INTERPRETASI LOGO DARUL QURAN
- Bentuk kitab terbuka di atas simbolik kepada al-Quran dan hadis yang merupakan dua bidang teras di samping rujukan utama dalam pembinaan dan pengembangan ilmu bagi melahirkan generasi rabbani.
- Bentuk rehal yang sinonim dengan masyarakat Islam sebagai alas al-Quran simbolik kepada teguhnya pegangan al-Quran yang menjadi prinsip kepada umat Islam.
- Bentuk kubah yang melambangkan syiar Islam yang merupakan panji kepada Umat Islam yang dibawa oleh Darul Quran Jakim dan kerajaan Malaysia.
- Empat tiang yang membentuk kubah melambangkan teras pegangan masyarakat di Malaysia yang berpegang kepada sumber al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas.
- Perkataan Darul Quran yang menggunakan khat kufi murabba’ ini diinterpretasikan sebagai Darul Quran merupakan nama yang tidak asing dengan peranannya sebagai sebuah institusi pendidikan tahfiz terulung di negara Malaysia.
- Perkataan “Qara’a” di tengah sebagai teras dalam menuntut ilmu yang melambangkan kesungguhan para pelajar Darul Quran dalam menuntut ilmu.
- Perkataan “Laam” yang berbentuk kubah merujuk kepada peranan Darul Quran memayungi pengajian tahfiz di Malaysia.
- Perkataan Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam tulisan rumi bertujuan untuk memudahkan memahami perkataan Darul Quran yang merupakan salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
- Warna maroon yang merupakan warna korporat Darul Quran melambangkan semangat yang mapan, kesediaan dan keupayaan Darul Quran sebagai institusi tahfiz al-Quran terulung di Malaysia.
- Warna emas diinterpretasi sebagai peranan Darul Quran melahirkan penghafaz al-Quran yang paling bernilai sebagai aset penting negara.
- Warna biru melambangkan warga Darul Quran yang berketerampilan, berdedikasi dan berhikmah dalam membangunkan modal insan yang berkualiti tinggi.
