Sijil Tahfiz Malaysia (STM) adalah sistem perujian bagi mengiktiraf penghafaz al-Quran yang telah menghafaz 30 juzuk al-Quran. Sijil ini mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan sehingga kini, seramai 2723 orang calon daripada seluruh Malaysia telah menduduki peperiksaan STM. Selaras dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN), pada tahun 2024 STM dijenamakan semula kepada Sijil Tahfiz Malaysia 2.0 dengan menambah baik beberapa aspek penilaian untuk memperkasakan pendidikan tahfiz di Malaysia.
1. Memberi perakuan dan pengiktirafan kepada golongan penghafaz al-Quran.
2. Memberi galakan kepada masyarakat Islam di Malaysia untuk menghafaz al-Quran.
3. Memberi peluang kepada golongan yang tidak mendapat pendidikan formal untuk mendapatkan sijil khas tahfiz.
1. Pengiktirafan rasmi oleh Kerajaan sebagai al-Hafiz.
2. Layak memohon Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bagi tujuan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
3. Mendapat pengiktirafan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memohon jawatan Guru Tahfiz KPM.
1. Warganegara Malaysia yang berumur 17 tahun dan ke atas.
2. Telah menghafaz al-Quran 30 juzuk.
3. Mengemukakan sijil tamat hafazan atau surat pengesahan
4. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM150.00 melalui kiriman wang.
5. Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) melalui portal rasmi Darul Quran JAKIM.
Komponen Penilaian dan Pemarkahan adalah seperti berikut:
i. Hifz Al-Quran Syafawi (30 juzuk) : 100%
ii. Hifz Al-Quran Tahriri (30 Juzuk) : 100%
iii. Pengetahuan Agama Islam :
a. Aqidah: 25%
b. Fiqh Ibadah: 25%
c. Tajwid: 20%
d. Ulum Al-Quran: 15%
e. Ulum Al-Hadith: 15%
* Calon yang layak menduduki peperiksaan boleh mengakses Nota Pengetahuan Agama Islam sebulan sebelum tarikh peperiksaan.
Calon perlu menjalani tiga kategori ujian penilaian iaitu:
i. Ujian Hifz Al-Quran Syafawi;
ii. Ujian Hifz Al-Quran Tahriri; dan
iii. Ujian Pengetahuan Agama Islam.
* Tiga (3) sesi ujian ini dilaksanakan dalam tempoh satu hari. Calon yang ingin menduduki ujian perlu hadir pada tarikh yang telah dijadualkan.
Calon perlu mendapat markah lulus bagi ketiga-tiga komponen penilaian. Sekiranya gagal salah satu komponen, dikira gagal keseluruhan. Bagi Ujian Hifz Al-Quran Syafawi dan Tahriri, calon perlu mencapai markah 55% dan ke atas. Manakala bagi Ujian Pengetahuan Agama Islam, calon perlu mencapai markah 40% dan ke atas. Keputusan akan diumumkan melalui Portal Rasmi Darul Quran JAKIM. Peratusan markah ujian mengikut pangkat adalah seperti berikut:
i. Mumtaz: 90-100%
ii. Jayyid Jiddan: 80-89%
iii. Jayyid: 70-79%
iv. Maqbul: 55-69%
v. Rasib: 0-54%
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menganugerahkan Sijil Tahfiz Malaysia kepada calon yang telah lulus semua kategori ujian penilaian yang telah ditetapkan.