu.

Pelajar OKU Darul Quran sertai Majlis Tilawah Quran Braille 2023

3 Disember 2023 – Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) telah menganjurkan Majlis Tilawah Quran Braille (MTQB) 2023 bermula pada 30 November 2023 sehingga 3 Disember 2023 bertempat di Hotel Zecon Kuala Lumpur.

20 pimpinan baharu PMDQ sertai Induksi 2023

26 November 2023 - Seramai 20 orang pimpinan baharu Persatuan Mahasiswa Darul Quran (PMDQ) Sesi 2023/2024 telah terlibat dalam Induksi Pimpinan PMDQ 2023.

Persiapan Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali Ke-9 sudah bermula

23 November 2023 – Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali Ke-9 bakal berlangsung pada bulan Mei 2024. Bagi menjayakan penganjuran kali ini, Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR), Yayasan Islam Kedah selaku penganjur dan tuan rumah telah mengadakan mesyuarat pra persiapan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Adya Hotel, Kuah, Langkawi bagi menyelaras program ini.

Mesyuarat Pembinaan Kurikulum Baharu Sijil Asas Tahfiz

22 November 2023 - Seramai 14 orang pegawai Darul Quran telah terlibat dalam Mesyuarat Pembinaan Kurikulum Baharu Program Sijil Asas Tahfiz Sesi 2024 yang merupakan lanjutan daripada Bengkel Semakan Kurikulum Sijil Asas Tahfiz sebelum ini.

DQ adakan taklimat akademik secara hibrid

21 November 2023 - Seramai 174 orang pensyarah Darul Quran serta Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) telah menyertai sesi Taklimat Akademik Siri 2 Tahun 2023 yang telah dilaksanakan secara hibrid.

DQ terima kunjungan santri Pesantren Ibnu Syam Indonesia

17 November 2023 – Seramai 43 orang delegasi dari Pesantren Ibnu Syam, Kota Cilegon, Banten, Indonesia telah mengadakan kunjungan ke kampus Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Bharu.

8 IPT kolaborasi DQ, bersidang hari ini

14 November 2023 - Lapan buah Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di Malaysia yang berkolaborasi bersama Darul Quran JAKIM telah bersidang dalam Mesyuarat Penyelarasan Pensijilan Tahfiz JAKIM hari ini.

DQ adakan lawatan ke Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman

10 November 2023 - Seramai lima orang pegawai Darul Quran yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Muhamad Zakuwa bin Rodzali telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman

35 pensyarah DQ sertai Kursus Memahami Kandungan Kitab Turath Bagi Pengajaran

2 November 2023 - Darul Quran JAKIM telah berjaya menganjurkan Kursus Memahami Kandungan Kitab Turath (Arab) Bagi Pengajaran kepada 35 orang pensyarah dari institusi ini.

Pelajar Pondok Tahfizul Al-Quran Ar-Raudhah Medan Indonesia teruja berkunjung ke DQ

1 November 2023 - Seramai 25 orang delegasi dari Yayasan Ar-Raudhah serta pelajar-pelajar Pondok Tahfizul Al-Quran Ar-Raudhah, Medan Indonesia telah mengadakan kunjungan hormat ke Darul Quran.

DQ adakan Kursus Teroka Pro Forma bagi pensyarah

31 Oktober 2023 - Dewan Maktabah Darul Quran JAKIM menjadi lokasi Kursus Teroka Pro Forma Subjek Pengajian yang dihadiri oleh 35 orang pensyarah Darul Quran.

Perantis DLKM DQ selesai duduki peperiksaan

30 Oktober 2023 - Seramai tujuh orang perantis Program Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), Bidang Pengurusan Masjid, Tahap 5 sesi Mei 2023 telah selesai menduduki peperiksaan akhir pada hari ini.

Pelajar DQ belajar Bahasa Arab melalui permainan Roda Impian

27 Oktober 2023 – Darul Quran telah menganjurkan ceramah bertajuk “Pembelajaran Kosa Kata Bahasa Arab Menggunakan Roda Impian” yang disampaikan oleh Dr. Ahmad Zaki bin Amiruddin, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Bahasa & Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

70 pelajar DQ sertai ceramah Language Learning Strategies: The Old and The New

27 Oktober 2023 - Kira-kira seramai 70 orang pelajar telah menyertai ceramah bertajuk Language Learning Strategies: The Old and The New yang diadakan di Auditorium Syeikh Mohd Noor.

73 graduan Diploma DQ berlepas ke Mesir

26 Oktober 2023- Seramai 73 orang graduan Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat Darul Quran JAKIM telah berangkat ke Mesir pagi tadi.

200 orang pelajar DQ dirai sempena Program Khidmat Masyarakat 2023

25 Oktober 2023 - Kira-kira 200 orang pelajar semester lima Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran telah diraikan dalam Majlis Penghargaan Program Khidmat Masyarakat Tahun 2023.

Perhimpunan bulanan pegawai dan kakitangan DQ

25 Oktober 2023 - "Jaga imej, hadiri Morning Prayer dan selaraskan program." Berikut merupakan tiga intipati amanat Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim.

Penaziran akademik di 10 LTDQ selesai

23 Oktober 2023 – Penaziran akademik telah berjalan secara serentak di 10 buah Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Wacana APTQ ketengah isu penerbitan dan impak salah tafsir al-Quran

20 Oktober 2023 - Darul Quran dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Selangor telah menganjurkan Wacana Akta Percetakan al-Quran (APTQ) 1986.

DQ adakan Program Mastering English Grammar Like a Native

20 Oktober 2023 - Darul Quran melalui Cawangan Akademik telah mengadakan Program Mastering English Grammar Like a Native secara dalam talian pada pagi ini.

30 pelajar DQ sertai Bengkel Aplikasi Ayat Al-Quran Dalam Penulisan Karangan Bahasa Arab

20 Oktober 2023 – Seramai kira-kira 30 orang pelajar Darul Quran telah menyertai Bengkel Aplikasi Ayat al-Quran Dalam Penulisan Karangan Bahasa Arab.

Unit Kolej Kediaman DQ adakan lawatan penanda aras ke UTHM Kampus Pagoh

19 Oktober 2023 - Unit Kolej Kediaman Cawangan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Darul Quran telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Kolej Kediaman Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh, Johor Darul Takzim.

Pelajar baharu Ijazah USIM-DQ sertai program pemerkasaan akademik

17 Oktober 2023 – Seramai 30 orang pelajar baharu Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah dengan kepujian secara kerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengikuti program pemerkasaan akademik yang diadakan di Dewan Maktabah Darul Quran.

Perjumpaan Pengarah bersama pensyarah tasmi’

17 Oktober 2023 – “Jika seorang arkitek dan jurutera bangga dengan ciptaan model mesin, alatan atau kenderaan hebat yang memberi manfaat kepada ummah, maka berbanggalah jika ustaz/ustazah mampu melahirkan model insan huffaz yang berakhlak mulia.

Pelajar Syukbah Syariah DQ melawat Murtadha Dakwah Centre

16 Oktober 2023 – Seramai 28 orang pelajar semester lima Syukbah Syariah Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran bersama seorang pensyarah pengiring telah mengadakan lawatan ke Murtadha Dakwah Centre (MADAD) Sg. Petani.

18 pelajar Diploma sertai PASAQ

16 Oktober 2023 – Dalam usaha membantu meningkatkan prestasi hafazan pelajar, Jabatan Tahfiz Darul Quran telah mengadakan Program Kelas Pecutan Akhir Skor al-Quran (PASAQ) bermula hari ini (16 Oktober 2023) sehingga 3 November 2023.

Pelajar baharu Program Ijazah USIM-DQ terlibat Minggu Haluan Huffaz

15 Oktober 2023 - Seramai 30 orang pelajar baharu Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah secara kerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah terlibat dalam Minggu Haluan Huffaz bertempat di Tapak Perkhemahan Darul Quran.

153 pelajar DQ sertai Bengkel Communicate With Confidence

13 Oktober 2023 - Kira-kira seramai 153 orang pelajar Darul Quran telah menyertai Bengkel Communicate With Confidence: Skill Lulus Temu Duga yang diadakan di Dewan Muktamar.

Pelajar DQ diberi pendedahan tentang Fiqh Kontemporari

13 Oktober 2023 - Kira-kira 100 orang pelajar Darul Quran telah mengikuti perkongsian isu fiqh semasa bertajuk Maqasid dan Kaedah-Kaedah Fiqh Perubatan.

Pelajar DQ hadiri Seminar Pengukuhan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

13 Oktober 2023 - Dalam usaha memantapkan pemahaman para pelajar berkaitan pengetahuan yang mendasar berkaitan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Darul Quran telah menganjurkan Seminar Pengukuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Tahun 2023.

72 buah jam dinding diwakafkan di DQ

13 Oktober 2023 - Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Wakaf Jam Dinding bertempat di Auditorium Syeikh Mohd Noor pagi ini.

30 pelajar Syukbah Halal DQ sertai lawatan ke Halal Hub Melaka

12 Oktober 2023 - Seramai 30 orang pelajar semester tiga Syukbah Pengurusan Halal dengan diiringi dua orang pensyarah telah mengikuti program lawatan sambil belajar ke Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Bukit Palah dan kilang produk makanan Al Taj Food Marketing & SERVICES SDN BHD di Perindustrian Melaka Halal Hub Melaka.

Pelajar baharu Program Ijazah-USIM DQ selamat mendaftar

9 Oktober 2023 - Seramai 30 orang pelajar baharu Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan kepujian secara kerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah selamat mendaftar di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu pagi ini.

Bengkel semakan kurikulum dan penyediaan silibus STM

8 Oktober 2023 - Darul Quran dengan kerjasama Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI) JAKIM telah menganjurkan Bengkel Semakan Kurikulum & Penyediaan Silibus Sijil Tahfiz Malaysia (STM).

Pelajar DQ santuni anak yatim dan asnaf PAYASUM

8 Oktober 2023 – Bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan kursus pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran JAKIM, pelajar-pelajar semester lima Syukbah Muamalat telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat di Lembaga Pengurusan & Kebajikan Anak Yatim Miskin (PAYASUM) dan rumah-rumah asnaf di sekitar kawasan Tanjung Kling.

Pelajar DQ santuni masyarakat di Pulau Pangkor

8 Oktober 2023 – Sepanjang tiga hari bermula 6 hingga 8 Oktober 2023, pelajar-pelajar semester lima Syukbah Hadith Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran telah mengadakan program bersama masyarakat di Pulau Pangkor.

Pelajar DQ adakan Program Tautan Kasih di Baitul Sakinah Kuala Terengganu

8 Oktober 2023 – Bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan kursus pengajian Diploma Tahfiz al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran JAKIM, pelajar-pelajar semester lima Syukbah Pengurusan Halal telah turun menyantuni anak-anak yatim serta asnaf di Rumah Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Baitul Sakinah.

Pelajar DQ santuni komuniti Kampung Tepi Laut, Pulau Tuba, Langkawi

8 Oktober 2023 - Pelajar-pelajar semester lima daripada Syukbah Qiraat Hamzah dan Khallad telah turun menyantuni penduduk Kampung Tepi Laut, Pulau Tuba, Langkawi bermula 6 hingga 8 Oktober 2023.

Siswa Jelajah Alor Gajah: Bantuan asnaf dan Kem Bitara Huffaz

7 Oktober 2023 - Pelajar-pelajar semester lima Syukbah Dakwah Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran telah turun menyantuni ahli kariah serta para pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Alor Gajah, Melaka.

Program khidmat masyarakat Syukbah Syariah: Pelestarian Penyu & Street Dakwah

7 Oktober 2023 - Pelajar-pelajar semester lima daripada Syukbah Syariah Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran telah melaksanakan program khidmat masyarakat di Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, Masjid Tanah serta Street Dakwah di Bandar Hilir, Melaka.

96 calon duduki ujian STM Siri 2

5 Oktober 2023 - Seramai 96 orang calon yang memohon Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Siri 2 bagi tahun 2023 telah menduduki ujian hari ini.

Pelajar DQ santuni warga Besut

30 September 2023 - Pelajar-pelajar semester lima Syukbah Qiraat Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran telah turun ke lapangan menyantuni warga Besut, Terengganu bermula 28 hingga 30 September 2023.

Darul Quran anjur Diskusi Kitab Akidah

29 September 2023 - Darul Quran melalui Jabatan Usuluddin telah menganjurkan Diskusi Kitab Al-Aqīdah al-Hafīdah Imām al-Sanūsī bertempat di Makmal Al-Quran (Braille) Darul Quran.

Audit Penilaian Kendiri Pematuhan MQA bagi Program Diploma DQ

27 September 2023 - Darul Quran JAKIM telah menjalani proses Audit Penilaian Kendiri Pematuhan MQA bagi Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat selama dua hari bermula 26 hingga 27 September 2023.

Halal De Tour beri peluang pelajar dalami ilmu halal

26 September 2023 - Seramai 26 orang pelajar semester lima Syukbah Pengurusan Halal telah mengikuti lawatan sambil belajar "Halal De Tour" ke Malaysia Halal Analysis Centre (MyHAC) dan Ajinomoto (Malaysia) Berhad di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

207 pelajar Diploma DQ turun berkhidmat di lapangan

25 September 2023 - Seramai 207 orang pelajar semester lima Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran akan turun ke lapangan bersama masyarakat pada tahun ini.

DQ adakan Bengkel Penyelarasan ISO Peringkat PPT JAKIM

22 September 2023 - Darul Quran JAKIM melalui Cawangan Kualiti telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan ISO Peringkat Pemberi Pendidikan Tinggi JAKIM (PPT) bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Besut, Terengganu.

DQ adakan Bengkel Penyelarasan Sistem e-Kampus DQ 2.0

14 September 2023 - Darul Quran melalui Pejabat Pendaftar telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Sistem e-Kampus DQ Versi 2.0 Siri 2 yang melibatkan antara pengguna sistem dalam kalangan pegawai Darul Quran bersama pihak vendor.

PERKEMAT DQ bantu pelajar tingkat prestasi hafazan

9 September 2023 - Lajnah Pendidikan Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz (PERKEMAT) Darul Quran telah menganjurkan program About Nasiy To Masyi.

DQ anjur Bicara Eksekutif: Pengucapan Awam Berkesan

8 September 2023 - Darul Quran melalui Jabatan Pengajian Umum telah menganjurkan program Bicara Eksekutif: Pengucapan Awam Berkesan bertempat Auditorium Syeikh Mohd Noor.

Bicara Pakar Syariah Siri 2 bincang isu pelaburan emas

8 September 2023 - Darul Quran melalui Jabatan Syariah telah menganjurkan Program Bicara Pakar Syariah Siri 2 Tahun 2023.

Lawatan tapak ke KITAB Pulau Pinang

7 September 2023 – Darul Quran JAKIM telah mengadakan lawatan tapak ke Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang sebagai salah satu prasyarat dalam menjalinkan kerjasama akademik antara kedua belah pihak.

Darul Quran JAKIM terima penganugerahan SIRIM

6 September 2023 - Darul Quran telah berjaya mendapatkan kelayakan pensijilan ISO dalam bidang pendidikan iaitu Educational Organisation Management System (EOMS) 21001:2018 pada 16 Jun 2023.

Perhimpunan pelajar bersama Pengarah sempena Bulan Kemerdekaan

25 Ogos 2023 - Majlis perhimpunan pelajar telah dilaksanakan di Dewan Muktamar yang dihadiri oleh pelajar-pelajar Sijil, Diploma, Ijazah serta para pegawai Darul Quran.

DQ penganjur bersama program Liqa’ Ahlil Quran

23 Ogos 2023 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Darul Quran dan Masjid Negara dengan kerjasama Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA Al-Quran) serta Majlis Tahfiz Asia Tenggara (MATA) telah menganjurkan program Liqa’ Ahlil Quran.

Pensyarah DQ selami teknik syarahan interaktif dan pembelajaran koperatif

23 Ogos 2023 - Darul Quran dengan kerjasama Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan Kursus Syarahan Interaktif dan Pembelajaran Koperatif Darul Quran JAKIM bertempat di Dewan Perpustakaan DQ.

Pelajar DQ hadiri seminar kaunseling

18 Ogos 2023 – Seminar Kaunseling Darul Quran Tahun 2023 telah dihadiri oleh pelajar dari Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat dan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM.

DQ adakan penaziran akademik di IPGKPI

18 Ogos 2023 - Darul Quran JAKIM telah mengadakan Penaziran Akademik Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran ke Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI), Bangi.

240 pelajar semester satu DQ sertai Bengkel Panduan Kerja Kursus

18 Ogos 2023 – Seramai 240 orang pelajar semester satu Program Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat Darul Quran telah mengikuti Bengkel Panduan Kerja Kursus.

45 pensyarah DQ & LTDQ sertai Kursus Penyelarasan Bahan Bantu Mengajar

17 Ogos 2023 - Seramai 45 orang pensyarah Darul Quran dan Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) telah menyertai Kursus Penyelarasan Bahan Bantu Mengajar bagi subjek-subjek Pengajian Umum Darul Quran.

Pusat Islam UTM cari pengiktirafan pelajar tahfiz

17 Ogos 2023 - Dalam usaha mencari pengiktirafan kepada pelajar-pelajar tahfiz Universiti Teknologi Malaysia (UTM), delegasi Pusat Islam UTM telah mengadakan kunjung hormat ke Darul Quran.

JAIS hasrat tubuh semula LTDQ di Selangor

17 Ogos 2023 - Tiga orang pegawai dari Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (Selangor) diketuai Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan, Ustaz Muhamad Asmadi bin Mustakim telah mengadakan kunjung hormat ke Darul Quran hari ini.

Bicara Pakar Syariah Siri 1 bincang isu halal

4 Ogos 2023 - Seramai 170 orang pelajar dan kakitangan Darul Quran telah menyertai Program Bicara Pakar Syariah Siri 1 Tahun 2023.

Penaziran Akademik Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UTeM

4 Ogos 2023 - Satu Penaziran Akademik Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UTeM telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Pusat Bahasa, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan telah dipengerusikan oleh Dekan Pusat Pembelajaran Bahasa UTeM.

41 pegawai sertai Kursus Induksi SLDN & Coach NDTS

31 Julai 2023 - Seramai 41 orang pegawai terdiri daripada pegawai Darul Quran, Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menyertai Kursus Induksi Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan Kursus Coach NDTS Programme.

657 graduan dirai dalam Istiadat Konvokesyen DQ Ke-31

27 Julai 2023 - Sekalung syabas dan tahniah diucapkan kepada seramai 657 orang graduan telah diraikan pada dalam Majlis Istiadat Konvokesyen Darul Quran JAKIM Ke-31 yang bertempat di Dewan Muktamar, Darul Quran Kuala Kubu Bharu.

DQ kongsi info kaedah pelaksanaan ISO kepada BKP JAKIM

24 Julai 2023 – Seramai 11 orang pegawai dari Bahagian Khidmat Pengurusan JAKIM (BKP JAKIM) telah mengadakan lawatan kerja ke Darul Quran hari ini.

62 pelajar DQ dirai dalam Majlis Khatam Hafazan

22 Julai 2023 - Seramai 62 orang pelajar Darul Quran JAKIM telah diraikan dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran bagi Tahun 2023.

DQ adakan lawatan penaziran akademik ke University of Cyberjaya

20 Julai 2023 - Darul Quran telah mengadakan lawatan penaziran akademik siri 2/2023 ke Universiti of Cyberjaya (UoC) bagi Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UOC.

Pusat Islam DQ anjur ceramah Maal Hijrah

18 Julai 2023 - Seramai lebih 300 orang pelajar hadir dalam program Ceramah Maal Hijrah 1445H Pusat Islam Darul Quran bagi tahun 1445/2023.

Minggu Haluan Huffaz Pelajar Baharu Diploma melabuhkan tirai

14 Julai 2023 - Kesemua pelajar baharu Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Sesi 2023-2026 yang baru mendaftar telah selesai mengikuti program Minggu Haluan Huffaz.

63 pensyarah DQ & LTDQ diraikan dalam Majlis Penganugerahan Sijil Kursus Pensijilan PdP

13 Julai 2023 - Seramai 63 orang pensyarah Darul Quran dan Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) telah diraikan dalam Majlis Penganugerahan Sijil Kursus Pensijilan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bertempat di Dewan Auditorium Utama, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS), UPSI, Tanjung Malim, Perak.

DQ adakan penaziran akademik di MSU

11 Julai 2023 - Darul Quran JAKIM telah mengadakan Penaziran Akademik Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran ke Management & Science University (MSU).

250 pelajar baharu ditawarkan Program Diploma DQ

10 Julai 2023 – Seramai 250 orang pelajar baharu Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran JAKIM Sesi 2023-2026 telah selamat mendaftar serta diraikan dalam Majlis Sambutan Pelajar Baharu hari ini.

77 pelajar DQ sertai Bengkel MUET Kemahiran Mendengar

8 Julai 2023 - Seramai 77 orang peserta terdiri daripada pelajar Program Diploma dan Ijazah telah menyertai Bengkel MUET Kemahiran Mendengar.

101 pelajar DQ sertai Bengkel MUET Kemahiran Menulis

7 Julai 2023 - Seramai 101 orang peserta terdiri daripada pelajar Program Diploma dan Ijazah telah menyertai Bengkel MUET Kemahiran Menulis.

LAFUNTA & MAWY 2023 melabuhkan tirai

7 Julai 2023 - Darul Quran melalui Jabatan Bahasa Cawangan Akademik telah menganjurkan pertandingan Language Fun Fiesta (LAFUNTA) dan Mahrajan Lughawi (MAWY) peringkat jabatan bermula 3 hingga 6 Julai 2023.

DQ terima kunjungan mahabbah dari PERMATA & MATA

7 Julai 2023 - Mantan Ketua Pengarah JAKIM, Dato' Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd Aziz bersama lima jawatankuasa Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA Al-Quran) dan Majlis Tahfiz Asia Tenggara (MATA) telah mengadakan kunjungan mahabbah ke Darul Quran.

DQ adakan taklimat akademik secara hibrid

6 Julai 2023 - Darul Quran JAKIM melalui Cawangan Akademik telah mengadakan Taklimat Akademik Siri Satu Tahun 2023 yang dilaksanakan secara hibrid.

Gotong-Royong Perdana pelajar DQ dilaksana di seluruh kawasan kolej kediaman

6 Julai 2023 - Unit Kolej Kediaman, Cawangan Hal Ehwal Pelajar Darul Quran JAKIM dengan kolaborasi bersama Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz (PERKEMAT) telah mengadakan Gotong-Royong Perdana (Go-Ro) Siri 1 di seluruh kawasan kolej kediaman pelajar.

BDKI-DQ bincang penambahbaikan Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia

6 Julai 2023 - Seramai tiga orang pegawai dari Cawangan Tahfiz, Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI), JAKIM telah hadir ke Darul Quran bagi membincangkan berkenaan penambahbaikan Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM).

DQ kongsi pengalaman pelaksanaan SKM Bidang Pengurusan Masjid kepada MAIK

5 Julai 2023 - Seramai 10 orang pegawai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) diketuai Imam Besar Masjid Negeri Kelantan, Haji Muhammad Hana Pizi bin Abdullah telah mengadakan kunjungan mahabbah ke Darul Quran.

DQ anjur Bengkel Semakan Peraturan Tatatertib

5 Julai 2023 - Darul Quran melalui Unit Pembangunan Sahsiah dan Disiplin, Cawangan Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Bengkel Semakan Peraturan Tatatertib Darul Quran JAKIM bagi Siri 1/2023.

20 perantis baharu SKM dan DKM Bidang Pengurusan Masjid selamat mendaftar

4 Julai 2023 - Majlis Sambutan Pelajar Baharu Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Bidang Pengurusan Masjid Tahap 3 dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Bidang Pengurusan Masjid Tahap 4 telah diadakan di Auditorium Darul Quran pada pagi ini.

Ahli Lembaga DQ bersidang kali ke-40

3 Julai 2023 - Mesyuarat Lembaga Darul Quran JAKIM Bilangan 40 telah bersidang di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 8 Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

Program Ibadah Korban Pusat Islam DQ

1 Julai 2023 - Darul Quran melalui Pusat Islam telah mengadakan Program Ibadah Korban bagi tahun 2023 pada Hari Raya Aidiladha ketiga bersamaan 12 Zulhijah 1444.

Jawatankuasa Penasihat Akademik DQ bersidang hari ini

27 Jun 2023 - Sebanyak tiga kertas cadangan dan satu kertas makluman telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Akademik (JKPA) Darul Quran hari ini.

JPK adakan lawatan verifikasi terhadap perantis DLKM

27 Jun 2023 - Darul Quran menerima lawatan verifikasi dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Tengah hari ini.

Kursus Intensif Bahasa Arab untuk bakal mahasiswa Shoubra Mesir

23 Jun 2023 - Darul Quran melalui Unit Alumni, Cawangan Hal Ehwal Pelajar dan Persatuan Alumni Darul Quran JAKIM telah menganjurkan Kursus Intensif Bahasa Arab.

25 kakitangan DQ sertai Bengkel Asas Reka Bentuk Grafik Poster

22 Jun 2023 - Seramai 25 orang kakitangan Darul Quran dari pelbagai gred telah menyertai Bengkel Asas Reka Bentuk Grafik Poster.

Sabah jadi tuan rumah Persidangan Pengetua-Pengetua MTQN Peringkat Kebangsaan Ke-41

22 Jun 2023 - Darul Quran JAKIM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) melalui Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS) telah berjaya mengadakan Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri (MTQN) Peringkat Kebangsaan Ke-41.

132 calon seluruh Malaysia duduki ujian STM 2023

20 Jun 2023 - Seramai 132 orang calon telah menduduki ujian Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Siri 1 bagi tahun 2023.

34 calon perantis jalani temu duga kemasukan Program SKM & DKM Sesi 2023

19 Jun 2023 - Darul Quran JAKIM telah mengadakan sesi temu duga bagi kemasukan perantis-perantis baharu Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) serta Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Bidang Pengurusan Masjid sesi 2023.

Perasmian bangunan Madrasah Darussalam Littadrib Al-Islami, Vietnam

19 Jun 2023 – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff bersama kerajaan Vietnam telah menyempurnakan perasmian bangunan Madrasah Darussalam Littadrib al-Islami yang terletak di Wilayah Tay Ninh, Vietnam.

Dua tokoh ulama' antarabangsa sampaikan ceramah kepada pelajar DQ

18 Jun 2023 – Hari ini merupakan detik bertuah bagi Darul Quran apabila menerima kunjungan dua orang tokoh ulama’ antarabangsa iaitu Shaykh Ahmed Mohamed Saad Al-Maliki Al-Azhari Al-Hasani dari United Kingdom serta Sheikh Muhammad Haydara Al-Jilani dari Gambia.

Pusat Islam DQ anjur Kursus Asas Penyembelihan

18 Jun 2023 – Seramai 100 orang pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Semester Empat telah menyertai Program Kursus Asas Penyembelihan.

260 orang pelajar sertai bengkel MUET kemahiran membaca

17 Jun 2023 - Darul Quran melalui Jabatan Bahasa, Cawangan Akademik telah menganjurkan Bengkel MUET Kemahiran Membaca di Auditorium Syeikh Mohd Noor pada pagi ini.

DQ sertai Karnival Akademik Darul Iftak

17 Jun 2023 - Darul Quran berbesar hati menerima jemputan untuk membuka reruai di Akademi Darul Iftak, Sungai Petani, Kedah bersempena Program Karnival Lima Tahun penubuhan akademi tersebut.

Pusat Islam DQ anjur ceramah kesedaran halal

16 Jun 2023 - Darul Quran melalui Pusat Islam dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor telah mengadakan Ceramah Kesedaran Halal 2023 bertempat di Auditorium Syeikh Mohd Noor hari ini.

DQ anjur Diskusi Buku: Islam dan Sekularisme

15 Jun 2023 - Darul Quran melalui Jabatan Usuluddin telah mengadakan Program Diskusi Buku: Islam dan Sekularisme bertempat di Auditorium Syeikh Mohd Noor hari ini.

Bengkel Penyuntingan dan Pembacaan Pruf Artikel Jurnal DQ

14 Jun 2023 - Darul Quran JAKIM telah melaksanakan Bengkel Penyuntingan dan Pembacaan Pruf Artikel Jurnal Bilangan 27 selama dua hari bermula semalam (13 Jun 2023).

Khidmat sosial pelajar Ijazah DQ di Perkampungan Orang Asli Gua Musang berakhir hari ini

11 Jun 2023 - Program Penghayatan Kesenian Islam dan Khidmat Masyarakat Mural Khat yang melibatkan 37 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah USIM-DQ telah berakhir dengan jayanya.

Bakti Huffaz Perdana 2023 melabuhkan tirai

11 Jun 2023 – Seramai 50 orang pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran serta Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) telah mengikuti Bakti Huffaz Perdana 2023.

DQ anjurkan Bengkel MUET: Speaking Skill

10 Jun 2023 - Darul Quran melalui Jabatan Bahasa, Cawangan Akademik telah menganjurkan Bengkel MUET Kemahiran Bertutur di Dewan Muktamar pada pagi ini.

Pengarah DQ, PU Mizi diskusi topik Perniagaan Suatu Ibadah

9 Jun 2023 - Darul Quran JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menganjurkan diskusi ilmu santai bertajuk "Perniagaan Suatu Ibadah" di Kampung Juara, Pulau Tioman, Pahang.

37 pelajar Ijazah USIM-DQ berlepas ke Perkampungan Orang Asli Gua Musang

9 Jun 2023 - Seramai 37 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah USIM-DQ bersama dua orang guru pengiring akan berangkat ke Perkampungan Orang Asli Pos Tuel Gua Musang, Kelantan bagi menjayakan Program Penghayatan Kesenian Islam dan Khidmat Masyarakat Mural Khat.

35 pensyarah DQ dan LTDQ sertai Bengkel Penyediaan Muzakkirat

8 Jun 2023 - Seramai 35 orang pensyarah Darul Quran dan Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) telah menjayakan Bengkel Penyediaan Muzakkirat bagi Kursus Akidah serta Pengantar Dakwah.

Minggu Haluan Huffaz Program Pensijilan JAKIM-IIUM melabuhkan tirai

2 Jun 2023 – Bak kata pepatah, “tak kenal maka tak cinta”. Seusai Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu yang berlangsung pada 29 Mei 2023, pelajar-pelajar baharu Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Sesi 2023/2024 telah mengikuti minggu suai kenal atau dikenali dengan Minggu Haluan Huffaz.

Perbincangan kerjasama penyelidikan antara Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya dengan Darul Quran

30 Mei 2023 – Enam orang pegawai Darul Quran JAKIM diketuai Pengarah, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim telah mengadakan kunjungan hormat ke Universiti Malaya.

125 pelajar baharu Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM selesai mendaftar

29 Mei 2023 – Seramai 125 orang pelajar baharu Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Sesi Pengajian 2023/2024 telah selesai mendaftar hari ini seterusnya diraikan dalam Majlis Sambutan Pelajar Baharu.

37 pelajar baharu Program Ijazah USIM-DQ terlibat Minggu Haluan Huffaz

27 Mei 2023 - Seramai 37 orang pelajar baharu Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah USIM-DQ telah terlibat dalam Minggu Haluan Huffaz.

DQ selesai proses perbaharui pensijilan ISO 9001:2015 & MS 1900:2014 serta tambahan perakuan akreditasi 21001:2018, UKAS dan IQ NET

26 Mei 2023 - Darul Quran telah selesai menjalani audit pensijilan semula Pengurusan Kualiti bagi ISO 9001:2015 dan MS1900:2014.

Bengkel Penyediaan Buku Bahasa Arab 3 & 4 Program Diploma DQ

25 Mei 2023 - Unit Kurikulum dengan kerjasama Jabatan Bahasa Darul Quran telah mengadakan Bengkel Penyediaan Buku Bahasa Arab bagi Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat.

Mesyuarat pembukaan audit SIRIM Stage 2

24 Mei 2023 - Hari ini berlangsungnya Mesyuarat Pembukaan Audit Stage 2 Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015, MS 1900:2014 & 21001:2018 oleh SIRIM bagi tahun 2023.

SRITI Fathul 'Arifin mohon nasihat DQ tentang kaedah pengurusan pengajian tahfiz

23 Mei 2023 - Dalam usaha pelaksanaan program pengajian tahfiz, SRITI Fathul 'Arifin, Penaga, Pulau Pinang telah mengadakan lawatan kerja ke Darul Quran.

DQ-UPSI bincang Majlis Graduasi

22 Mei 2023 - Darul Quran JAKIM hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi perbincangan bersama Pengarah Pusat Pembangunan Akademik, UPSI, Prof. Madya Dr. Normah Binti Jusoh.

Pusat Islam DQ anjur Kursus Pengurusan Jenazah

20 Mei 2023 – Pusat Islam Darul Quran telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Darul Quran.

45 orang pelajar DQ & LTDQ sertai Citra Kasih Belia Masjid di Sabah

20 Mei 2023 - Lapan orang pegawai bersama 45 orang pelajar Darul Quran dan Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) telah menyertai Program Citra Kasih Belia Masjid yang dianjurkan oleh Bahagian Dakwah JAKIM di Masjid Jamek Kundasang, Sabah.

Sambutan hari raya warga DQ

19 Mei 2023 - Berbaki sehari lagi bulan Syawal tahun ini, Darul Quran telah mengadakan jamuan hari raya bagi meraikan semua kakitangan tetap dan kontrak serta para pelajar yang tidak bercuti semester.

Kem Kepimpinan Huffaz DQ-LTDQ

19 Mei 2023 - Seramai 45 orang pelajar yang mewakili Majlis Perwakilan Pelajar dari Darul Quran dan Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) serta 8 orang pegawai dari Darul Quran dan LTDQ telah menyertai Program Myinsaniah Siri 2/2023 ‘Modul Kepimpinan’ di Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Kundasang, Sabah.

DQ & MTNP bincang perkasa pendidikan tahfiz

18 Mei 2023 - Darul Quran JAKIM berbesar hati menerima lawatan kerja dari Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) hari ini. Delegasi ini telah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Haji Mohd Lafzul bin Muda Al-Hafiz bersama enam orang pegawai yang lain.

DQ cadang solusi pelaksanaan SKM Pengurusan Jenazah di JAWI

15 Mei 2023 - Darul Quran JAKIM hari ini menerima lawatan kerja dari Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI).

Pengurusan Kolej Kediaman DQ adakan lawatan penanda aras ke Pusat Perumahan Pelajar UniMAP

12 Mei 2023 - Unit Kolej Kediaman Cawangan Hal Ehwal Pelajar Darul Quran pada hari ini telah mengadakan lawatan penanda aras ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

ACIS UiTM bawa lima hasrat dalam kunjungan hormat ke DQ

12 Mei 2023 – Dekan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof. Madya Dr. Mohd Afandi bin Mat Rani serta lapan orang delegasi ACIS UiTM telah mengadakan kunjungan hormat ke Darul Quran.

11 kertas cadangan dibentang dalam Mesyuarat JKPA DQ

11 Mei 2023 – Sebanyak 11 kertas cadangan telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Akademik (JKPA) Darul Quran hari ini.

40 pelajar USIM-DQ terima Anugerah Dekan

10 Mei 2023 - Seramai 40 orang pelajar terdiri dari tahun 1 ,2 dan 3 Program Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah dengan Kepujian Secara Kerjasama dengan USIM telah menerima Anugerah Dekan Semester I Sesi Akademik 2022/2023.

DQ dan IIUM bincang pilih calon Program Pensijilan Tahfiz JAKIM-IIUM sesi 2023/2024

9 Mei 2023 – Calon-calon pelajar Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Sesi 2023/2024 yang telah menduduki sesi temu duga sebelum ini telah dipilih dalam Mesyuarat Panel Pemilihan Calon (PPC) hari ini.

Taklimat bimbingan pentauliahan SLDN

3 Mei 2023 - Darul Quran dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mengadakan Taklimat Bimbingan Pentauliahan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) bertempat di Auditorium Syeikh Mohd Noor.

Pusat Islam Darul Quran anjur Iftar Perdana

13 April 2023 - Sempena Ramadan al-Mubarak tahun ini, Pusat Islam Darul Quran dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Darul Quran (PMDQ) telah mengadakan Majlis Iftar Perdana 1444H kepada warga Darul Quran.

Kunjung hormat TKPP JAKIM ke DQ

13 April 2023 - Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Afandi bersama pegawai-pegawai Sektor Pengurusan telah mengadakan kunjung hormat ke Darul Quran.

Calon pelajar baharu Program Pensijilan JAKIM-IIUM selesai sesi temu duga

12 April 2023 – Seramai 480 orang calon pelajar lepasan SPM telah dipanggil untuk mengikuti sesi temu duga pengambilan pelajar baharu bagi Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Sesi 2023-2024.

DQ bincang kerjasama Program Bakti Huffaz Perdana dengan JAIP

12 April 2023 - Delegasi Darul Quran yang diketuai oleh Pengarah, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim telah mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Audit Pensijilan Stage 1 ISO 21001:2018 EOMS dan ISO 37001:2016 ABMS SIRIM di Darul Quran

11 April 2023 - Darul Quran telah menjalankan audit Stage Satu untuk dua sistem yang telah diintegrasikan iaitu ISO 21001:2018 Educational Organisations Management System (EOMS) dan ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System (ABMS).

Majlis sambutan pelajar baharu Program Ijazah USIM-DQ

24 Mac 2023 - Seramai 37 orang pelajar baharu telah diraikan dalam Majlis Sambutan Pelajar Baharu Program Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan Al-Sunnah USIM-DQ Sesi 2023.

Lawatan tapak Program Bakti Huffaz Kebangsaan Tahun 2023 di Kampung Juara, Pulau Tioman

17 Mac 2023 - Delegasi Darul Quran yang diketuai oleh Pengarah, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim telah mengadakan lawatan tapak bagi Program Bakti Huffaz Kebangsaan Tahun 2023 yang akan diadakan di Kampung Juara, Pulau Tioman pada bulan Jun 2023.

DQ sampaikan taklimat STM kepada para huffaz Maahad Tahfiz Negeri Pahang

17 Mac 2023 - Seramai 245 pelajar tahfiz profesional Maahad Tahfiz Negeri Pahang terdiri daripada tingkatan dua hingga lima serta guru-guru tasmik al-Quran telah mendengar taklimat berkaitan pengujian Sijil Tahfiz Malaysia (STM) bertempat di Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

Darul Quran JAKIM, USIM meterai MoA Program Ijazah secara francais

15 Mac 2023 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Darul Quran menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi mengadakan Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah Dengan Kepujian secara francais.

Peperiksaan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM berakhir hari ini

15 Mac 2023 - Seramai 40 orang pelajar Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-IIUM Semester Dua telah selesai menduduki peperiksaan akhir semester hari ini.

DQ sampaikan taklimat STM kepada para huffaz Negeri Kedah

7 Mac 2023 - Seramai 80 pengusaha dan mudir dari seluruh Negeri Kedah telah hadir ke sesi taklimat pengujian Sijil Tahfiz Malaysia (STM) bertempat di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar Kedah.

19 pegawai DQ terlibat tugasan penaziran akademik di LTDQ

6 Mac 2023 – Seramai 19 orang pegawai Darul Quran telah dilantik serta dihantar ke Lokasi-Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak untuk menjalankan tugas selaku panel penaziran.

224 pelajar diraikan dalam Majlis Khatam Hafazan Program Diploma

4 Mac 2023 - Seramai 224 orang pelajar Semester Enam Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat telah menerima Sijil Khatam Hafazan dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Program Diploma Darul Quran Sesi 2020-2023.

Enam pelajar DQ selesai Syahadah Hafazan Al-Quran dalam tempoh tiga hari

3 Mac 2023 - Enam orang pelajar DQ telah selesai mengikuti program Syahadah Hafazan al-Quran. Kesemua mereka diraikan dalam Majlis Penutupan Program Syahadah Hafazan al-Quran pada petang ini.

DQ anjur Seminar: Puasa Dari Perspektif Falak

3 Mac 2023- Darul Quran melalui Jabatan Pengajian Syariah, Seksyen Pengajian Ulum Islamiah telah mengadakan Seminar Pemantapan Fiqh Edisi Khas Puasa dari Perspektif Falak.

DQ dan UPSI bincang isu kemasukan pelajar

2 Mac 2023 - Bagi memastikan anak-anak pelajar Darul Quran sentiasa mendapat tempat dalam penyambungan akademik ke institusi pengajian tinggi dalam negara, Darul Quran dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan suatu perbincangan khas hari ini.

DQ hasrat wujud kerjasama strategik dengan masjid JAWI untuk pelajar SKM

28 Februari 2023 – Dalam usaha mengetengahkan pelajar-pelajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Bidang Pengurusan Masjid yang berkebolehan untuk menjadi imam terawih di masjid-masjid utama di Wilayah Persekutuan, Darul Quran telah mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Pengurusan Masjid (BPM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Kurikulum Program Sijil Asas Tahfiz disemak semula

2 Mac 2023 - Selepas hampir tujuh tahun pelaksanaannya, Darul Quran telah membuat semakan semula terhadap kurikulum Program Sijil Asas Tahfiz Darul Quran.

Perantis SKM DQ selesai duduki peperiksaan akhir

27 Februari 2023 - Seramai 12 orang pelajar Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah menduduki peperiksaan akhir SKM Bidang Pengurusan Masjid Tahap 3 (Program Modular).

Tujuh pelajar DQ sertai Kursus Asas Bimbingan Dan Kaunseling Sukarelawan Sosial Islam

26 Februari 2023 - Tujuh orang pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran telah selesai mengikuti Kursus Asas Bimbingan dan Kaunseling Sukarelawan Sosial Islam di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor.

PERKEMAT DQ bersidang kali pertama tahun 2023

25 Februari 2023 - Pimpinan Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) sesi 2023/2024 telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali pertama bagi tahun 2023.

Pelajar DQ sertai Program Kemahiran Aplikasi TikTok

25 Februari 2023 - Bertempat di Dewan Muktamar dan kawasan sekitarnya, pelajar-pelajar Darul Quran telah mengikuti Program Kemahiran Aplikasi TikTok dengan bimbingan Sahabat Bosskay yang diketuai YBhg. Dato' Tuan Asmawi Tuan Umar.

Pengarah sampaikan amanat dalam Majlis Perhimpunan Pegawai

24 Februari 2023 – Pegawai-pegawai Darul Quran diperingatkan untuk sentiasa mengamalkan budaya bekerja dalam pasukan, melaksanakan gerak kerja yang diamanahkan secara bersama-sama mengikut peranan masing-masing yang bersesuaian di samping bersegera dalam menjalankan setiap tugasan.

Lawatan ilmiah pelajar Syukbah Hadith ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

23 Februari 2023 - Seramai 27 orang pelajar Syukbah Hadith Kelas Ibnu Amir dan Khalaf Al-Asyir semester empat bersama seorang pensyarah pengiring telah mengadakan lawatan ilmiah ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

Peperiksaan Pensijilan JAKIM-UoC sesi Februari 2023 berakhir

23 Februari 2023 - Seramai sepuluh orang pegawai Darul Quran JAKIM telah ditugaskan sebagai panel dan pengawas bagi Peperiksaan Semester Satu dan Tiga Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-University of Cyberjaya (UoC).

Tujuh IPT sertai Hari Huffaz Selangkah ke Menara Gading 2023

21 Februari 2023 - Tujuh institusi pengajian tinggi terlibat dalam program Hari Huffaz Selangkah ke Menara Gading 2023.

Pelajar Syukbah Syariah adakan lawatan sambil belajar ke Mahkamah Syariah Ipoh

21 Februari 2023 - Seramai 29 orang pelajar Syukbah Syariah semester empat daripada Kelas A'sim bersama pensyarah pengiring, Ustaz Abd Aziz bin Abd Samat telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Mahkamah Syariah Ipoh, Perak.

Enam orang Penolong Pegawai baharu lantikan JAKIM lafaz aku janji depan Pengarah

20 Februari 2023 - Seramai enam orang Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 lantikan baharu JAKIM telah selesai melafazkan 'aku janji' di hadapan Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim pada pagi ini.

Pusat Islam DQ anjur ceramah Israk Mikraj

19 Februari 2023- Pusat Islam Darul Quran telah menganjurkan ceramah Israk Mikraj bertajuk 'Rahsia Di Sebalik Israk Mikraj' yang disampaikan oleh al-Fadil Ustaz Muhammad Lutfi bin Jamel, Ketua Unit Penerbitan & Dokumentasi Darul Quran.

Halal Talk 2023 beri impak kepada pelajar DQ

18 Februari 2023 - Program Halal Talk 2023 yang diadakan pada 16-18 Februari 2023 merupakan anjuran Darul Quran dengan kerjasama pelajar-pelajar Syukbah Pengurusan Halal semester enam.

Pengarah sampaikan amanat dalam majlis perhimpunan pelajar

17 Februari 2023 - Majlis perhimpunan pelajar telah dilaksanakan di Dewan Muktamar yang dihadiri oleh pelajar-pelajar Sijil dan Diploma serta para pegawai Darul Quran.

40 pelajar Syukbah Qiraat melawat Kompleks Nasyrul Quran

15 Februari 2023 - Seramai 40 orang pelajar Syukbah Qiraat Kelas Duri dan Susi semester enam bersama dua orang pensyarah pengiring telah mengadakan lawatan ilmiah ke Kompleks Nasyrul Quran.

Kolej Vokasional Sepang cari maklumat program tahfiz di DQ

15 Februari 2023 - Rentetan cadangan dari Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia, pegawai kanan dan pensyarah-pensyarah Kolej Vokasional Sepang telah mengadakan kunjungan hormat ke Darul Quran Kuala Kubu Bharu.

Pelajar DQ didedah ilmu kekeluargaan Islam

14 Februari 2023 - Seramai 26 orang pelajar banat Syukbah Qiraat semester empat dari kelas Khallad telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pelajar Syukbah Qiraat masuk Mahkamah Syariah Kuala Lumpur

14 Februari 2023 - Seramai 26 orang pelajar Syukbah Qiraat semester empat daripada Kelas Hamzah bersama pensyarah pengiring, Ustazah Norfarahin binti Omar telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jelajah halal menggali ilmu

14 Februari 2023 – Seramai 27 orang pelajar semester empat Syukbah Pengurusan Halal telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Kilang Ayamas Food Corporation dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Kunjungan hormat Naib Canselor USIM ke DQ

14 Februari 2023 - Darul Quran telah menerima kunjungan hormat delegasi dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diketuai Naib Canselor, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani.

Pelajar oku penglihatan dan peribumi Sabah DQ, selesai duduki peperiksaan akhir

14 Februari 2023 - Pelajar-pelajar Program Sijil Asas Tahfiz (SAT) Darul Quran selesai menduduki peperiksaan akhir bagi semester dua sesi Februari 2023.

Peperiksaan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-MSU berakhir

14 Februari 2023 - Seramai lapan orang pelajar semester satu dan empat Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-MSU (Management & Science University) telah selesai menduduki peperiksaan semester sesi Februari 2023.

Jawatankuasa Pengajian DQ bincang penglibatan semula KITAB sebagai LTDQ

13 Februari 2023 – Seramai lima orang pegawai kanan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang telah dijemput ke Darul Quran bagi membentangkan penyataan hasrat untuk mengadakan kerjasama akademik dengan Darul Quran.

Pelajar Diploma DQ selesai membuang undi pilih kepimpinan baharu

10 Januari 2023 - Seramai 650 orang ahli Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) yang juga merupakan pelajar Program Diploma Tahfiz al-Quran Darul Quran JAKIM telah menjalankan tanggungjawab membuang undi bagi memilih barisan kepimpinan untuk menerajui PERKEMAT DQ sesi 2023/2024.

Calon oku penglihatan, mualaf, peribumi Sabah dan Sarawak hadiri temu duga pelajar baharu Darul Quran

10 Februari 2023 - Seramai 14 orang calon pelajar baharu telah menjalani sesi temu duga bagi Program Sijil Asas Tahfiz Darul Quran JAKIM.

International Conference on Professional Huffaz 2023 bahas isu-isu semasa pendidikan tahfiz

9 Februari 2023 - Bertemakan “Sustainability of Professional Huffaz Towards IR 5.0” atau “Kelestarian Huffaz Profesional Dalam Mendepani Revolusi Industri 5.0”, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama-sama Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah berjaya menganjurkan International Conference on Professional Huffaz (InFAZ) 2023.

Calon pelajar luar negara jalani temu duga hari ini

7 Februari 2023 - Seramai 13 orang calon pelajar luar negara telah menjalani sesi temu duga bagi Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran JAKIM.

Juru audit dalaman DQ selesai kursus kompetensi

2 Februari 2023 - Kursus Kompetensi Juruaudit Dalaman ISO 37001:2016 (ABMS) dan ISO 21001:2018 (EOMS) telah berlangsung selama tiga hari bermula dari 31 Januari 2023 hingga 2 Februari 2023.

DQ-FPQS USIM bincang penyelarasan pelaksanaan Program Ijazah secara francais

2 Februari 2023 – Timbalan Pengarah Akademik Darul Quran, Dr. Mohd Zakuwa bin Rodzali telah mempengerusikan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah sesi 2022/2023 secara francais antara Darul Quran dengan USIM.

Pengarah terima kunjungan LTDQ KAQSA

1 Februari 2023 - Pengarah, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim hari ini menerima kunjungan hormat dari Kolej Al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA), Melaka.

Pelajar Program JAKIM-IPGKPI selesai duduki peperiksaan

31 Januari 2023 - Seramai 14 orang pelajar semester satu dan empat Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI) telah selesai menduduki peperiksaan bagi sesi Januari 2023.

Lawatan tapak ke UNITEN Kampus Muadzam

31 Januari 2023 - Delegasi Darul Quran diketuai Pengarah, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim telah mengadakan kunjungan hormat ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Muadzam Shah, Pahang.

PMDQ perkenal barisan kepimpinan baharu

31 Januari 2023 - Delegasi barisan kepimpinan Persatuan Mahasiswa Darul Quran (PMDQ) sesi 2022/2023 seramai 20 orang telah mengadakan kunjung hormat ke Cawangan Hal Ehwal Pelajar.

DQ anjur Kursus Pra Perkahwinan Islam

29 Januari 2023 - Darul Quran melalui Jabatan Pengajian Umum buat julung kalinya telah berjaya melaksanakan Kursus Pra Perkahwinan Islam (KPPI) Tahun 2023.

51 pelajar DQ sertai kelas teori asas kayak

27 Januari 2023 - Seramai 51 orang pelajar terdiri daripada 29 orang banin dan 22 orang banat telah menyertai Kelas Teori Asas Kayak.

Warga DQ lafaz ‘Ikrar Bebas Rasuah’ dalam sesi Taklimat ABMS

27 Januari 2023 - Darul Quran merupakan sebuah institusi pengajian yang telah sekian lama melaksanakan sistem pengurusan kualiti bagi MS ISO 9001:2015 & MS 1900:2014 iaitu sejak tahun 2008 lagi.

DQ pelawa calon khas mohon Program Sijil Asas Tahfiz

26 Januari 2023 - Darul Quran JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan daripada kategori OKU penglihatan, muallaf, orang asli dan peribumi Sabah atau Sarawak untuk memohon Program Sijil Asas Tahfiz Darul Quran JAKIM Sesi 2023.

Pengarah pengerusikan Mesyuarat Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO dan Jaminan Kualiti DQ

20 Januari 2023 - Cawangan Kualiti Darul Quran telah mengadakan Mesyuarat Sistem Pengurusan Kualiti bagi ISO 9001:2015, MS 1900:2014, ISO 21001:2018 ISO 21001 Educational Organisations Management System (EOMS) dan ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System (ABMS).

Alumni DQ sumbang tilam kepada pelajar

20 Januari 2023 - Unit Kolej Kediaman, Cawangan Hal Ehwal Pelajar pada hari ini telah menerima sebanyak 30 buah tilam yang disumbangkan oleh Alumni Darul Quran.

Enam pelajar DQ sertai program khatam tiga hari

20 Januari 2023 - Dalam usaha untuk melahirkan huffaz yang cemerlang tahap penguasaan hafazannya, Darul Quran telah melaksanakan Program Syahadah Hafazan Al-Quran Tahun 2023.

JHEAIK bincang dengan DQ, bantu hala tuju pelajar tahfiz

19 Januari 2023 – Seramai lima orang pegawai Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) telah berkunjung ke Darul Quran bagi membincangkan berkenaan hala tuju pelajar tahfiz khususnya di Negeri Kedah.

UniSZA cadang kerjasama akademik bersama DQ

18 Januari 2023 – Dari Pantai Timur jauh menuju ke Hulu Selangor, Darul Quran telah menerima kunjungan hormat delegasi dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

DQ beri pendedahan pelaksanaan SKM kepada IPDAS Kampus Kudat

18 Januari 2023 – Sebagai salah sebuah institusi yang menjalankan Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sejak tahun 2015 dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Darul Quran telah dirujuk untuk mempelajari dengan lebih terperinci mengenai pelaksanaan SKM.

Lawatan ilmiah pelajar Syukbah Qiraat ke MyQalam

17 Januari 2023 - Seramai 18 orang pelajar Syukbah Qiraat, Kelas Asbahani, Semester Enam Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran telah mengadakan lawatan ilmiah ke kilang percetakan mashaf al-Quran Syarikat MyQalam Printing Sdn. Bhd. Seri Kembangan dan MyQalam Tecnology (M) Sdn. Bhd., Jalan Taman Melati Utama 4.

Pelajar DQ terpilih finalis Akademi Qurra' TV AlHijrah

17 Januari 2023 - Tahniah dan syabas diucapkan kepada saudari Nik Maghfirah binti Nik Abd Rahman Zaki, pelajar semester 2 Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat, Darul Quran JAKIM yang telah terpilih sebagai finalis program realiti terbaharu Akademi Qurra' anjuran TV AlHijrah.

SUKFAZ 23 melabuhkan tirai

15 Januari 2023 - Program Sukan Huffaz 2023 (SUKFAZ 23) telah menutup tirainya bagi tahun 2023 dengan perasmian penutup yang disempurnakan oleh Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim.

289 pelajar Program JAKIM-UNITEN selesai duduki peperiksaan

13 Januari 2023 - Seramai 289 orang pelajar terdiri daripada pelajar semester satu, empat dan tujuh Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN telah menduduki peperiksaan bagi sesi Januari 2023.

Warden baharu Kolej Kediaman DQ dilantik

13 Januari 2023 – Seramai tujuh orang warden baharu Kolej Kediaman Darul Quran telah menerima watikah pelantikan dalam suatu majlis ringkas yang diadakan di Dewan Syura Utama.

Soldier Subuh imarahkan Pusat Islam DQ

13 Januari 2023 - Sejurus selesai Solat Subuh secara berjemaah, Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah Mohd Hashim telah melancarkan Program "Soldier Subuh" di Pusat Islam.

Pelajar Program JAKIM-PSA selesai duduki peperiksaan sesi Januari 2023

11 Januari 2023 - Seramai 29 orang pelajar semester satu, tiga dan lima Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (PSA) telah selesai menduduki peperiksaan bagi sesi Januari 2023.

KPP HEP rasmi pembukaan SUKFAZ 23

6 Januari 2023 - Program Sukan Huffaz 2023 (SUKFAZ 23) telah membuka tirai dengan perasmian daripada Ketua Penolong Pengarah Cawangan Hal Ehwal Pelajar, Haji Mohd Nazri bin Abdullah pada hari ini.

UPSI bentang laporan Kursus PdP

6 Januari 2023 - Darul Quran pada hari ini telah menerima lawatan kerja dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi tujuan pembentangan Laporan Peserta Kursus Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pensyarah DQ serta Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) bagi Tahun 2022.

Perantis DLKM selesai duduki peperiksaan akhir Diploma

20 Disember 2022 - Seramai lapan orang perantis Program Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), Bidang Pengurusan Masjid, Tahap 5 sesi Ogos 2022 telah selesai menduduki peperiksaan akhir pada hari ini.

Pelajar Syukbah Pengurusan Halal DQ dan KAQSA melawat Kilang HLRB Melaka

15 Desember 2022 - Darul Quran JAKIM dan Kolej Al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA) telah mengadakan kolaborasi program lawatan sambil belajar ke Kilang HLRB Processing Sdn Bhd., Melaka.

Program Mega Didik PERKEMAT DQ melabuhkan tirai

11 Disember 2022 - Program Mega Didik 2022 yang berlangsung selama seminggu bermula 5 Disember telah melabuh tirainya hari ini.

Majlis perhimpunan pelajar bersama Pengarah Darul Quran

9 Disember 2022 – Sebelum tahun 2022 melabuhkan tirainya, Darul Quran telah mengadakan Majlis Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah Darul Quran. Majlis yang diadakan di Dewan Muktamar ini telah dihadiri seramai kira-kira 700 orang pelajar, pegawai serta kakitangan Darul Quran.

145 orang pelajar, guru termasuk Pengerusi Ahli Lembaga Jemaah Pengurusan Maahad Tahfiz Al-Jauhar adakan lawatan ilmiah ke kampus Darul Quran

1 Disember 2022 – Seramai 145 orang terdiri daripada pelajar-pelajar, guru-guru penolong kanan, guru-guru tahfiz dan akademik serta Pengerusi Ahli Lembaga Jemaah Pengurusan Maahad Tahfiz Al-Jauhar, Johor telah mengadakan lawatan ilmiah ke kampus Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu.

Perantis SKM DQ selesai duduki peperiksaan akhir

29 November 2022 - Seramai 12 orang perantis Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Bidang Pengurusan Masjid Tahap 3 (program modular) sesi Mei hingga November 2022 telah selesai menduduki peperiksaan akhir pada hari ini.

Darul Quran sertai Karnival Kerjaya MRSM Gemencheh

24 November 2022 - Darul Quran telah dijemput untuk menyertai Karnival Kerjaya anjuran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh.

Kunjungan hormat isteri mantan Mufti Palestin ke Darul Quran

15 November 2022 – Darul Quran telah menerima tetamu antarabangsa iaitu Sheikhah Nailah Hashim, isteri kepada mantan Mufti Palestin Sheikh Ikrimah Sobri, bersama lima orang lagi tetamu yang lain.

17 orang pegawai baharu lantikan JAKIM lapor diri di DQ

4 November 2022 - Seramai 17 orang Pegawai Hal Ehwal Islam lantikan baharu JAKIM telah melapor diri di Darul Quran pada hari ini.

Mesyuarat Penyelarasan Program Pensijilan Tahfiz JAKIM-IPT

28 Oktober 2022 - Kira-kira 30 orang ahli mesyuarat yang merupakan wakil daripada Institusi Pengajian Tinggi termasuk urus setia telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Program Pensijilan Tahfiz JAKIM bertempat di Kompleks Islam Putrajaya (KIP) JAKIM pada pagi ini.

Jasamu dikenang

27 Oktober 2022 – Sudah menjadi lumrah, setiap pertemuan pasti adanya perpisahan. Darul Quran telah menganjurkan Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan jasa dan bakti enam orang pegawai termasuk mantan Pengarah Darul Quran yang telah bersara awal dan bertukar ke pelbagai tempat.

Pelajar Pensijilan JAKIM-IIUM selesai duduki peperiksaan akhir

27 Oktober 2022 - Seramai 34 orang pelajar Semester Tiga Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM telah menduduki peperiksaan akhir yang berlangsung pada 25-27 Oktober 2022.

Diskusi Ilmu Taranum tarik minat pelajar dan masyarakat setempat

21 Oktober 2022 - Dalam usaha meningkatkan penguasaan tentang pengaplikasian ilmu taranum dalam bacaan al-Quran secara murattal, Darul Quran dengan kerjasama Kelab Taranum DQ telah menganjurkan Diskusi Ilmu Taranum Al-Quran Tahun 2022.

Sistem e-kampus DQ 2.0 sedang dibangun

21 Oktober 2022 - Pegawai-pegawai Darul Quran yang mewakili setiap seksyen dan unit masing-masing telah berkampung di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM Perak bagi menjayakan Bengkel Pembangunan Sistem e-Kampus Darul Quran 2.0.

Lawatan mahabbah AJK Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ke Pusat Islam DQ

18 Oktober 2022 - Pusat Islam Darul Quran telah menerima kunjungan mahabbah delegasi dari Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

Pensyarah DQ sertai Bengkel Pengukuhan Pembinaan Item Soalan Peperiksaan

17 Oktober 2022 - Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti soalan peperiksaan, Darul Quran telah mengadakan Bengkel Pengukuhan Pembinaan Item Soalan Peperiksaan Peringkat Darul Quran JAKIM Tahun 2022.

Huffaz DQ menyantuni masyarakat Kampung Semera Asajaya Sarawak

16 Oktober 2022 - Seramai 28 pelajar Semester Lima Syukbah Syariah Darul Quran JAKIM telah berkunjung ke Kampung Semera, Asajaya, Sarawak bagi menjayakan Program Khidmat Masyarakat bersama penduduk kampung.

187 pelajar DQ & LTDQ sertai Seminar Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Arab

15 Oktober 2022 - Seramai 187 orang terdiri daripada pelajar Darul Quran & Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) telah menyertai Seminar Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Arab yang diadakan secara dalam talian.

133 orang pelajar diraikan dalam majlis khatam hafazan al-Quran

15 Oktober 2022 - Seramai 133 orang pelajar telah diraikan dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Pensijilan Tahfiz JAKIM bagi Tahun 2022.

Peperiksaan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Sesi Oktober 2022

14 Oktober 2022 - Seramai 40 orang pelajar Semester Satu Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM telah menduduki peperiksaan akhir semester bagi sesi Oktober pada 11-13 Oktober 2022.

DQ anjur English Pronunciation Workshop

14 Oktober 2022 - Seramai 120 orang yang terdiri daripada pensyarah serta pelajar Darul Quran dan Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) telah menyertai English Pronunciation Workshop yang diadakan secara dalam talian.

Warga DQ sertai Program Kesedaran Kesihatan

14 Oktober 2022 – Bagi memastikan warga Darul Quran berada pada tahap kesihatan yang memuaskan, Darul Quran dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor telah menganjurkan Program Kesedaran Kesihatan serta pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada kira-kira seramai 150 orang peserta.

Bengkel verifikasi dan semakan prosedur pengambilan pelajar baharu program pengajian DQ

13 Oktober 2022 - Pegawai-pegawai yang terlibat dalam pengurusan pengambilan pelajar baharu Darul Quran serta 10 Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) telah terlibat dalam Bengkel Verifikasi dan Semakan Prosedur Pengambilan.

Mufti Selangor ceramah Maulidur Rasul di Pusat Islam DQ

13 Oktober 2022 - Bertemakan "Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran", Pusat Islam Darul Quran telah menganjurkan ceramah sempena Maulidur Rasul 1444H. Ceramah ini telah disampaikan oleh Y.A.D. Dato' Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor.

DQ anjur Bengkel Pemurnian MyPortfolio

12 Oktober 2022 - Seramai 30 orang kakitangan Darul Quran telah terlibat dalam Bengkel Pemurnian MyPortfolio Tahun 2022.

Lawatan penaziran akademik ke LTDQ

13 Oktober 2022 - Darul Quran JAKIM telah mengadakan lawatan penaziran akademik Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Siri Dua Tahun 2022 ke-10 buah Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) seluruh Malaysia.

TPA DQ mengadakan kunjungan hormat ke Politeknik Shah Alam

7 Oktober 2022 - Timbalan Pengarah Akademik (TPA) Darul Quran, Dr. Muhamad Zakuwa bin Rodzali bersama dua orang pegawai Cawangan Akademik telah mengadakan kunjungan hormat ke Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam, Selangor.

Lawatan sambil belajar pelajar Syukbah Pengurusan Halal ke Bahagian Pengurusan Halal JAKIM & Kilang Coklat Beryl’s

6 Oktober 2022 - Seramai 31 orang pelajar Syukbah Pengurusan Halal Semester Lima bersama tiga orang pensyarah pengiring telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya dan Kilang Coklat Beryl's di Sri Kembangan.

126 calon duduki peperiksaan STM Siri 2 hari ini

6 Oktober 2022 – Seramai 126 orang peserta yang layak dari seluruh Malaysia telah hadir bagi menjalani Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia Siri 2 bagi Tahun 2022. Ujian yang telah dijalankan bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 5.30 petang ini telah diadakan di dua lokasi iaitu di kampus Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu dan di Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR).

Kursus Profesionalisme Pensyarah Tasmi' Pensijilan DQ–IPT kolaborasi

5 Oktober 2022 – Darul Quran sentiasa komited bagi memastikan mutu penyampaian bagi proses pembelajaran dan pengajaran di Darul Quran serta institusi yang menjalankan kerjasama dengan Darul Quran sentiasa dalam tahap yang terbaik terutama berhubungan dengan subjek Hifz al-Quran.

DQ anjur program kaunseling dan motivasi kepada pelajar

30 September 2022 – Seramai 300 orang peserta dari Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Semester Satu dan Lima serta Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Semester Tiga telah dipilih menghadiri Seminar Kaunseling Darul Quran JAKIM Tahun 2022.

Bengkel Proforma dan Penyediaan Isi Kandungan Bagi Subjek Bahasa Arab 2

29 September 2022 – Seramai 15 orang pensyarah Darul Quran serta Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) telah berkampung di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi dalam Bengkel Proforma dan Penyediaan Isi Kandungan Bagi Subjek Bahasa Arab 2.

DQ kongsi pengalaman pengurusan PdP tahfiz kepada MRSM Gemencheh

29 September 2022 - Bagi menunaikan hasrat MRSM Gemencheh untuk mendapatkan pendedahan serta bimbingan berkaitan pelaksanaan PdP tasmi’ hafazan al-Quran, DQ telah mengatur sesi taklimat bertajuk "Perkongsian Pengalaman PdP Tahfiz Di Darul Quran".

Mesyuarat Penyelarasan International Conference on Professional Huffaz 2022

29 September 2022 - Sebagai persiapan penganjuran International Conference on Professional Huffaz (InFaz) 2022, Darul Quran telah mengadakan mesyuarat persiapan hari ini.

Lawatan audit akademik Program Pengajian Quran & Sunnah USIM-DQ

29 September 2022- Seksyen Penyelarasan Pengajian Ijazah, Cawangan Akademik Darul Quran pada hari ini telah menerima lawatan daripada USIM bagi tujuan audit akademik untuk Program Pengajian Ijazah Pengajian Quran & Sunnah USIM-DQ bagi Semester 2 sesi akademik 2022/2023.

Pelajar Syukbah Pengurusan Halal DQ sertai Kursus Sembelihan

Seramai 45 orang pelajar terdiri daripada 28 orang pelajar Semester Tiga dan 17 orang pelajar Semester Lima Syukbah Pengurusan Halal telah menghadiri Kursus Sembelihan Ayam bersama pensyarah Darul Quran, Ustazah Shahidah binti Shuib dan Ustaz Ilham bin Che Daud@Zakaria.

Bengkel semakan pengisian CLO/PLO Program Diploma DQ

28 September 2022 - Cawangan Kualiti Darul Quran telah mengadakan bengkel semakan dan panduan pengisian markah CLO dan PLO bagi Program Diploma Tahfiz al-Quran & al-Qiraat berdasarkan kesesuaian keperluan MQA04.

Syarikat The Journey AMS promosi aplikasi e-Quran Tarteel AI

28 September 2022 – Dalam usaha mendigitalkan budaya al-Quran, Syarikat The Journey AMS Sdn. Bhd. telah mengadakan lawatan kerja ke Darul Quran. Tujuan lawatan kerja ini diadakan adalah untuk membincangkan berkaitan aplikasi e-Quran Tarteel AI. Aplikasi ini mempunyai ciri-ciri unik dan menarik seperti pengesanan kesalahan, deteksi suara dan lain-lain lagi.

Darul Huffaz TATI Skills hasrat anjur STM

27 September 2022 – Dalam usaha mendapatkan perakuan hafazan pelajar, delegasi Darul Huffaz Pusat Latihan Kemahiran TATI telah mengadakan lawatan kerja ke Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Bharu. Objektif lawatan ini diadakan ialah untuk membincangkan pelaksanaan program pengujian Sijil Tahfiz Malaysia (STM) bagi pelajar-pelajar mereka.

Program khidmat masyarakat Syukbah Syariah Semester Lima melabuhkan tirai

25 September 2022 - Seramai 27 orang pelajar Syukbah Syariah Semester Lima dengan kerjasama pihak pengurusan Pulau Orang Utan dan Masjid Qariah Seri Ampangan, Nibong Tebal telah berjaya merealisasikan program khidmat masyarakat dengan slogan "We Care, We Serve".

Huffaz DQ menyantuni anak yatim di Melaka

25 September 2022 - Seramai 29 pelajar Semester Lima Syukbah Hadith telah berkunjung ke Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Melaka selama 3 hari 2 malam (23-25 September 2022) bersama-sama dalam program Permata Ummah.

Pelajar Darul Quran menabur bakti di Kg Ulu Sepetang Taiping

25 September 2022 - Seramai 40 orang pelajar Semester Lima Syukbah Qiraat telah berkampung di Ulu Sepetang, Taiping selama 3 hari 2 malam (23-25 September 2022) bersama-sama dengan anak-anak yatim Rumah Nur Kasih Ulu Sepetang.

DQ beri pendedahan berkaitan ISO kepada Bahagian Pendidikan JAKIM

23 September 2022 – Berdasarkan pengalaman selaku institusi yang telah mendapat pengesahan pensijilan ISO sejak tahun 2008, Darul Quran telah menjadi destinasi lawatan Bahagian Pendidikan JAKIM. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan pendedahan berkaitan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti ISO yang telah dilaksanakan di Darul Quran.

Program Mentor Mentee Darul Quran

22 September 2022 – Seramai 43 orang peserta dari kalangan Kaunselor, Pegawai dan Pensyarah Darul Quran dan Lokasi-Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) telah terlibat dalam Program Mentor Mentee Darul Quran Tahun 2022.

Lawatan kerja Timbalan Pengarah Akademik DQ ke Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN

15 September 2022 - Timbalan Pengarah Akademik (TPA) Darul Quran, Dr. Muhamad Zakuwa bin Rodzali bersama dua orang pegawai Cawangan Akademik telah membuat lawatan kerja ke Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN, Tapah, Perak.

Majlis Lawatan Kerja KDYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong ke Darul Quran

9 September 2022 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar AlHaj berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Lawatan Kerja di Darul Quran JAKIM.

Peperiksaan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN sesi Ogos 2022

26 Ogos 2022 - Seramai 141 orang pelajar semester tiga dan enam Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN telah menduduki peperiksaan semester bagi sesi Ogos pada 25 dan 26 Ogos 2022.

Mesyuarat persiapan Majlis Lawatan Kerja Yang Di-Pertuan Agong serta Tuanku Permaisuri ke kampus Darul Quran

26 Ogos 2022 – Sempena Majlis Lawatan Kerja KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke Darul Quran serta Pelancaran Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Edisi Rumi Baharu pada 8 September 2022, hari ini telah diadakan mesyuarat persiapan majlis tersebut.

Peperiksaan Program Sijil Asas Tahfiz sesi Ogos 2022

25 Ogos 2022 - Seramai lima orang pelajar semester satu yang terdiri daripada dua orang pelajar OKU penglihatan serta tiga orang pelajar kategori pribumi Sabah dan Sarawak telah menduduki peperiksaan Program Sijil Asas Tahfiz (SAT) bagi sesi Ogos tahun 2022.

Perbincangan hala tuju Program Pensijilan Tahfiz JAKIM-Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

24 Ogos 2022 - Bertempat di Dewan Syura Utama Darul Quran telah diadakan suatu sesi perbincangan bersama pegawai-pegawai Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), kampus Shah Alam.

Pelajar baharu DQ sertai Program Pembangunan Sahsiah Huffaz

19 Ogos 2022 – Sebagai persediaan kepada para pelajar dalam membentuk keperibadian tinggi dan sahsiah terpuji sebagai hamalatul Quran, kesemua pelajar baharu dari semester satu Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat serta Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM telah terlibat dengan Program Pembangunan Sahsiah Huffaz Siri 3 Tahun 2022.

DQ patuhi keperluan standard SIRIM

18 Ogos 2022- Pihak Darul Quran telah menjalani proses pemantauan audit dari pihak SIRIM QAS International selama dua hari bermula 17 Ogos dan 18 Ogos 2022. Hasil dapatan audit selama dua hari tersebut merumuskan terdapat hanya dua cadangan penambahbaikan berkaitan MS 1900:2014 dan lapan cadangan penambahbaikan berkaitan ISO 9001:2015.

Kunjungan hormat As Sunnah Foundation Bangladesh ke DQ

15 Ogos 2022 – Darul Quran telah menerima lima orang tetamu antarabangsa dari As Sunnah Foundation, Bangladesh. As Sunnah Foundation ialah sebuah pertubuhan NGO yang ditubuhkan untuk memberikan pendidikan, dakwah serta kebajikan kepada masyarakat di Bangladesh berpaksikan kepada al-Quran dan al-Sunnah.

Pelajar DQ sertai Bengkel ToT Sukarelawan Sosial Islam

14 Ogos 2022 – Pelajar dari Syukbah Dakwah Program Diploma Darul Quran telah menyertai Bengkel Training of Trainers (ToT) Manual Sukarelawan Sosial Islam pada 12 hingga 14 Ogos 2022. Program ini merupakan anjuran bersama Bahagian Keluarga Sosial & Komuniti (KSK) JAKIM, Darul Quran serta Persatuan Ulama Malaysia Wilayah Persekutuan (PUMWP).

Kunjungan hormat Pusat Islam USM ke Darul Quran

10 Ogos 2022 - Dari Pulau Pinang ke Kuala Kubu Bharu, pada pagi ini Darul Quran sangat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia (USM).

Mesyuarat Penyelarasan MoA Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah USIM-DQ

5 Ogos 2022 – Suatu Mesyuarat Penyelarasan Memorandum Perjanjian Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah secara kerjasama antara USIM dengan Darul Quran telah diadakan hari ini bertempat di Dewan Mesyuarat Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM Nilai. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dekan Fakulti, Prof. Madya Dr. Mohd Zuhdi Mohd Amin. Sementara ahli mesyuarat dari Darul Quran pula telah diketuai oleh Pengarah Darul Quran, Ustaz Mohamad Kori bin Jusoh.

Darul Quran anjur Webinar Rasm Al-Quran

5 Ogos 2022 - Darul Quran JAKIM melalui Jabatan Pengajian Umum dengan kerjasama Jabatan Bahasa, Seksyen Pengajian Am, Cawangan Akademik telah menganjurkan Webinar berkaitan ilmu Rasm Al-Quran buat kali yang pertama. Webinar yang dilaksanakan secara hibrid ini melibatkan pelajar-pelajar semester satu Darul Quran secara bersemuka di Auditorium Darul Quran dan secara dalam talian bagi pelajar-pelajar di Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ). Webinar ini turut boleh disertai oleh orang awam melalui live facebook Darul Quran JAKIM.

Lawatan tapak pegawai Istana Negara ke DQ

4 Ogos 2022 – Sebagai persiapan Majlis Lawatan Kerja KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke Darul Quran JAKIM, pegawai-pegawai Istana Negara diketuai oleh Kolonel (B) Dato’ Nazim bin Mohd Alim, Setiausaha Sulit Kanan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI telah mengadakan lawatan tapak ke Darul Quran, Kuala Kubu Bharu.

Perjumpaan Timbalan Pengarah Akademik bersama pensyarah tasmi’ DQ

4 Ogos 2022 – Pagi tadi bertempat di Auditorium Darul Quran, Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Muhamad Zakuwa bin Rodzali telah mengadakan pertemuan bersama para pensyarah tasmi’ Darul Quran.

Perbincangan pelaksanaan kerjasama antara Darul Quran dan MAIWP

3 Ogos 2022 - Darul Quran telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Delegasi ini diketuai oleh Pengurus Bahagian Pembangunan Insan MAIWP, Encik Mohd Fauzi bin Abidin bersama enam orang pegawai lain yang turut mewakili Institusi-Institusi Pendidikan di bawah MAIWP.

Peperiksaan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-MSU sesi Julai

26 Julai 2022 - Satu-satunya pelajar tunggal Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-Management & Science University (MSU), Irfan Syahmi bin Shuhaimi telah menduduki peperiksaan semester tiga hari ini.

20 orang bakal “doktor al-hafiz” selesai duduki peperiksaan Program Pensijilan JAKIM-UoC sesi Julai 2022

26 Julai 2022 – Seramai 20 orang pelajar semester dua dan seorang pelajar semester enam dari Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-University of Cyberjaya (UoC) telah menduduki peperiksaan bagi sesi Julai tahun 2022.

Liga Persahabatan Alumni Darul Quran 2022

23 Julai 2022 - Bersempena Ekspo Konvokesyen Darul Quran JAKIM Tahun 2022 telah diadakan perlawanan bola sepak melibatkan para alumni.

Ihtifal Huffaz kali ke-8 melabuhkan tirai

23 Julai 2022 – Bermula pada lima hari yang lalu, akhirnya Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan kali ke-8 melabuhkan tirainya hari ini. Perasmian penutupan majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff. Majlis yang diadakan di Dewan Muktamar ini diadakan bersekali dengan penutupan Ekspo sempena Istiadat Konvokesyen Darul Quran Ke-30 yang akan berakhir esok (24 Julai 2022).

Istiadat Konvokesyen Darul Quran JAKIM ke-30

23 Julai 2022 - Seramai 659 orang graduan dari semua program pengajian yang ditawarkan telah diraikan dalam Majlis Istiadat Konvokesyen Darul Quran JAKIM Ke-30 hari ini. Majlis yang gilang gemilang ini telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad.

Pertandingan mewarna kanak-kanak sempena Ekspo DQ

19 Julai 2022 – Bersempena Ekspo Istiadat Konvokesyen Darul Quran Tahun 2022, Darul Quran telah menganjurkan pertandingan mewarna yang bertempat di Dewan Perpustakaan Darul Quran. Penyertaan pertandingan ini dibuka kepada pelajar-pelajar tadika serta prasekolah-prasekolah sekitar Kuala Kubu Bharu.

Ihtifal Huffaz dan Ekspo DQ 2022 dirasmi

19 Julai 2022 – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary telah merasmikan Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali Ke-8 dan Ekspo sempena Istiadat Konvokesyen Darul Quran JAKIM Kali Ke-30.

Kunjungan hormat Datuk Dr. Dominic ke DQ

14 Julai 2022 - Darul Quran berbesar hati menerima kunjungan daripada Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, Ahli Dewan Negara hari ini. YB Datuk Dr. Dominic juga adalah merupakan mantan pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur sebelum terlibat dalam politik.

DQ sambut program ibadah korban

13 Julai 2022 - Darul Quran melalui Pusat Islam telah mengadakan Program Ibadah Korban 1443H hari ini. Sebanyak empat ekor lembu telah dikorbankan dalam program ini dan dagingnya telah diagih-agihkan kepada para pekerja kontrak syarikat pembersihan, keselamatan serta penyelenggaraan di samping kakitangan Darul Quran.

Pengarah rasmi penutupan Minggu Haluan Huffaz Program Diploma

13 Julai 2022 – “Tak kenal maka tak cinta”. Bagi memupuk rasa cintakan Darul Quran, Minggu Haluan Huffaz telah diatur kepada pelajar-pelajar baharu Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Sesi 2022-2025.

TNC HEPA, MPP USIM berkunjung ke DQ

6 Julai 2022 - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM telah mengadakan ziarah ke Darul Quran bertemu rakan-rakan dari Persatuan Mahasiswa DQ (PMDQ).

Ahli Lembaga DQ bersidang kali ke-39

6 Julai 2022 - Bilik Mesyuarat Utama, Aras 8 Blok A, Kompleks Islam Putrajaya telah menjadi lokasi Mesyuarat Lembaga Darul Quran Bilangan 39 yang bersidang hari ini. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff selaku Pengerusi Lembaga Darul Quran JAKIM.

38 orang Juruaudit DQ dan LTDQ terlibat Bengkel ToT JAKIM

6 Julai 2022 – Seramai 38 orang juruaudit dari DQ dan Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) telah terlibat dalam Bengkel Training of Trainers (ToT) Panel Audit Pemberi Pendidikan Tinggi JAKIM yang diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi.

Majlis sambutan pelajar baharu Program Diploma

4 Julai 2022 - Seramai 190 orang pelajar baharu telah diraikan dalam Majlis Sambutan Pelajar Baharu Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran JAKIM Sesi Pengajian 2022-2025. Majlis yang diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran ini meraikan pengambilan pertama pelajar bagi sesi kali ini.

Penyampaian sumbangan Madrasah Darus Salam Vietnam

30 Jun 2022 - Persatuan Kebajikan Darul Quran (PKDQ) menyampaikan RM100,000 hasil sumbangan orang ramai kepada Madrasah Darus Salam, Vietnam bagi pembinaan madrasah untuk pelajar beragama Islam di Vietnam.

Taklimat Akademik Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Sesi Pengajian Julai-November 2022

30 Jun 2022 – Bagi memastikan kelancaran dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat yang akan bermula pada awal Julai 2022, Darul Quran telah mengadakan sesi taklimat akademik kepada pensyarah-pensyarah Darul Quran dan 10 Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) pada hari ini.

UnIPSAS tawar graduan DQ sambung pengajian

27 Jun 2022 – Delegasi lima orang pegawai Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) diketuai Naib Canselor, Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin telah mengadakan kunjungan hormat ke Darul Quran hari ini. Tujuan kunjungan ini diadakan bagi mempromosi program-program pengajian yang ditawarkan oleh UnIPSAS di samping cadangan hasrat untuk mengadakan Perjanjian Persefahaman (MoU) antara DQ-UnIPSAS berkenaan kolaborasi seminar, bengkel, aktiviti-aktiviti pelajar dan lain-lain lagi.

KITAB Pulau Pinang hasrat jadi LTDQ

24 Jun 2022 - Seramai tujuh orang delegasi dari Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang diketuai Rektor, Prof. Dr. Mohamad bin Abdul Hamid telah mengadakan kunjung hormat ke Darul Quran hari ini.

Bengkel Bacaan Qiraat Jamak Tahun 2022

24 Jun 2022 - Bagi memaksimakan manfaat keberadaan tiga tahun Fadhilah al-Syeikh Hossam Hasan Mohamed ElMihy, pensyarah bidang Qiraat yang dihantar oleh Wizarah al-Auqaf Mesir ke Malaysia, Darul Quran telah menganjurkan Bengkel Bacaan Qiraat Jamak Tahun 2022.

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Akademik Darul Quran Bil.2/2022

22 Jun 2022 - Jawatankuasa Penasihat Akademik (JKPA) Darul Quran JAKIM telah bersidang hari ini di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi dan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee.

Lawatan penaziran akademik di IPG Bangi

21 Jun 2022 - Darul Quran telah mengadakan lawatan Penaziran Akademik bagi pelajar Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM ke Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPG KPI) Bangi, Selangor.

Bengkel Teknikal Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan

16 Jun 2022 - Bengkel Teknikal Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali Ke-8 telah berjaya dilaksanakan secara hibrid antara pegawai-pegawai Darul Quran dan Lokasi-Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ).

Temu Duga Pensyarah Tasmi' Jemputan DQ

16 Jun 2022 - Pencarian calon Pensyarah Tasmi' Jemputan (PTJ) Darul Quran telah selesai diadakan bertempat di Dewan Syura Utama hari ini.

Kunjungan hormat KIAS ke DQ

15 Jun 2022 - Dua orang pegawai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Ustaz Md Saifullah bin Nik Abdullah, Pensyarah Jabatan al-Quran & Hadis merangkap Setiausaha Jawatankuasa Penubuhan Pusat Bertauliah TVET serta Ustaz Wan Ahmad Ikmal bin Wan Mohamed Adnan selaku Ketua Pusat Ko-Kurikulum telah mengadakan kunjungan hormat ke Darul Quran.

MKSP 2022

15 Jun 2022 - Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) Darul Quran sesi 2022 telah dijalankan pada 14 hingga 15 Jun 2022 bertempat di Dewan Syura. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Cawangan Kualiti, Ustaz Abdul Halem Hapiz bin Salihin yang mewakili Pengarah. Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari ini telah menyentuh pelbagai aspek seperti objektif kualiti, kajian kepuasan pelanggan dan beberapa perkara lagi berkaitan pengurusan pentadbiran.

Forum Perdana Ehwal Islam bersiaran dari DQ

9 Jun 2022 - Sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1443H/2022M, Forum Perdana Ehwal Islam telah bersiaran secara langsung dari Dewan Muktamar Darul Quran JAKIM. Sesuai dengan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 12-17 Jun 2022 di Johor Bahru, forum pada malam ini membahaskan tajuk "Kalam Yang Satu".

Lawatan Setiausaha Bahagian Pembangunan JPM ke tapak bangunan baharu DQ

9 Jun 2022 - Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Jazmanie Shafawi telah mengadakan lawatan tapak bagi meninjau kemajuan kerja di tapak Projek Pembangunan Fasa Tiga Darul Quran.

110 huffaz duduki Peperiksaan STM Siri 1/2022

2 Jun 2022 – Seramai 110 orang peserta yang layak dari seluruh Malaysia telah hadir bagi menjalani Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia Siri 1/2022. Ujian yang telah dijalankan bermula 8.45 pagi sehingga jam 5.30 petang ini telah diadakan di kampus Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu.

Sesi temu duga pelajar baharu Program Diploma DQ berakhir

2 Jun 2022 – Calon-calon pelajar baharu Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran JAKIM telah selesai menghadiri sesi temu duga yang diadakan pada 30 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022. Calon-calon ini ditemu duga bagi mengisi kuota kemasukan pelajar semester satu yang akan mendaftar bagi sesi pengajian 2022-2025.

Peperiksaan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN sesi Mei 2022 berakhir

31 Mei 2022 - Peperiksaan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN sesi Mei 2022 telah dilaksanakan pada 30 hingga 31 Mei 2022. Seramai 150 orang pelajar semester dua dan lima telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut.

59 orang pelajar baharu Program Pensijilan JAKIM-IIUM terlibat Minggu Haluan Huffaz

27 Mei 2022 - Menjadi kelaziman bagi mana-mana institusi pengajian untuk mengadakan minggu orientasi kepada pelajar-pelajar yang baru mendaftar, tidak terkecuali Darul Quran. Seramai 59 orang pelajar baharu terdiri daripada 36 orang pelajar banin (lelaki) dan 23 orang pelajar banat (perempuan) telah terlibat dalam Minggu Haluan Huffaz yang diadakan pada 23 hingga 27 Mei 2022.

Majlis Perhimpunan & Sambutan Aidilfitri Darul Quran

27 Mei 2022 – Mengambil kesempatan Syawal yang masih berbaki sekitar tiga hari lagi, Darul Quran telah mengadakan Sambutan Aidilfitri bagi tahun 2022 di Dewan Muktamar Darul Quran melibatkan pegawai, kakitangan tetap dan kontrak, para pelajar Darul Quran serta wakil agensi sekitar Hulu Selangor.

DQ dan 10 Lokasi Tambahan DQ bersidang di Melaka

25 Mei 2022 - Persidangan Pengetua–Pengetua Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Peringkat Kebangsaan Kali ke-40 telah diadakan pada 23 Mei 2022 hingga 25 Mei 2022 bertempat di Hatten Hotel, Bandar Hilir Melaka. Penganjuran persidangan bagi kali ini adalah merupakan kerjasama antara Darul Quran JAKIM dengan Kolej Al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA) Melaka.

Lawatan mahabbah MAIK

23 Mei 2022 - Dari Pantai Timur ke Pantai Barat. Dari Kelantan ke Kuala Kubu Bharu. Pagi ini Darul Quran sangat berbesar hati menerima kunjungan dan lawatan mahabbah dari Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Pelajar baharu Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM selamat mendaftar

23 Mei 2022 - Seramai 61 orang pelajar baharu telah selamat mendaftar dalam Majlis Sambutan Pelajar Baharu Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Sesi 2022-2023 yang diadakan di Dewan Muktamar pada pagi ini.

Semakan MoA Program Ijazah USIM-DQ

20 Mei 2022 - Mesyuarat Semakan Perjanjian Kerjasama Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah dengan Kepujian Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Darul Quran telah diadakan bersama pihak Fakulti Pengajian Quran & Sunnah USIM.

DQ terima pensyarah Qiraat dari Mesir

18 Mei 2022 - Darul Quran telah menerima khidmat pakar yang akan menyumbang bakti ilmu Qiraat dari Mesir iaitu Fadhilah al-Syeikh Hossam Hasan Mohamed ElMihy.

Kunjung hormat ke MARSAH

17 Mei 2022 - Darul Quran JAKIM telah mengadakan kunjungan hormat ke Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) bertempat di kampus MARSAH Larkin, Johor Bharu. Delegasi DQ ini telah diketuai oleh Ustaz Abdul Halem Hapiz Salihin, Timbalan Pengarah Cawangan Kualiti bersama empat orang pegawai yang lain.

Sesi kuliah Kursus Pensijilan PdP bersama UPSI berakhir

28 April 2022 – Setelah 18 hari berlalu bermula pada 11 hingga 28 April 2022, akhirnya para peserta Kursus Pensijilan Pembelajaran dan Pengajaran bagi Pensyarah Darul Quran serta Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) tahun 2022 telah hampir sampai ke penghujung.

Jawatankuasa Penasihat Akademik DQ bersidang hari ini

28 April 2022 – Ahli-ahli Jawatankuasa Penasihat Akademik (JKPA) Darul Quran telah bersidang untuk kali pertama tahun ini bagi mempertimbang dan memperakukan 11 kertas cadangan serta makluman. Mesyuarat yang diadakan secara dalam talian ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee dengan Pengarah Darul Quran bertindak selaku Setiausaha.

Bengkel Modul Minggu Haluan Huffaz dan Latihan ToT Fasilitator DQ

27 April 2022 - Biarpun tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum menjelangnya Aidilfitri, para pegawai Darul Quran tetap bersemangat untuk mengikuti Bengkel Modul Minggu Haluan Huffaz dan Latihan ToT Fasilitator Darul Quran Tahun 2022. Ini kerana kursus ini merupakan persediaan dalam menyambut pelajar-pelajar baharu yang akan mendaftar pada bulan Mei dan Jun nanti.

Sesi temu duga pelajar baharu Program Pensijilan JAKIM-IIUM berjalan lancar

26 April 2022 – Seramai 12 orang panel temu duga dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bersama 12 orang panel dari Darul Quran telah menemu duga 82 orang bakal pelajar baharu bagi Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Sesi 2022-2023.

Mike perdengar bacaan al-Quran di hadapan Sultan Selangor

25 April 2022 – Tan Mike Foong, pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat, Darul Quran JAKIM telah menerima jemputan dari Yayasan Restu untuk memperdengarkan bacaan al-Quran al-Karim dalam Majlis Pelancaran Al-Quran Al-Karim Dan Terjemahan Bahasa Cina.

Majlis Iftar Perdana DQ 1443H

21 April 2022 - Sempena Ramadan al-Mubarak tahun ini, Pusat Islam Darul Quran telah mengadakan Majlis Iftar Perdana 1443H kepada warga Darul Quran. Majlis yang dihadiri oleh kakitangan dan para pelajar ini dirasmikan oleh Pengarah, Ustaz Mohamad Kori Jusoh.

Bengkel Semakan Titik Kawalan Syariah DQ

14 April 2022 - Bengkel Titik Kawalan Syariah MS1900:2014 Darul Quran 2022 telah berlangsung selama tiga hari bermula dari 12 April 2022. Bengkel ini diadakan berpusat di Dewan Perpustakaan dengan penyertaan seramai 20 orang terdiri daripada panel Syariah DQ serta wakil-wakil setiap cawangan dan unit.

Mesyuarat AJK Pemurnian Modul Minggu Haluan Huffaz Darul Quran JAKIM

13 April 2022 - Sebagai persediaan menjelang kemasukan pelajar baharu bagi Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM dan Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat pada bulan Mei serta Julai 2022, Cawangan Hal Ehwal Pelajar Darul Quran telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pemurnian Modul Minggu Haluan Huffaz Darul Quran JAKIM.

Perbincangan sistem e-kampus 2.0

12 April 2022 - Bagi memperkasakan sistem e-kampus Darul Quran yang sedia ada sekarang, Unit ICT Darul Quran telah mengadakan suatu perbincangan berkenaan penambahan modul pembangunan sistem e-kampus versi 2.0.

Kursus Kompetensi Juruaudit Dalaman SIRIM Tahun 2022

7 April 2022 - Kursus Kompetensi Juruaudit Dalaman ISO 9001:2015 & MS 1900:2014 Darul Quran Tahun 2022 telah berlangsung selama tiga hari bermula dari 5 April 2022.

Peperiksaan Program Diploma sesi Mac 2022 berakhir

4 April 2022 - Seramai 1,438 orang pelajar semester Dua, Empat dan Enam Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat telah menduduki Peperiksaan Akhir Semester yang telah berakhir pada hari ini.

Bengkel Penyelarasan Markah

25 Mac 2022 - Unit Peperiksaan Darul Quran JAKIM telah melaksanakan Bengkel Penyelarasan Markah yang melibatkan pensyarah-pensyarah Darul Quran JAKIM serta Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ).

Lawatan penanda aras IPDAS Kampus Kudat ke DQ

17 Mac 2022 - Sejurus sehari selepas Majlis Pelancaran Tahfiz TVET Malaysia yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim pada 16 Mac 2022, Darul Quran telah menerima kunjungan tiga orang pegawai Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) Kampus Kudat.

Lawatan Pentauliahan SLDN bagi Program Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 Bidang Pengurusan Masjid

16 Mac 2022 - Darul Quran telah menerima lawatan dari Bahagian Pentauliahan Skim Latihan Dual Nasional (SLDN), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Bahagian Sumber Manusia bagi memenuhi syarat untuk member kelulusan menjalankan program DLKM kepada Darul Quran JAKIM.

Kunjung hormat PERKEMAT DQ ke Pengarah

11 Mac 2022 - Seramai tujuh orang barisan kepemimpinan Majlis Tertinggi Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz (PERKEMAT) Darul Quran telah mengadakan kunjungan hormat ke Pengarah, Ustaz Mohamad Kori Jusoh.

Taklimat akademik kepada pelajar baharu Program Sijil Asas Tahfiz sesi 2022

7 Mac 2022 - Seperti kebiasaan pada setiap permulaan semester pengajian terutamanya kepada pelajar-pelajar baharu akan diberikan taklimat akademik oleh Cawangan Akademik Darul Quran.

Majlis sambutan pelajar baharu Program Sijil Asas Tahfiz sesi 2022

7 Mac 2022 - Majlis Sambutan Pelajar baharu Program Sijil Asas Tahfiz (SAT) telah diadakan di Dewan Auditorium Darul Quran pada pagi ini dengan suasana yang ceria dan santai.

Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Program Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat Darul Quran JAKIM Sesi 2019-2022

5 Mac 2022 - Seramai 232 orang pelajar Semester Enam Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat telah menerima Sijil Khatam Hafazan Al-Quran dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Program Diploma Darul Quran Sesi 2019-2022 yang telah berlangsung sebentar tadi.

Peperiksaan akhir Program Sijil Asas Tahfiz Al-Quran sesi Februari 2022

4 Mac 2022 - Seorang pelajar daripada kategori OKU penglihatan, manakala tiga orang pelajar lagi merupakan etnik pribumi Sabah dan Sarawak telah menduduki Peperiksaan Semester Akhir bagi Program Sijil Asas Tahfiz Darul Quran yang telah dilaksanakan pada 3 dan 4 Mac 2022 bertempat di Bilik Kuliah Sijil Asas Tahfiz.

Peperiksaan akhir Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UTeM sesi Februari 2022

2 Mac 2022 - Berakhir sudah Peperiksaan Semester bagi Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UTeM yang telah dijadualkan pada 1 dan 2 Mac 2022.

Lawatan penaziran akademik Program Diploma Tahfiz sesi satu tahun 2022

2 Mac 2022 - Darul Quran JAKIM telah mengadakan lawatan penaziran akademik Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat sesi satu tahun 2022 ke 10 buah Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) seluruh Malaysia. Lawatan ini telah berjaya dilaksanakan mulai 28 Februari 2022 dan berakhir pada 2 Mac 2022.

Peperiksaan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IPGKPI sesi Februari 2022

1 Mac 2022 - Bermula 28 Februari 2022 hingga 1 Mac 2022 telah diadakan Peperiksaan Akhir Semester bagi Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IPGKPI (Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam), Bangi.

Forum Kekeluargaan Islam: Pandemik Covid-19 kesan terhadap institusi kekeluargaan

27 Februari 2022 - Alhamdulillah baru sahaja selesai forum kekeluargaan Islam yang membincangkan isu kekeluargaan di era pandemik Covid-19.

Suntikan dos penggalak Covid-19 kepada pelajar-pelajar Darul Quran

25 Februari 2022 – Dengan usaha dan tawakkal, maka pagi tadi telah selesai suntikan dos penggalak jenis AstraZeneca buat anak-anak pelajar Darul Quran yang terpilih.

Peperiksaan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-PSA sesi Februari 2022

23 Februari 2022 - Peperiksaan Akhir Semester bagi Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-PSA (Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam) telah berjaya dilaksanakan selama dua hari bermula pada 22-23 Februari 2022 yang telah dihadiri seramai 23 orang pelajar Semester Satu, Tiga dan Lima.

Webinar Kekeluargaan Islam: Peranan JAIM dalam menguruskan konflik rumah tangga

22 Februari 2022 - Petang ini telah selesai webinar yang membincangkan tentang Peranan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Dalam Menguruskan Konflik Rumah Tangga. Panel jemputan dalam webinar tersebut ialah Ustazah Rohana Harun, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Peperiksaan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UoC sesi Februari 2022

22 Februari 2022 - Seramai 24 orang pelajar Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UoC Semester Satu dan Lima telah menduduki peperiksaan akhir semester yang bermula pada 21-22 Februari 2022.

Penaziran Akademik Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UTeM

17 Februari 2022 - Darul Quran telah mengadakan sesi lawatan Penaziran Akademik bagi Program Pensijilan Tahfiz JAKIM-Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Pengajian Siswazah UTeM, Melaka.

Penaziran Akademik ke atas Institut Pendidikan Guru (Kampus Bangi)

15 Februari 2022 - Bagi memastikan IPT yang berkolaborasi dengan Darul Quran dalam menjalankan Program Pensijilan Tahfiz menepati standard yang telah ditetapkan, maka telah dilaksanakan Penaziran Akademik ke atas Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi (IPG KPI) secara dalam talian.

Penaziran akademik Program Pensijilan JAKIM-UoC

8 Februari 2022 - Darul Quran telah mengadakan lawatan penaziran akademik bagi Program Pensijilan Tahfiz JAKIM-UoC bertempat di University of Cyberjaya (UoC), Selangor.

DQ cadang kerjasama dengan JAIS bagi pelaksanaan Program SKM Bidang Pengurusan Masjid Tahap 3-5

27 Januari 2022 – Seramai empat orang delegasi Darul Quran diketuai Timbalan Pengarah Cawangan Kualiti, Ustaz Abdul Halem Hafiz Salihin telah mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Penaziran Akademik di Management & Science University

27 Januari 2022 - Darul Quran telah mengadakan lawatan Penaziran Akademik bagi pelajar Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-MSU di Management & Science University (MSU), Shah Alam.

Sesi perbincangan DQ-IKMAS

27 Januari 2022 - Delegasi Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) diketuai Pengarah, Ustaz Kamaldin Mohd Damin bersama empat orang pegawai IKMAS telah berkunjung ke Darul Quran untuk berbincang mengenai penyelarasan program tahfiz.

Ziarah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ke DQ

16 Januari 2022 - YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad telah meluangkan masa hujung minggu hari ini untuk hadir menziarahi Darul Quran.

Mesyuarat khas bagi menangani isu jangkitan Covid-19

12 Januari 2022 - Bagi mengawal jangkitan Covid-19 daripada terus merebak, Darul Quran telah mengambil langkah segera dengan mengadakan mesyuarat khas bagi menangani isu penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan pelajar.

Peperiksaan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN

11 Januari 2022 - Seramai 150 orang pelajar Semester Satu dan Empat bagi Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UNITEN telah menduduki peperiksaan bagi sesi Januari 2022. Peperiksaan ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 10 dan 11 Januari 2022.

Perhimpunan bulanan pegawai & kakitangan Darul Quran

11 Januari 2022 - Perhimpunan bulanan pegawai dan kakitangan Darul Quran serta amanat Pengarah Darul Quran siri pertama diadakan pada awal pembukaan tahun baharu 2022 ini.

Mesyuarat penyelarasan menjawab maklum balas Laporan Penilaian Audit Pematuhan Akreditasi Penuh Program Ijazah USIM-DQ

6 Januari 2022 - Mesyuarat penyelarasan bagi menjawab maklum balas Laporan Penilaian Audit Pematuhan Akreditasi Penuh Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah Dengan Kepujian telah berlangsung antara Darul Quran dengan USIM di kampus Fakulti Quran & Sunnah (FPQS), USIM Nilai.

Pertemuan PERKEMAT DQ bersama Pengarah

6 Januari 2022 - "Bagaikan aur dengan tebing", begitulah perumpamaan yang dapat digambarkan apabila pihak pengurusan Darul Quran sentiasa saling bekerjasama dalam pelbagai aktiviti dan program yang diadakan sama ada dalam mahupun luar kampus DQ.

Mesyuarat pembuka tirai 2022 AKRAB-DQ

3 Januari 2022 - Unit Kaunseling Darul Quran JAKIM telah melaksanakan Mesyuarat Ahli Pembimbing Rakan Sekerja AKRAB-DQ Bil. 1/2022 yang telah dihadiri seramai 16 orang ahli bertempat di Dewan Syura Utama Darul Quran.

Peperiksaan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM berakhir

22 Disember 2021 - Seramai 34 orang pelajar Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Semester Satu telah menduduki peperiksaan akhir semester yang bermula pada 20 Disember 2021.

Perjumpaan Pensyarah-Pensyarah Tasmi’ Jemputan bersama Jabatan Tahfiz Al-Quran

17 Disember 2021 – Bagi memastikan proses pelaksanaan kelas tasmi’ berjalan dengan lancar, Jabatan Tahfiz Al-Quran Darul Quran JAKIM telah mengadakan sesi perjumpaan bersama Pensyarah-Pensyarah Tasmik Jemputan (PTJ) Darul Quran bertempat di Auditorium Syeikh Mohd Noor.

Mesyuarat Penyelarasan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM

16 Disember 2021 - Darul Quran mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM bertempat di Pusat Asasi, International Islamic University Malaysia (IIUM) yang terletak di Gambang, Pahang.

Lawatan Kerja TKPP JAKIM Ke Tapak Projek Pembinaan Bangunan Baharu DQ

15 Disember 2021 - Lawatan Kerja Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan (TKPP) JAKIM, Tuan Haji Ahmad Fuad Apandi bagi memantau perjalanan Projek Pembangunan Blok Akademik dan Asrama Darul Quran.

Peperiksaan Gantian Dan Ulangan Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat DQ

13 Disember 2021 - Seramai 210 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Darul Quran JAKIM dan 10 buah Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) menduduki Peperiksaan Gantian dan Dhur Thani (ulangan) bermula 13-15 Disember 2021.

Mesyuarat Penaksiran Soalan Peperiksaan

9 Disember 2021 - Cawangan Akademik Darul Quran JAKIM telah melaksanakan Mesyuarat Penaksiran Soalan Peperiksaan bagi Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM bertempat di Dewan Syura Darul Quran JAKIM.

Program Khidmat Masyarakat Projek Mural Khat Darul Quran JAKIM

9 Disember 2021 - Seramai 44 orang pelajar Semester Satu Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah USIM-DQ telah mengadakan Projek Mural Khat Darul Quran. Program di bawah seliaan pensyarah, Ustaz Ilham bin Che Daud@Zakaria ini adalah bagi memenuhi keperluan subjek Pengajian Seni Khat Arab di bawah program A211.

Lawatan kerja JAWI ke DQ

2 Disember 2021 - Darul Quran JAKIM hari ini menerima lawatan kerja dari Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI).

Lawatan kerja Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI ke DQ

30 November 2021 - Rentetan perjanjian persefahaman yang sedia terjalin antara DQ dengan UPSI sejak 2018, delegasi yang diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Nor Kalsum Mohd Isa, Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) bersama enam orang delegasi dari Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan lawatan kerja ke kampus Darul Quran JAKIM.

Lawatan kerja JAINJ ke DQ

30 November 2021 - Dalam usaha memperkasakan pendidikan tahfiz di Malaysia khususnya di Negeri Johor, seramai 11 orang delegasi dari Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah mengadakan lawatan kerja ke kampus Darul Quran JAKIM.

Lawatan kerja Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

24 November 2021 - Darul Quran sangat berbesar hati menerima kunjungan dan lawatan kerja dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS) pada petang ini.

Lawatan Penilaian Pematuhan Akreditasi Penuh Program Ijazah USIM-DQ

23 November 2021 - Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah dengan Kepujian secara kerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Darul Quran telah dipilih untuk menjalani Lawatan Penilaian Secara MQA Virtual Audit (MQAVA).

Majlis Penutup Program Cawangan Hal Ehwal Pelajar

Ada satu pepatah Arab menyatakan: "Al-'Aql al-Salim fi al-Jism al-Salim; akal yang cerdas dari tubuh badan yang cergas."

Lawatan akademik Darul Quran ke Universiti of Cyberjaya

Timbalan Pengarah Cawangan Kualiti Darul Quran, Ustaz Abdul Halem Hapiz Solihin berserta delegasi lima orang pegawai DQ telah berjaya mengadakan lawatan akademik ke Universiti of Cyberjaya (UoC) dalam misi memperkasakan hubungan dan kerjasama antara DQ dan UoC.

Taklimat akademik kepada pensyarah DQ dan LTDQ

Sebagai persediaan memulakan kuliah bagi semester yang baharu, Darul Quran melalui Cawangan Akademik telah melaksanakan sesi Taklimat Akademik kepada pensyarah-pensyarah Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat di Darul Quran serta Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) bagi Siri 2 tahun 2021 secara hibrid.

Lawatan akademik Darul Quran ke Politeknik Behrang

Seramai tujuh orang Pegawai Darul Quran yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Cawangan Kualiti, Ustaz Abdul Halem Hapiz Solihin telah berjaya mengadakan lawatan akademik ke Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) Behrang Perak Darul Ridzuan.

Calon STM 2021 duduki ujian hari ini

Seramai 58 orang calon telah menduduki peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) di empat zon hari ini iaitu Zon Utara di Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR), Zon Selatan di Kolej Al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA), Zon Timur di Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Kelantan dan Zon Tengah di Darul Quran JAKIM.

Istiadat Konvokesyen Darul Quran ke-29

Seramai 1,235 orang graduan bagi semua program yang ditawarkan di Darul Quran JAKIM telah diraikan dalam Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-29 yang diadakan secara hibrid di Dewan Muktamar Darul Quran melibatkan dua kohort pengajian iaitu kohort 2020 dan 2021.

Pendaftaran pelajar baharu Program Ijazah USIM-DQ versi norma baharu

Seramai 40 orang pelajar baharu Semester Satu dari Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah secara kerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mendaftar pengajian hari ini.

74 graduan DQ menyambung pengajian ke Mesir

Seramai 74 orang pelajar yang terdiri daripada 52 orang banin dan 22 orang banat lepasan Diploma Tahfiz Al-Quran & al-Qiraat Darul Quran serta Lokasi Tambahan Darul Quran telah berjaya menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang Takhassus Qiraat di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Hari Huffaz Selangkah Ke Menara Gading

15-16 Mac 2021 - Hari Huffaz Selangkah Ke Menara Gading yang diadakan selama dua hari pada kali ini diadakan secara hibrid iaitu gabungan antara bersemuka serta dalam talian di Auditorium Darul Quran dan secara langsung turut disiarkan melalui facebook Darul Quran JAKIM. Tujuan utama penganjuran program ini adalah supaya para pelajar DQ khususnya pelajar-pelajar Semester Enam yang bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi akan mendapat input-input berkenaan penyambungan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Konvensyen Pendidikan Tahfiz Kebangsaan Tahun 2018 Berakhir Dengan Jayanya

Selepas kejayaan menganjurkan Simposium Pendidikan Tahfiz Nusantara pada tahun 2016, Darul Quran dengan Centre of Quranic Research (CQR) Universiti Malaya sekali lagi bekerjasama dalam menganjurkan Konvensyen Pendidikan Tahfiz Kebangsaan Tahun 2018. Konvensyen yang diadakan di Hotel Putra Kuala Lumpur ini telah diadakan pada 26 hingga 28 Mac 2018.

10 ipt sertai Hari Huffaz Selangkah Ke Menara Gading

Sebanyak 10 institusi-institusi pengajian tinggi yang menerima jemputan dari Darul Quran telah hadir bagi menyertai program Hari Huffaz Selangkah Ke Menara Gading. Program yang diadakan pada 13 Februari 2020 ini merupakan penganjuran kali kedua selepas pertama kali diadakan pada tahun 2019.

Duta Besar Malaysia Kaherah menyantuni pelajar Al-Azhar dalam Program Motivasi Dan Pertemuan Alumni DQ

Seramai 200 orang pelajar dari pelbagai bidang pengajian di Mesir hadir ke Program Motivasi Dan Pertemuan Alumni DQ. Program yang berlangsung pada 31 Oktober 2019 ini telah diadakan di Dewan Malaysia Abasiah Kaherah.

Persidangan Pengetua-Pengetua MTQN kali ke-37 di Negeri Sembilan

Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN) Peringkat Kebangsaan kali ke-37 yang diadakan pada 22–24 Oktober 2019 di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan telah dihadiri oleh wakil-wakil dari 11 institusi tahfiz seluruh negara. Persidangan kali ini merupakan anjuran bersama antara Darul Quran JAKIM dan Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Darul Quran Meneruskan Kecemerlangan Di Bumi Anbiya’

Seramai 82 orang pelajar lepasan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Darul Quran Jakim telah menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar Mesir dalam jurusan Takhassus Qiraat di peringkat Ijazah Sarjana Muda di bawah pengurusan Hal Ehwal Pelajar Darul Quran Jakim dan Sekreteriat Menyambung Pengajian ke IPTA Dalam Negeri & Timur Tengah atau dikenali dengan nama SMUTEM.

Ahli-Ahli Jawatankuasa Penasihat Akademik DQ bersidang kali kedua tahun ini

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Akademik Darul Quran JAKIM Bil.2/2021 ini dipengerusikan buat pertama kalinya oleh Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee yang baru dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM berkuatkuasa 14 Jun 2021.

250 orang bakal huffaz selamat mendaftar

Pendaftaran Pelajar Baharu Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran JAKIM Sesi Pengajian 2020/2023

YDP MAIPk Merasmikan Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Kali Ke-35

Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-35 yang bermula pada 2:30 petang 24 Oktober 2018 telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Dato’ Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin.

Program Khidmat Masyarakat Di Perkampungan Orang Asli Changkat Bintang

Pada 8-9 September 2018, pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Semester Lima Syukbah Muamalat telah mengadakan program Wasilah Desaku: Ukhuwah Tanpa Sempadan di Perkampungan Orang Asli Changkat Bintang, Slim River.

Perbincangan bersama Kolej Pengajian Islam Johor

Dalam usaha untuk mengadakan kerjasama akademik dengan The World Islamic Sciences and Education University (WISE University) di Jordan, DQ telah mengadakan inisiatif dengan mengadakan perbincangan bersama Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) bagi mendapatkan maklumat berkenaan mu’adalah antara MARSAH dengan WISE University.

Kursus Kompetensi Juruaudit Dalaman ISO 9001;2015 & MS 1900;2014

13-15 April 2021 - Darul Quran melalui Cawangan Kualiti telah mengadakan Kursus Kompetensi Juruaudit Dalaman ISO 9001: 2015 & MS 1900 : 2014 Tahun 2021 selama tiga hari di Dewan Maktabah Darul Quran.

Walkabout Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JAKIM ke Darul Quran

13 Ogos 2020 - Bumi barakah Darul Quran amat berbesar hati menerima kunjungan Tuan Haji Ahmad Fuad bin Apandi selaku Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM yang baharu selepas pelantikan beliau pada awal bulan Julai yang lalu.

Mesyuarat Khas Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri versi "Kebiasaan Baharu"

Berlangsung pada hari ini (12 Jun 2020) Mesyuarat Khas Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri secara maya di Darul Quran.

Daurah Kitab Turath: Kitab Al-Akidah Al-Tahawiyyah

Buat julung kalinya Darul Quran telah mengadakan program Daurah Kitab Turath bagi Kitab Al-Akidah Al-Tahawiyyah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Tuan Guru Haji Md Sahari bin Abdullah, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor merangkap Penterjemah Kitab Al-Akidah Al-Tahawiyyah. Program yang diadakan pada 11 September 2019 ini merupakan anjuran bersama dengan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Merasmikan Istiadat Konvokesyen DQ Kali Ke-27

Seramai 732 orang graduan dari semua program pengajian yang ditawarkan di Darul Quran telah bergraduasi dalam sidang yang berlangsung pada 11 Ogos 2018. Majlis istiadat yang gilang-gemilang ini telah diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof.

DQ Menerima Dua Tetamu Dalam Satu Hari

Lawatan Sekolah Kebangsaan Kg Idaman Pelabuhan Klang Dan Pusat Pengajian Tafaqquh & Tahfiz Al-Makki Sarawak

Perhimpunan pegawai & kakitangan dan amanat Pengarah

Tiga hari selepas berkuat kuasa peralihan ke Fasa 2 bagi kawasan Lembah Klang, Darul Quran telah mengadakan perhimpunan pegawai dan kakitangan serta penyampaian amanat oleh Pengarah Darul Quran secara hibrid.

Latihan Training of Trainers Kursus MPU

7 Julai 2021 - Bermula hari ini dan esok, para pensyarah Darul Quran dan Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) akan mengikuti Latihan Training of Trainers (TOT) bagi Kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) secara dalam talian.

Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Diploma Tahun 2021

12 Mac 2021 - Seramai 219 orang pelajar Semester Enam Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat telah menerima Sijil Khatam Hafazan Al-Quran Darul Quran JAKIM. Majlis Khatam Hafazan ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abdul Aziz bin Jusoh dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Tahun 2021M/1442H yang diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran secara hibrid.

Majlis Pengijazahan Perubatan & Pengubatan Islam Darussyifa' Sesi 2020 Dan Majlis Penganugerahan Darul Quran JAKIM

3 Oktober 2020 – Seramai 80 graduan sulung Kursus Perawatan Islam Darussyifa’-Darul Quran telah diraikan dalam majlis pengijazahan pada hari ini. Majlis Pengijazahan Perubatan & Pengubatan Islam Darussyifa' Sesi 2020 Dan Majlis Penganugerahan Darul Quran ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Taklimat panel temu duga pengambilan pelajar baharu versi ‘Kebiasaan Baharu’

Pada 11 Jun 2020, Seksyen Kemasukan, Biasiswa & Graduasi Darul Quran telah mengadakan sesi taklimat kepada panel-panel Temu Duga Pengambilan Pelajar Baharu Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat bagi sesi 2020-2023 mengikut kebiasaan baharu.

Bengkel Asas Kemahiran Bola Tampar DQ-MTAF

Pada 12 Disember 2019, bertempat di Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Bharu, para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah USIM-DQ telah mengadakan satu Bengkel Kemahiran Asas Sukan Bola Tampar. Program yang bertemakan “Voleyball: We Serve, We Love” berlangsung selama satu hari itu melibatkan seramai 27 orang peserta terdiri daripada kalangan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Fateh, Batang Kali dan juga 23 pelajar-pelajar Semester Satu Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah USIM-DQ sebagai fasilitator.

Lawatan mahabbah ke Sekolah Tahfiz Harapan

Dalam usaha memastikan agar Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) mencapai matlamatnya, Darul Quran JAKIM telah mengadakan lawatan mahabbah ke Sekolah Menengah Tahfiz Harapan, Jenjarom Selangor pada 30 Januari 2019. Kunjungan ini diadakan bertujuan untuk menjadikan Sekolah Menengah Tahfiz Harapan sebagai rakan strategik DQ di samping menjadi penanda aras bagi sekolah-sekolah tahfiz swasta yang lain.

Kursus Pensijilan P&P Pensyarah DQ Siri Ke-4 Selesai Dirasmi

Bagi memenuhi hasrat Darul Quran dalam memperkasakan kompetensi pensyarah yang dicadangkan menerusi Pelan Strategik Darul Quran JAKIM, Kursus Pensijilan Pembelajaran & Pengajaran Pensyarah kerjasama antara DQ dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diadakan bermula dari 15 hingga 26 Oktober 2018. Perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh Pengarah Darul Quran, Dr. Haji Nordin bin Ahmad pada 15 Oktober 2018 bertempat di Dewan Dato’ Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi.

Ekspo Konvokesyen DQ Dirasmi

Ekspo konvokesyen Darul Quran yang bermula pada 8 Ogos 2018 telah selesai dirasmi pembukaannya pada 9 Ogos 2018. Majlis Perasmian Ekspo Sempena Istiadat Konvokesyen Darul Quran Jakim Kali Ke-27 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim, Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya.

Sambutan pelajar baharu Program Diploma Sesi 2021/2024

Seramai 250 orang pelajar baharu Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran JAKIM Sesi 2021/2024 telah selamat mendaftar secara dalam talian pada hari ini.

Sesi taklimat DQ kepada YB Menteri

9 Disember 2020 – Darul Quran salah satu daripada tiga Bahagian di bawah Sektor Operasi JAKIM yang diamanahkan untuk menyampaikan taklimat kepada YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini. Sesi taklimat ini telah diadakan di Pejabat YB Menteri di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur.

Bengkel Pengurusan Kawalan Risiko

Bengkel Pengurusan Kawalan Risiko Darul Quran anjuran Unit Piawaian telah diadakan pada 2-3 Jun 2020 di Dewan Muktamar Darul Quran.

Lawatan UTP ke DQ

DQ telah menerima lawatan pertama di tahun 2019 apabila dikunjungi oleh lima orang pegawai dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tronoh, Perak pada petang 9 Januari 2019. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk membincangkan kerjasama akademik yang boleh dijalankan antara kedua belah pihak.

Tokoh-Tokoh Bidang al-Quran Malaysia Berbengkel bagi Memperhalusi Peranan Lajnah Syuyukh Huffaz di bawah DPTN

Tokoh-tokoh dalam bidang Tahfiz al-Quran di Malaysia dari pelbagai agensi dan institusi telah menyertai bengkel yang diadakan pada 26 hingga 28 Disember 2018 bertempat di The Orient Star Resort, Lumut Perak.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Antara JAKIM Dengan CUCMS

JAKIM melalui Darul Quran komited dalam meneruskan usaha untuk melahirkan lebih ramai lagi golongan huffaz profesional di negara ini yang menguasai dua bidang iaitu al-Quran dan disiplin ilmu yang lain. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof berkata, dalam memastikan matlamat itu dicapai, ia sudah semestinya memerlukan kepada pemantapan kurikulum, pengawalan penaziran serta pentaksiran yang amat teliti. “Justeru, Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) antara lain diterjemahkan dengan integrasi tahfiz dengan pendidikan nasional serta memartabatkan huffaz yang menjadi sebahagian unsur elemen penting dalam menyumbang kepada pembinaan negara. Ini visi dan misi dalam Jabatan Perdana Menteri Bahagian Agama dari sudut tahfiz dan segala perkara berkaitan operasinya,” katanya ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) pada 8 Oktober 2018.

Bengkel Penggubalan Soalan Peperiksaan Program Diploma

Seramai 45 orang peserta telah mengikuti Bengkel Penggubalan Soalan Peperiksaan Program Diploma bagi sesi pengajian Mei-September 2018 anjuran Unit Peperiksaan dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kompetensi & Internship Darul Quran yang diadakan di Institut Latihan Sosial, Kuala Lumpur bermula 31 Julai hingga 2 Ogos 2018.

Kunjungan Hormat MMU Ke DQ

Seramai tujuh orang delegasi dari Universiti Multimedia (MMU) telah mengadakan kunjungan hormat ke Darul Quran Jakim pada 14 Mei 2018.

Pelajar DQ Mendapat Pingat Perak Dan Gangsa Dalam Inova18

Pada 10 dan 11 Mac 2018, mahasiswa dan mahasiswi Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah USIM-DQ telah menyertai pertandingan Inovasi Islam dalam Ekspo Inovasi Islam 1439H (Inova18).

Webinar Asas Ilmu Tarannum

Dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan penguasaan tentang asas ilmu tarannum al-Quran terutamanya kepada para pelajar, Darul Quran melalui Jabatan Pengajian Umum dengan kerjasama Kelab Tarannum DQ telah menganjurkan Webinar Asas Ilmu Tarannum Al-Quran Tahun 2021.

Lawatan Audit Akademik Program Ijazah Sarjana Muda DQ-USIM

Lawatan Audit Akademik Program Ijazah Sarjana Muda DQ-USIM

Agihan beg Musa'adah kepada warga DQ

Agihan beg Musa'adah kepada warga DQ

Kuliah pelajar Ijazah DQ telah bermula

Kuliah pengajian bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah DQ-USIM telah mula dijalankan pada 1 Jun 2020.

DQ terima 37 orang pelajar baharu Program Ijazah

Seramai 19 mahasiswa dan 18 mahasiswi baharu Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah Dengan Kepujian Secara Kerjasama Dengan USIM telah dirai secara sederhana tetapi meriah dalam suatu majlis yang diadakan pada 10 September 2019.

Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Bermula Dengan Taklimat Dari Pengarah JAIPk

Pada 24 Oktober 2018, secara rasminya telah bermula Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-35 bertempat di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh. Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak telah dipilih dalam persidangan kali ke-34 yang lalu untuk menjadi tuan rumah bagi persidangan kali ini.

Pensyarah DQ Menyertai Daurah Kitab

Buat julung-julung kalinya, Pusat Pembangunan Kompetensi & Internship, Darul Quran JAKIM telah menganjurkan suatu program talaqqi kitab atau daurah kitab Sifat 20: Suatu Pengenalan Asas kepada pensyarah-pensyarah DQ. Program yang diadakan pada 30 Julai 2018 ini telah disampaikan oleh pengarang buku Sifat 20: Suatu Pengenalan Asas sendiri iaitu Ustaz Muhadir bin Haji Joll.

Lawatan DQ Ke Pusat Kesejahteraan Insan UKM

Pada 7 Jun 2018 (Khamis), Darul Quran telah mengadakan lawatan penanda aras ke Pusat Kesejahteraan Insan Universiti Kebangsaan Malaysia. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan panduan pelaksanaan program Khidmat Masyarakat yang dilaksanakan oleh mahasiswa-mahasiswi UKM supaya dapat dilaksanakan oleh pelajar-pelajar DQ.

Agihan daging korban DQ

Sebanyak 140 bungkus daging korban telah diagihkan hari ini kepada kakitangan Darul Quran serta para pekerja swasta dari syarikat pembersihan, landskap, penyelenggaraan dan keselamatan Darul Quran.

Taklimat Akademik Darul Quran

26 November 2020 - Sebagaimana kelaziman pada setiap kali memulakan semester, Darul Quran akan menyampaikan maklumat-maklumat terkini berkenaan akademik kepada Lokasi-Lokasi Tambahan DQ (LTDQ).

Sumbangan Tabung Musa'adah COVID-19

Kuala Kubu Bharu - Petang tadi (19 Mei 2020) telah berlangsungnya penyerahan sumbangan Tabung Musa'adah COVID-19 kepada pekerja-pekerja kontrak Darul Quran.

723 graduan DQ dirai dalam Istiadat Konvokesyen ke-28

Seramai 723 orang graduan bagi semua program yang ditawarkan di Darul Quran JAKIM telah diraikan dalam Majlis Istiadat Konvokesyen Kali Ke-28 yang berlangsung pada 27 Julai 2019 bertempat di Dewan Muktamar Darul Quran. Majlis yang gilang gemilang ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Kunjung Hormat Susulan Ke Yunus Emre Enstitüsü

Ekoran daripada kunjung hormat yang diadakan di pejabat Duta Besar Turki di Malaysia, hasil daripada cadangan TYT Dr. Merve Kavakci, suatu pertemuan telah diatur antara delegasi Darul Quran ke pejabat Yunus Emre Enstitüsü untuk berbincang dengan Dr. Omer Altun selaku Pengarah Yunus Emre Enstitüsü berkenaan peluang-peluang penyambungan pengajian pelajar lepasan Darul Quran ke universiti-universiti yang bersesuaian di Negara Turki dengan biasiswa tajaan dari Negara Turki. Kunjung hormat ini turut diadakan pada 26 Julai 2018.

240 Orang Pelajar Baru Program Diploma Terlibat TRANSKEM 2018

Menjadi kelaziman di mana-mana institusi pengajian untuk mengadakan minggu orientasi kepada pelajar-pelajar yang baru mendaftar. Tidak terkecuali di Darul Quran. Seramai 240 orang pelajar baru terdiri daripada 122 orang pelajar banin (lelaki) dan 118 orang pelajar banat (perempuan) telah terlibat dalam program Transformasi Kecemerlangan Minda (TRANSKEM) yang diadakan pada 1 hingga 5 Mei 2018.

Lawatan Ilmiah IQSA ke DQ

Seramai lima orang delegasi dari Institut Al-Quran Sayyidina Ali (IQSA) Melaka telah mengadakan lawatan ilmiah ke Darul Quran pada 20 Mac 2018.

Lawatan Mahabbah Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan UKM Ke Darul Quran JAKIM

Darul Quran telah menerima kunjungan dari Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Delegasi UKM ini telah disertai oleh empat orang pensyarah dan 10 orang pelajar yang antaranya merupakan graduan Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran.

Perbincangan bersama UiTM Kampus Machang

Sesi perbincangan susulan antara Darul Quran JAKIM dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan bagi cadangan mewujudkan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran.

Majlis Sambutan Pelajar Baharu Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Sesi 2021-2022

Seramai 32 orang pelajar baharu telah selamat mendaftar di dalam Majlis Sambutan Pelajar Baharu Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Sesi 2021-2022 yang diadakan secara dalam talian pada hari ini.

Perbincangan bagi mewujudkan Pensijilan Tahfiz Al-Quran bersama DQ

15 Jun 2021 - Dalam usaha mewujudkan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengadakan perbincangan secara dalam talian bersama dengan Darul Quran.

Mesyuarat JKPA DQ Kali Ke-1/2021

12 April 2021 - Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Akademik (JKPA) Darul Quran telah bersidang di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

Penghantaran pelajar pulang ke kampung di musim PKP

KUALA KUBU BHARU – 30 orang pelajar DQ dari Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah DQ-USIM, Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat, Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM serta Program Sijil Kemahiran Malaysia telah selamat dihantar pulang ke kampung masing-masing. Proses penghantaran ini telah bermula pada 1 sehingga 15 Mei 2020.

DQ Menerima Kunjungan Dari Institut Tahfiz Al-Quran Negara Brunei

Dalam rangka lawatan ke Malaysia, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam telah mengadakan lawatan ilmiah dan mahabbah ke Darul Quran JAKIM pada 2 Oktober 2018.

Enam Orang Pegawai DQ Mengadakan Kunjung Hormat Ke Kedutaan Turki Di Malaysia

Seramai enam orang delegasi dari Darul Quran JAKIM telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat TYT Duta Besar Turki di Malaysia, Dr. Merve Kavakci pada 26 Julai 2018.

Lawatan Akademik Jawatankuasa Huffaz KPTM Ke DQ

Bagi memperkasakan bidang pendidikan tinggi tahfiz, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi dalam rangka untuk membangunkan program yang dinamakan Program Pemerkasaan Huffaz. Program ini bertujuan untuk memberikan ruang kepada pelajar bidang tahfiz bagi menyambung pengajian dalam bidang profesional. Atas maksud dan tujuan tersebut, empat orang delegasi Jawatankuasa Huffaz KPTM telah mengadakan lawatan ke DQ pada 7 Mei 2018 bagi mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan dengan program huffaz profesional memandangkan DQ merupakan sebuah institusi tahfiz yang berpengalaman dalam menjalankan program ini sejak tahun 2000 lagi.

Ihtifal Huffaz Kali Ke-6 & Ekspo Konvokesyen Darul Quran Telah Melabuhkan Tirai

 05 Ogos 2017
Setelah lima hari seluruh kontinjen Maahad-Maahad Tahfiz al-Quran Negeri berkampung di kampus Darul Quran Jakim, Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali Ke-6 Tahun 2017 & Ekspo Konvokesyen Darul Quran Jakim akhirnya telah melabuhkan tirainya pada 5 Ogos 2017. Majlis penutup yang diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran ini telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Insan Jakim, Hajah Zawanah Binti Muhammad

Taklimat akademik Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat

Seperti kelaziman sebelum memulakan kuliah bagi setiap semester, Darul Quran telah mengadakan Taklimat Akademik Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat bagi Semester Satu, Tiga dan Lima yang akan bermula pada 5 Julai 2021.

Warga Darul Quran Terima Suntikan Vaksin Dos Pertama

14 Jun 2021 - Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana sebahagian warga Darul Quran telahpun menerima suntikan vaksin dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin, Dewan Komuniti Serendah pada hari ini.

Sesi Temu Duga Pengambilan Pelajar Baharu Program Sijil Asas Tahfiz

18 Januari 2021 – Seperti yang telah dijadualkan, Darul Quran telah menjalankan sesi temu duga pengambilan pelajar baharu bagi Program Sijil Asas Tahfiz Tahun 2021.

Penutup Kursus Mobile Jurnalis Darul Quran

12 Ogos 2020 - Hari ini telah selesai Kursus Mobile Journalist yang dilaksanakan selama tiga hari dua malam bermula pada 10 Ogos 2020 bertempat di Dewan Muktamar Darul Quran.

QSR Brands taja juadah berbuka pelajar DQ

Pada 5 Mei 2020, QSR Brands telah menaja juadah berbuka puasa Nasi Ayamas serta Pizza Hut untuk setiap seorang pelajar.

Misi Ke Aceh Berjaya

Program Kerjasama Dua Hala Antara Darul Quran JAKIM Bersama Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Aceh

Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Kali Ke-35 Melabuhkan Tirai

Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-35 yang yang berlangsung selama dua hari bermula semalam telah melabuhkan tirainya pada 25 Oktober 2018.

6 Siswa Siswi DQ Sertai Pertandingan Memanah Peringkat Antarabangsa

Seramai enam orang siswa siswi Darul Quran telah menyertai Pertandingan Memanah Peringkat Antarabangsa yang melibatkan pelbagai institusi dari dalam dan luar negara antaranya Thailand, Indonesia dan Singapura.

Istiadat Konvokesyen Darul Quran Kali Ke-26 Dirasmikan Oleh Dato’ Asyraf Wajdi

 05 Ogos 2018
Seramai 615 orang graduan dari semua program pengajian yang ditawarkan di Darul Quran telah bergraduasi dalam sidang yang berlangsung pada 5 Ogos 2017. Majlis yang berlangsung penuh gilang-gemilang itu telah diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran Jakim, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Program ‘walkabout’ bersama Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM

Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM, Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee telah dijadualkan untuk mengadakan ‘walkabout’ secara dalam talian bersama pegawai dan kakitangan Darul Quran pada hari ini.

Mesyuarat Lembaga DQ kali ke-38

Ahli-Ahli Lembaga Darul Quran telah bersidang buat kali ke-38 secara dalam talian hari ini bagi membahaskan lima kertas cadangan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abdul Aziz Jusoh yang merangkap sebagai Pengerusi Lembaga Darul Quran.

Saluran Youtube Jabatan Bahasa DQ diwujud

Sesi penyampaian token penghargaan daripada Pengarah Darul Quran JAKIM, Ustaz Mohamad Kori Jusoh kepada wakil Jabatan Bahasa, Teacher Nur Hallyda Mohd Sham, selaku Penyelaras saluran YouTube Jabatan Bahasa Darul Quran JAKIM, diiringi oleh Ketua Jabatan Bahasa, Syeikh Yaser Mohamed Abdou Mohamad Elatabany atas inisiatif mewujudkan saluran YouTube rasmi Jabatan Bahasa Darul Quran.

Kunjungan Mahabbah Persatuan PERMATA AL-QURAN

Kunjungan Mahabbah Persatuan PERMATA AL-QURAN

Ops Bersih

Sebagai langkah kawalan jangkitan virus Covid-19, pada 19 Mac 2020, DQ telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan secara intensif di beberapa kawasan kampus. Tugasan pembersihan ini telah dijalankan oleh para pekerja daripada syarikat pembersihan DQ. Antara kawasan yang terlibat ialah kawasan-kawasan tumpuan ramai seperti di kawasan pejabat, Pusat Islam, kafeteria serta kolej kediaman pelajar.

DQ anjur kursus pra perkahwinan

Kursus Pra Perkahwinan anjuran bersama Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz (PERKEMAT) Darul Quran dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah dilaksanakan dengan jayanya di Darul Quran pada 1 dan 2 Februari 2020. Kursus ini mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Majlis Menandatangani MoA Program Kerjasama Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah USIM-Jakim

Pada 12 Julai 2018, telah berlangsungnya Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Program Kerjasama antara USIM dan Darul Quran Jakim dalam menjalankan Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah Dengan Kepujian.

Lawatan Pelajar Syukbah Dakwah DQ Ke Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK)

Seramai 35 orang pelajar semester empat Syukbah Dakwah Program Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran telah berjaya mengadakan program Explore The Golden Generation di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) Kuala Lumpur pada 18 Januari 2018.

Perhimpunan pegawai & kakitangan dan amanat Pengarah

Perhimpunan pegawai dan kakitangan serta penyampaian amanat oleh Pengarah Darul Quran telah diadakan dengan jayanya yang diurus setiakan oleh Pejabat Pendaftar.

Kursus pengenalan OBE bagi pensyarah DQ dan LTDQ

8 April 2021 - Darul Quran dengan kerjasama Pusat Pembangunan Akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan Kursus Pengenalan Kepada Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome-Based Education).

Sistem pengurusan Darul Quran JAKIM diiktiraf

Darul Quran telah berjaya memperbaharui pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 & MS 1900:2014 (Syariah Compliance) dari SIRIM yang berkuatkuasa sehingga Tahun 2023. Tempoh pensijilan ini berjaya diperbaharui apabila selesai Audit Pensijilan Semula oleh panel SIRIM yang telah diadakan di Darul Quran pada 16-19 Jun 2020 yang lalu.

Program Pembangunan Sahsiah Huffaz Siri 4/2020 – Norma Baharu Huffaz

14 Ogos 2020 – Sebagaimana sedia maklum pada tahun 2020 ini dunia telah diserang dengan virus Covid-19. Justeru bagi mengekang penularan wabak ini daripada terus mereka, maka Cawangan Hal Ehwal Pelajar telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Pembangunan Sahsiah Huffaz yang diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran. Program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan penjagaan kesihatan dalam norma baharu.

Semakan skrip jawapan peperiksaan pelajar diploma

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dan saranan Kerajaan untuk “bekerja dari rumah”, DQ telah meminda Bengkel Menanda Skrip Jawapan Peperiksaan Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 24-26 Mac 2020 bertempat di ILIM Bangi kepada tugasan individu setiap pensyarah ketika bertugas di rumah. Biarpun secara rasminya pejabat ditutup, namun beberapa tugasan terutama yang melibatkan pelajar selaku pelanggan DQ tetap dilaksanakan dengan jayanya.

DQ Menerima 41 Orang Pelajar Baru Program Ijazah

Majlis Sambutan Pelajar Baru Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah Dengan Kepujian Secara Kerjasama Dengan USIM

Ahli-Ahli Lembaga DQ Bersidang Kali Ke-34

Mesyuarat Lembaga Darul Quran kali ke-34 telah bersidang pada 12 Julai 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 8 Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

Mahasiswa Usim-Dq Menabur Bakti Merentasi Sempadan Antarabangsa Di Bumi Poland

Seramai 21 orang mahasiswa Semester Dua Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian al-Quran & Sunnah USIM-Darul Quran dengan kerjasama Muslim Care dan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah berjaya mengadakan program khidmat masyarakat bersifat antarabangsa iaitu Global Islamic Student Outreach (GISO) di Warsaw Poland pada 24 Ogos 2017 hingga 2 September 2017.

Persidangan Pengetua-Pengetua MTQN Peringkat Kebangsaan kali ke-39

Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN) Peringkat Kebangsaan kali ke-39 yang diadakan secara dalam talian telah dihadiri oleh wakil-wakil dari 10 Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ).

Webinar Kesenian Khat 2021

Dalam usaha menjadikan Darul Quran sebagai institusi yang melahirkan para huffaz yang turut mempunyai kemahiran dalam bidang seni khat, Darul Quran telah menganjurkan Webinar Kesenian Khat 2021.

CIMB beri sumbangan Program Ihya' Ramadan Pusat Islam DQ

Sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat, CIMB Bank telah memberikan sumbangan bagi menjayakan Program Ihya’ Ramadan Pusat Islam Darul Quran bagi tahun 2021.

Kunjungan STIU Pamekasan Indonesia ke DQ

Sebagai sebuah institusi tahfiz yang tersohor dalam Negara, Darul Quran sering dikunjungi oleh para tetamu sama ada dari dalam dan luar negara. Pada 20 Februari 2020, DQ telah menerima kunjungan daripada dua orang wakil Sekolah Tinggi Ilmu Ushuluddin (STIU) Al-Mujtama’ Pamekasan Indonesia iaitu Dr. Akhmad Rofi’i Damyati dan Ustaz Saari Saat Yusuf.

Kunjungan hormat ke MITS Sabak Bernam

Pada 29 Ogos 2019, Darul Quran telah mengadakan kunjungan hormat ke Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) Sabak Bernam bagi mendapatkan maklumat berkenaan pelaksanaan program Tahfiz Turath yang dijalankan oleh sekolah tersebut.

119 Calon Duduki Ujian STM 2018 Siri 2

Seramai 119 orang calon Sijil Tahfiz Malaysia (STM) daripada 174 permohonan bagi tahun 2018 telah hadir untuk mengambil ujian tersebut bagi sesi kedua tahun ini. Sesi kedua ini diadakan berikutan banyak permintaan daripada masyarakat biarpun perancangan untuk mengadakan ujian STM ini hanya setahun sekali. Ujian STM Siri 2 ini telah diadakan pada 17 Oktober 2018 dan diadakan secara berpusat di kampus Darul Quran Kuala Kubu Bharu.

Pegawai DQ Mengadakan Kunjung Hormat Ke Kedutaan Morocco

Seramai enam orang pegawai Darul Quran diketuai Timbalan Pengarah Akademik, Haji Salahuddin bin Haji Ghozali telah mengadakan kunjung hormat ke Kedutaan Besar Morrocco di Malaysia pada 2 Oktober 2018.

Pelajar-Pelajar DQ & MTQN Sertai Bakti Huffaz Kebangsaan Kali Ke–2/2017

Darul Quran Jakim dengan kerjasama Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) dan Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz (PERKEMAT DQ) telah menganjurkan program Bakti Huffaz bertempat di Pulau Dayang Bunting, Langkawi bermula pada 24 hingga 28 Oktober 2017.

Program Tafaqquh Kitab Turath Bersijil Tahun 2021 melabuhkan tirai

Seramai 50 orang peserta terdiri daripada pegawai dan pelajar Darul Quran telah menamatkan pengajian Daurah Matan Ummu al-Barahin hari ini.

Keputusan Peperiksaan Semester Enam Program Diploma DQ JAKIM Tahun 2021

Seramai 219 orang pelajar Darul Quran JAKIM telah menduduki Peperiksaan Semester Akhir Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat. yang telah dilaksanakan bermula pada 22 Mac sehingga 29 Mac 2021.

Mesyuarat Penyelarasan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM–IPT

16 April 2021 - Darul Quran telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-IPT Bil. 1/2021 di UNITEN Bangi.

Perhimpunan Pegawai Dan Kakitangan DQ

Perhimpunan Pegawai & Kakitangan Dan Penyampaian Amanat Pengarah Darul Quran Siri 1/2021

Kunjungan Pegawai Yayasan Taqwa ke Darul Quran JAKIM

Kuala Kubu Baharu: Darul Quran JAKIM telah menerima kunjungan tiga orang pegawai Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 20 Februari 2020. Kunjungan ini diadakan adalah sempena pelantikan Pengarah Darul Qur'an yang baru iaitu ustaz Mohamad Kori bin Jusoh. Dalam kunjungan ini juga turut dibincangkan ruang-ruang kerjasama antara Yayasan Taqwa dan Darul Quran JAKIM.

Majlis Khatam Tadarus Dan Iftar Jamaie DQ 1439-2018

Darul Quran Jakim telah mengadakan Majlis Khatam Tadarus Dan Iftar Jamaie 1439/2018 di Pusat Islam pada 6 Jun 2018. Seramai kira-kira 1,000 orang yang hadir ke majlis ini terdiri daripada dif-dif jemputan, kakitangan Darul Quran serta keluarga serta pelajar-pelajar Darul Quran.

Bengkel Penyelarasan Akademik Antara DQ Dengan IPTA

Pada 30 Januari 2018, Darul Quran Jakim telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Akademik dengan wakil-wakil enam Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Bengkel ini telah diadakan di Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT), Bukit Tinggi.

Kunjungan Kedua KPM Ke Darul Quran Jakim

 20 Julai 2018
Darul Quran telah menerima kunjungan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 20 Julai 2017. Lawatan ini merupakan kunjungan kedua dari pihak KPM kerana pada 30 Mac yang lalu, Darul Quran juga telah menerima kunjungan dari Lembaga Peperiksaan KPM yang diketuai oleh En. Izehari Bin Basar yang menjalankan tugas Timbalan Pengarah (Pengurusan) bersama enam orang pegawai Lembaga Peperiksaan KPM.

Bicara Kekeluargaan Islam: Menelusuri Sirah Perkahwinan Rasulullah

Bagi memperolehi sebahagian daripada markah penilaian berterusan kursus Kekeluargaan Islam, pelajar Syukbah Syariah Semester Empat Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran telah menganjurkan Program Bicara Kekeluargaan Islam yang bertajuk “Menelusuri Sirah Perkahwinan Rasulullah S.A.W.” Program ini telah diadakan pada 14 Februari 2020 bertempat di Auditorium Darul Quran. Ceramah bicara ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Luqman Hakim bin Othman atau lebih dikenali sebagai Da’i Hakim. Beliau merupakan juara rancangan Da’i Pendakwah Nusantara Musim Ke-5 serta merupakan alumni DQ.

Perhimpunan Pegawai & Kakitangan DQ bersama Pengarah

Pada 1 Jun 2018, telah diadakan suatu perhimpunan pegawai dan kakitangan Darul Quran bersama Pengarah, Dr. Haji Nordin bin Ahmad. Perhimpunan yang diadakan pada jam 10:30 pagi ini telah diadakan di Auditorium Sheikh Mohd Noor.

Bengkel Pencerapan peserta Kursus Pensijilan PdP Siri-5 pensyarah DQ & LTDQ

Sebagai salah satu prasyarat kelulusan Kursus Pensijilan Pembelajaran Dan Pengajaran (PdP) Siri-5, para peserta kursus yang terdiri daripada pensyarah Darul Quran serta Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) telah dicerap oleh 10 orang pensyarah pakar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Majlis Menandatangani MoU Antara DQ Jakim Dengan UNITEN

Bagi kelestarian Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-UNITEN yang sedia terjalin sejak tahun 2012, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Darul Quran Jakim pada 31 Mei 2018.

Majlis perasmian Kursus Rawatan Islam Darussyifa’-DQ

Pada 13 Februari 2020 telah berlangsungnya Majlis Perasmian Kursus Rawatan Islam Darussyifa’-Darul Quran yang disempurnakan oleh Pengarah, Ustaz Mohamad Kori Jusoh mewakili Ketua Pengarah JAKIM. Kursus Rawatan Islam ini diadakan dengan kerjasama dari Persatuan Perubatan, Pengubatan & Kebajikan Islam Malaysia Darussyifa’.

Wacana ilmiah jurnal DQ

Pada 11 Februari 2020, buat julung kalinya Darul Quran mengadakan program Wacana Ilmiah Jurnal Darul Quran bagi siri yang pertama tahun 2020. Program ini merupakan platform khusus yang dilaksanakan bagi berkongsi hasil penemuan penyelidikan yang dimuatkan dalam Jurnal Darul Quran Bilangan 23 tahun 2019 kepada khalayak khususnya kepada para pelajar serta warga Darul Quran.

237 pelajar terima Sijil Khatam Hafazan Darul Quran

Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran JAKIM Tahun 2020/1441

Majlis Sambutan Pelajar Baru Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran Jakim Sesi Pengajian 2018/2021

Seramai 250 orang pelajar baru telah diraikan dalam Majlis Sambutan Pelajar Baru Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran Jakim Sesi Pengajian 2018/2021 yang diadakan pada 30 April 2018 bertempat di Dewan Muktamar Darul Quran. Majlis ini telah dirasmikan oleh Hajah Zawanah binti Muhammad, Pengarah Bahagian Pembangunan Insan Jakim yang mewakili Ketua Pengarah Jakim.

Kunjung hormat ke pejabat Pegawai Daerah Hulu Selangor

Berikutan lantikan Pengarah DQ yang baharu, Ustaz Mohamad Kori Jusoh bersama Timbalan Pengarah Akademik, Haji Salahuddin Haji Ghozali dan Pendaftar, Encik Azizuddin Mohd Hashim telah mengambil kesempatan untuk berkunjung ke pejabat Pegawai Tanah Daerah Hulu Selangor, Tuan Haji Musa Ranli pada 24 Januari 2020.

Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Pensijilan Tahfiz Tahun 2018/1439

Seramai 154 orang pelajar dari tiga program pengajian telah diraikan dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Pensijilan Tahfiz bagi Tahun 2018/1439. Tiga program pengajian tersebut ialah Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-IIUM, Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-UNITEN dan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-CUCMS.

Transkem pelajar Sijil Asas Tahfiz 2020

Seramai tujuh orang pelajar Program Sijil Asas Tahfiz (SAT) Tahun 2020 telah berjaya mengikuti program Transformasi Kecemerlangan Minda (TRANSKEM) bermula pada 14 hingga 15 Januari 2020, sejurus selepas Majlis Sambutan Pelajar Baharu.

290 Huffaz Duduki Ujian STM 2018

Darul Quran telah selesai mengadakan ujian Sijil Tahfiz Malaysia (STM) bagi tahun 2018 pada 17 dan 18 April 2018. Ujian yang diadakan di satu pusat peperiksaan sahaja iaitu di kampus Darul Quran Jakim, Kuala Kubu Bharu.

Orang Asli, OKU buta dan pribumi Sabah Sarawak jadi pelajar DQ

Seramai tujuh daripada 32 permohonan calon pelajar Program Sijil Asas Tahfiz telah berjaya terpilih untuk mengikuti program ini bagi tahun 2020. Tujuh orang pelajar ini telah diraikan dalam Majlis Sambutan Pelajar Baharu yang diadakan pada 14 Januari 2020. Majlis yang diadakan di Auditorium Syeikh Mohd Noor Darul Quran ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah, Ustaz Mohamad Kori Jusoh.

Kunjungan Mahabbah Markaz Tahfiz OKUMP Terengganu Ke DQ

Seramai enam orang delegasi dari Markaz Tahfiz Orang Kelainan Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP) Terengganu telah mengadakan kunjungan mahabbah ke DQ pada 9 April 2018.

PERHIMPUNAN BULANAN KAKITANGAN DQ & SESI TAARUF PENGARAH BAHARU

Sebagai pencetus semangat bekerja bagi tahun 2020, DQ telah mengadakan perhimpunan bulanan yang melibatkan semua pegawai dan kakitangan DQ. Perhimpunan yang diadakan pada 10 Januari 2020 ini diadakan bersekali dengan sesi taaruf Pengarah DQ yang baharu, Ustaz Mohamad Kori Jusoh memandangkan beliau baru sahaja bertugas di DQ pada hari yang kelima.

USTAZ MOHAMAD KORI JUSOH DILANTIK SEBAGAI PENGARAH DQ YANG BAHARU

Taklimat Aktiviti DQ Kepada Pengarah Baharu

MoU Antara DQ Jakim Dengan UiTM Ditandatangani Dalam Konvensyen Pendidikan Tahfiz Kebangsaan 2018

Sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Darul Quran Jakim dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah meriah pada 27 Mac 2018.

Buku Perkembangan Pendidikan Tahfiz Dan Kamus Braille Arab-Melayu Dilancar

Bersempena dengan Majlis Perasmian Konvensyen Pendidikan Tahfiz Kebangsaan Tahun 2018 pada 27 Mac 2018, DQ telah mengambil inisiatif untuk melancarkan buku Perkembangan Pendidikan Tahfiz Darul Quran Perintis Dinamik. Turut dilancarkan dalam majlis ini ialah Kamus Braille Arab-Melayu hasil kerjasama antara DQ Jakim dengan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP).

Majlis Penyerahan Perantis SKM Bidang Pengurusan Masjid Tahap 3 Kepada Masjid JAIS

Pada 2 Disember 2019, Darul Quran telah mengadakan Majlis Penyerahan Perantis Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Bidang Pengurusan Masjid Tahap 3 kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Majlis ini telah dihadiri oleh wakil Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIS, Ustaz Mohd Khair Zainal dan pengurus–pengurus masjid yang terlibat.

Buku Kaedah Hafazan Al-Quran Model Malaysia selesai dilancar

Buku Kaedah Hafazan Al-Quran Model Malaysia terbitan Darul Quran selesai dilancar dalam Majlis Perasmian Konvensyen Huffaz Peringkat Kebangsaan JAKIM-UNITEN pada 6 November 2019 bertempat di Dewan Seri Sarjana Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Majlis Perasmian Kelas Tahsin Bacaan Al-Quran Pusat Islam Darul Quran Tahun 2018

Pengarah Darul Quran, Dr. Haji Nordin bin Ahmad, dalam suatu majlis yang diadakan pada 25 Mac 2018 telah merasmikan kelas tahsin bagi tahun ini.

Konvensyen Huffaz Peringkat Kebangsaan JAKIM-UNITEN 2019

Dengan bertemakan ”Melonjak Paradigma Huffaz Profesional”, Konvensyen Huffaz Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 anjuran JAKIM dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) telah berjaya diadakan pada 6 November 2019.

Majlis Penyerahan Buku Perkhidmatan Pegawai & Kakitangan DQ

Pada 14 Mac 2018, pegawai-pegawai dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Jakim (BPSM) telah datang ke Darul Quran, Kuala Kubu Bharu bagi sesi penyerahan Buku Perkhidmatan Pegawai Dan Kakitangan yang bertugas di DQ.

Ceramah Memelihara Kesucian Aqidah Islam Oleh Ibu Irena Handono

Bahagian Dakwah Jakim dengan kerjasama Darul Quran telah menganjurkan ceramah yang bertajuk “Memelihara Kesucian Islam” pada 14 Mac 2018. Ceramah yang diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran ini telah disampaikan oleh Ibu Irena Handono yang merupakan bekas biarawati dari Indonesia.

Bakti Huffaz Antarabangsa 2019

Bersempena dengan cuti semester pelajar Diploma, Darul Quran telah mengadakan program Bakti Huffaz Antarabangsa pada 16 hingga 20 Oktober 2019.

Pengetua DQ-MTQN Selesai Bersidang Bagi Kali Ke-34

Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Peringkat Kebangsaan Kali Ke-34

27 Pensyarah DQ-MTQN Menerima Sijil Kursus PdP

Majlis Perasmian Kursus Pensijilan Pembelajaran Dan Pengajaran (PdP) Siri-5 Dan Majlis Penyerahan Sijil Kursus Pensijilan PdP Siri-4

Hubungan DQ-IQDAR Terus Diperkukuh

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Darul Quran Jakim dengan Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR)

74 calon hadiri ujian STM 2019

Seramai 74 orang calon dari pelbagai institusi tahfiz telah menghadiri ujian Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang dijalankan oleh Darul Quran pada 15 Oktober 2019.

Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran Tahun 2018/1439

Seramai 233 orang pelajar semester enam Program Diploma Tahfiz Al-Quran telah diraikan dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran bagi Tahun 2018/1439. Majlis yang diadakan pada 3 Februari 2018 ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha.

Semarak Kemerdekaan & #QuranHour peringkat DQ

Biarpun setiap hari pelajar Darul Quran perlu mengikuti kelas tasmi’ al-Quran dua jam sehari, atas semangat kekitaan bersama umat Islam Malaysia yang lain, DQ turut mengadakan program #QuranHour yang diadakan di tepi Tasik Huffaz DQ. Program yang diadakan pada 30 Ogos 2019 ini sebenarnya merupakan acara pembukaan bagi acara Semarak Kemerdekaan yang disempurnakan oleh Pengarah DQ, Dr. Haji Nordin Ahmad.

“Saudara Baru” Dan Orang Asli Bakal Penghafaz Al-Quran Di DQ

Majlis Sambutan Pelajar Baru Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-IIUM Sesi 2018/2019 Dan Sijil Asas Tahfiz Al-Quran Sesi 2018

“Uhibbuki Fillah” di Raudhatulsakinah

Pada 20 Ogos 2019, Darul Quran telah mengadakan program “Uhibbuki Fillah” di Raudhatulsakinah secara kerjasama dengan Masjid Wilayah. Program ini merupakan program menyantuni pelatih-pelatih yang sedang dalam proses bimbingan.

Jalinan mahabbah di Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah

Pada 3-4 Ogos 2019, Darul Quran telah mengadakan program Jalinan Mahabbah di Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah (PPKKS) secara kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Hulu Selangor. Program ini merupakan program menyantuni kanak-kanak dan remaja yang tinggal di situ untuk mempelajari bidang kemahiran.

Pelajar DQ santuni anak-anak yatim Asrama Damai Kuang

Pada 3 dan 4 Ogos 2019, pelajar-pelajar Semester 5 Syukbah Syariah Darul Quran telah mengadakan program Jalinan Kasih Asrama Damai Kuang secara kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan IKRAM Hulu Selangor.

Ahli-Ahli Lembaga Darul Quran Bersidang Kali Ke-32

 19 Julai 2018
Mesyuarat Lembaga Darul Quran kali ke-32 telah bersidang pada 19 Julai 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 8 Blok A, Kompleks Islam Putrajaya. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Dato’ Haji Othman Bin Mustapha.

DQ terima pengiktirafan Malaysia Book of Records

Tanggal 23 Julai 2019 menjadi detik bersejarah kepada Darul Quran JAKIM apabila menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori “Largest Al-Hafiz Quranic Writing Session” yang membabitkan seramai 731 orang peserta. Sesi penulisan al-Quran ini telah diadakan bersempena dengan Majlis Perasmian Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan dan Ekspo Darul Quran 2019.

Ihtifal Huffaz & Ekspo DQ dirasmi

Tanggal 23 Julai 2019 menjadi tarikh penting apabila Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali Ke-7 dan Ekspo Darul Quran JAKIM telah dirasmikan pembukaannya oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hajah Fuziah Salleh di Dewan Muktamar Darul Quran. Ihtifal Huffaz dan Ekspo DQ ini telah mula berlangsung semalam; 22 Julai 2019 dan akan berakhir pada 27 Julai 2019.

MSU jadi IPT keenam menandatangani MoU dengan DQ

Management and Science University (MSU) menjadi institut pengajian tinggi keenam yang menandatangani memorandum persefahaman dengan Darul Quran JAKIM dalam menjalankan Program Pensijilan Tahfiz (program tahfiz profesional). Majlis menandatagani MoU yang telah diadakan pada 16 Julai 2019 ini telah dihadiri oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim bagi mewakili JAKIM dan Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dato' Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid.

Majlis Penyerahan Sijil Kursus Pensijilan Pembelajaran & Pengajaran (PdP) Pensyarah

Sebagai menghargai komitmen 29 orang pensyarah DQ serta MTQN yang telah menyertai Kursus Pensijilan Pembelajaran & Pengajaran (PdP) Pensyarah pada 9 hingga 21 Oktober 2017, UPSI dengan kerjasama DQ telah mengadakan Majlis Penyerahan Sijil kursus pada 29 Oktober 2018 bertempat di Dewan Banquet, Bangunan e-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI.

Seminar celik hadith kontemporari 2019

4 Julai 2019 Era perkembangan dunia teknologi komunikasi sekarang ini, masyarakat terdedah dengan ledakan maklumat daripada pelbagai cabang perantara. Sumber berita dan kesahihan mengenai tulisan yang disebarkan adakalanya sangat meragukan. Tidak terkecuali tulisan-tulisan yang tular mengandungi hadith-hadith Nabi Sallahu 'Alaihi Wasallam. Sebahagian besar yang dirujuk, ia adalah hadith palsu yang disertakan sebagai dalil.

Bengkel penyediaan surat rasmi kerajaan

27 Jun 2019 - Pentadbiran pejabat kerajaan sering diuruskan melalui rekod bertulis dan surat-menyurat sebagai satu aspek komunikasi dua hala dalam setiap perkhidmatan yang dilaksanakan. Urusan ini tidak dapat digantikan dengan bentuk komunikasi terkini seperti khidmat pesanan ringkas (sms) atau emel.

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 Darul Quran JAKIM

25 Jun 2019, Dewan Muktamar Darul Quran menjadi pilihan laman bagi sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri. Majlis Raya ini meraikan semua warga Darul Quran termasuk para pelajar. Sopan berbaju raya, redup mata memandang.

Pelajar baharu DQ dirai

Majlis Sambutan Pelajar Baharu Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Sesi 2019/2020 & Program Sijil Kemahiran Malaysia Bidang Pengurusan Masjid Sesi Jun 2019

Majlis Khatam Tadarus Dan Iftar Perdana 2019

Darul Quran JAKIM telah mengadakan Majlis Khatam Tadarus Dan Iftar Perdana Tahun 2019 di Pusat Islam pada 30 Mei 2019. Seramai kira-kira 1,000 orang yang hadir ke majlis ini terdiri daripada dif-dif jemputan, kakitangan Darul Quran serta keluarga serta pelajar-pelajar Darul Quran.

223 bakal huffaz DQ mendaftar pagi tadi

Majlis Sambutan Pelajar Baharu Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran JAKIM Sesi 2019/2022

13 institusi tahfiz bersidang, 18 kertas dibahas, 10 resolusi dicapai

Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Peringkat Kebangsaan Kali Ke-36

135 huffaz profesional dirai dalam Majlis Khatam Hafazan

Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Pensijilan Tahfiz Tahun 2019/1440

938 calon hadiri temuduga DQ

Temuduga Pengambilan Pelajar Baharu Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran JAKIM Sesi 2019/2022

Perhimpunan pegawai dan kakitangan DQ bersama Pengarah

Pada 18 Mac 2019, telah diadakan suatu perhimpunan pegawai dan kakitangan Darul Quran bersama Pengarah, Dr. Haji Nordin Ahmad. Perhimpunan yang diadakan pada jam 9:30 pagi ini telah diadakan di Auditorium Sheikh Mohd Noor.

Majlis khatam hafazan al-Quran pelajar Program Diploma Tahfiz al-Quran & al-Qiraat Tahun 2019/1440

Seramai 243 orang pelajar semester enam Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat daripada kesemua syukbah pengajian telah diraikan dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Tahun 2019/1440. Majlis yang diadakan di Dewan Muktamar pada 9 Februari 2019 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM, Dato’ Paimuzi Yahya yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM.

Hari huffaz selangkah ke menara gading 2019

Buat julung-julung kalinya, Unit Alumni & Dewan Huffaz Cawangan Hal Ehwal Pelajar Darul Quran telah menganjurkan program Hari Huffaz Selangkah Ke Menara Gading 2019. Program yang diadakan pada 31 Januari 2019 ini telah menghimpunkan 11 institut pengajian tinggi awam dan swasta dari seluruh Malaysia. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi peluang dan pendedahan kepada semua pelajar DQ serta Maahad-Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri (MTQN) khususnya pelajar Semester Akhir Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat bagi menyambung pengajian mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Program Smart Solat Oleh Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK

Pada 27-28 Julai 2018, pelajar kumpulan A Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Semester 5 Syukbah Qiraat Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menganjurkan Program Smart Solat di Masjid Mukim Panji, Kota Bharu Kelantan.

Ahli Lembaga DQ bersidang bagi kali ke-35

Mesyuarat Lembaga Darul Quran kali ke-35 telah bersidang pada 10 Januari 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 8 Blok A, Kompleks Islam Putrajaya. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim yang merangkap sebagai Pengerusi Lembaga Darul Quran.

DQ Menerima Tetamu dari Tamil Nadu India di Hari Terakhir Tahun 2018

Kunjungan Hormat Madrasa Al-Baqiyathus Salihath Vellore, Tamil Nadu India ke Darul Quran JAKIM

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA JAKIM DENGAN IIUM DAN UTEM

Bagi kelangsungan pemerkasaan program menghuffazkan golongan profesional, Darul Quran telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Dengan International Islamic University Malaysia (IIUM) Dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Majlis ini telah diadakan pada 23 Mei 2017 bertempat di Dewan Aras 2, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya (KIP).

Perancangan Kerja Tahunan 2019 DQ Berjaya Dirangka

Pada 26 hingga 28 Disember 2018, Unit Penyelidikan & Inovasi telah mengurus setiakan Bengkel Perancangan Kerja Tahunan 2019 Darul Quran JAKIM. Bengkel yang diadakan selama tiga hari ini telah diadakan di The Orient Star Resort, Lumut Perak.

Majlis Perasmian Kursus Pensijilan P&P Pensyarah Darul Quran

“Kerajaan mengharapkan melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) yang diperkenalkan, huffaz yang bakal dilahirkan kelak mampu menggabungkan komponen ilmu hafazan al-Quran dengan ilmu-ilmu yang lain, yang mengintegrasikan antara ilmu aqli dan naqli. Matlamatnya, agar wujud pengintegrasian antara komponen fikir-zikir, di samping wujudnya keseimbangan antara teks dan konteks atau hafalan dan kefahaman agama ke arah merealisasikan kesejahteraan duniawi serta ukhrawi.”

PERKEMAT DQ Terima 15 Unit Kayak Sumbangan MRSM KKB

Bagaikan aur dan tebing. Begitulah diibaratkan hubungan antara DQ dan Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kubu Bharu. MRSM yang diwakili oleh Encik Mohd Nor Jantan telah menyerahkan sebanyak 15 unit kayak milik MRSM Kuala Kubu Bharu yang dilupuskan secara hadiah kepada Yang Di Pertua Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) Saudara Muhammad Amirul Syafiq Muhamad Fadil.

DQ Menganjurkan Konvensyen Falak 2018

Konvensyen Falak Darul Quran 2018 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 23 November 2018. Konvensyen yang julung-julung kalinya diadakan ini bertemakan "Meneroka Cakerawala Menghayati Sunnatullah” bertujuan memantapkan pemahaman serta kesedaran tentang kepentingan ilmu astronomi yang berpaksikan kepada al-Quran dan al-Sunnah.

Sahabat YADIM DQ Menerima Anugerah Dalam Konvensyen Kebangsaan Sahabat YADIM 2017

Sahabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Darul Quran buat pertama kalinya telah menyertai Konvensyen Kebangsaan Sahabat Yadim 2017 yang diadakan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Kerjasama KPM-DQ Termeterai

Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Penganugerahan Sijil Tahfiz KPM Antara KPM Dengan JAKIM

DQ Dipertanggungjawabkan Sebagai Ketua Jawatankuasa Tindakan Bagi Teras 5 DPTN

Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) merupakan satu agenda kerajaan dalam memartabatkan bidang pendidikan tahfiz al-Quran di Malaysia. Pada 20 Mac 2016, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, ketika perasmian Majlis Himpunan 20,000 Huffaz dan perasmian Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA Kebangsaan) telah mengumumkan bahawa kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang merangka Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) bagi memperkasakan institusi pendidikan tahfiz al-Quran di negara ini dan YAB Perdana Menteri sendiri akan memberi perhatian secara peribadi kepada pembentukan dan pelaksanaan DPTN ini.

Sesi perbincangan bersama Al Qasimia University, UAE

Pada jam 5.30 petang hari ini, kira-kira jam 1.30 petang waktu negara Emiriah Arab Bersatu (UAE), telah diadakan perbincangan antara pihak Al Qasimia University (AQU) bersama Darul Quran.

Utusan Malaysia Bekerjasama Dengan DQ Menganjurkan Kem Remaja Tutor Generasi Al-Quran 2017

Unit Pendidikan Utusan Malaysia dengan kerjasama Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) buat julung kalinya telah menganjurkan Kem Remaja Tutor Generasi Al-Quran di Kuala Kubu Bharu, Selangor dari 20 hingga 23 Disember.

Majlis Penyerahan Sijil Kursus Pensijilan Pembelajaran Dan Pengajaran Pensyarah Darul Quran

Seramai 18 orang pensyarah Darul Quran Jakim dan Maahad-Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN) telah dianugerahkan sijil Kursus Pensijilan Pembelajaran Dan Pengajaran Pensyarah Darul Quran yang telah dianjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Majlis ini telah diadakan pada 18 Ogos 2017 bertempat di Dewan Sri Tanjung, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.

Lima Orang Pelajar DQ Dinobat Sebagai Penerima Anugerah Syahadah Ithbat Hafazan Al-Quran

Seramai lima orang pelajar daripada Program Tahfiz Profesional atau Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM bakal dianugerahkan dengan Syahadah Ithbat Hafazan Al-Quran Darul Quran JAKIM bagi tahun 2018. Penganugerahan ini akan disampaikan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dalam Majlis Perhimpunan Bulanan JAKIM bagi Bulan Oktober Tahun 2018 pada 26 Oktober 2018.

Dato’ Asyraf Wajdi Merasmikan Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan 2017 Dan Ekspo Konvokesyen Darul Quran

Buat julung-julung kalinya, Darul Quran Jakim telah menganjurkan Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan yang diadakan serentak bersama ekspo sempena Istiadat Konvokesyen Darul Quran Jakim Kali Ke-26. Program ini telah diadakan selama lima hari bermula dari 1 hingga 5 Ogos 2017 bertempat di kompleks Darul Quran Jakim, Kuala Kubu Bharu dan tempat-tempat sukan sekitar Kuala Kubu Bharu.

Pendaftaran Pelajar Transisi MTQN Perlis Ke DQ

Seramai 19 orang pelajar transisi Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri (MTQN) Perlis telah sampai ke Darul Quran Jakim dengan menaiki bas Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) sekitar jam 5:30 petang pada 9 Januari 2018.

Apa Kata Anda?

Apakah pandangan anda tentang laman web rasmi Darul Quran yang baru?
   

Pautan Berkaitan

JAKIM


                                                        Majlis Daerah Hulu Selangor        Pejabat Agama Islam Hulu Selangor      Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor