Soalan Lazim
Am
Darul Quran terletak di Daerah Hulu Selangor, 64 km dari Kuala Lumpur menghala ke utara. Secara tepatnya Darul Quran terletak di Jalan Hamzah, Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan.
Kemasukan
Pengambilan pelajar bagi Program Diploma kebiasaannya dibuat pada Mei manakala pelajar Program Persijilan akan dibuat pada bulan Disember setiap tahun
Syarat-syarat untuk memasuki Program Diploma dan Persijilan yang ditawarkan di Darul Quran adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia yang belum berkahwin lulus serta ;
- Berumur kurang 21 tahun dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia dengan kepujian pada mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Arab Tinggi/Bahasa Arab komunikasi
- Pendidikan Quran Sunnah/Pendidikan Syariah Islamiah/ Pendidikan Islam Dan
- Lulus bahasa Inggeris
Hal Ehwal Akademik
Darul Quran menawarkan 3 program Diploma dan 3 program Persijilan. Iaitu:
- Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat
- Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Dakwah
- Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Syariah
- Sijil Tahfiz Al-Quran dengan kerjasama UIAM
- Sijil Tinggi Taranum Al-Quran (STTQ)
- Sijil Tahfiz Al-Quran (6 Juzu’) untuk Orang Kurang Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP)
Bagi program Diploma, tempoh pengajian adalah 3 tahun (6 semester) manakala bagi program Persijilan tahfiz dengan kerjasama dengan UIAM adalah 1 tahun 6 bulan (3 Semester). Bagi program Sijil Tinggi taranum (STTQ) pula adalah 2 bulan dan Sijil Tahfiz untuk Orang Kurang Upaya masalah Penglihatan (OKUMP) adalah 6 bulan.
Ya, Diploma Darul Quran diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dengan Gred S27 dengan permulaan gaji P1T5.
Terdapat beberapa Institusi didalam dan luar negara yang mengiktiraf Darul Quran antaranya :
Universiti dalam negeri
- Universiti Malaya. (UM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia. (UKM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. (UIAM)
- Universiti Sains Islam Malaysia. (USIM)
- Universiti Putra Malaysia. (UPM)
- Universiti Darul Iman Malaysia. (UDM)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris. (UPSI)
- Universiti Utara Malaysia. (UUM)
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. (KUIS)
- Kolej Universiti Insaniah Kedah. (INSANIAH)
Universiti luar negara
- Ma’ahad Qiraat Al-Azhar, Mesir.
- Universiti Islam Negeri, Sultan Syarif Kassim, Indonesia.
Pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke Mesir boleh menghubungi pihak SMUTEM Darul Quran yang menguruskan penempatan pelajar-pelajar ke Mesir.
Pentadbiran
Melaksanakan kajian dan penyelidikan khususnya dalam bidang Pendidikan tahfiz
Menjalin kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi dan agensi dalam kerja penyelidikan.
Menyediakan pelaporan pelaksanaan Key Performance Indicator (KPI) bahagian
Mewakili unit bagi mesyuarat berkaitan Key Performance Indicator (KPI) peringkat JAKIM.
Menyediakan pelaporan pelaksanaan Pelan Strategik JAKIM 2019 -2025 peringkat bahagian.
Mewakili unit bagi mesyuarat berkaitan Pelan Strategik JAKIM 2019 – 2025.
Memantau perkara berkaitan lantikan pegawai bertugas parlimen dan menyelaras jawapan Parlimen.
Memantau pelaporan dan pelaksanaan Pelan Strategik Pemberi Pengajian Tinggi (PPT), JAKIM
Memantau pelaporan dan pelaksanaan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) Peringkat JAKIM.
Melaksanakan kursus Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) dan Kursus Outcome-Based Educatian (OBE) kepada pensyarah Darul Quran dan Lokasi Tambahan Darul Quran
Melaksanakan kursus ToT subjek pengajian umum (MPU) dan kursus Bahasa Arab kepada pensyarah DQ, LTDQ dan IPT yang berkolaborasi
Melaksanakan kursus kompetensi pensyarah tasmik kepada pensyarah tasmik IPT bagi program pensijilan tahfiz
Menyediakan pelan latihan pensyarah tahfiz bagi melahirkan tenaga pakar dalam bidang Tahfiz dan Qiraat.
Menyelaras kerjasama strategik dalam bidang pembangunan kompetensi bersama pihak luar yang berkaitan.
Menyediakan laporan kajian keberkesanan latihan
Membuat analisis keperluan latihan
Menyelaras seminar, konvensyen, simposium dan lain-lain di Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa
Menyelaras penerbitan Jurnal Darul Quran dan bahan-bahan penerbitan Darul Quran
Menyelaras dokumentasi dan gambar program rasmi Darul Quran
Menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan Darul Quran
Menyelaras kursus dan bengkel proofreading & editing kepada editor dan pembaca pruf Darul Quran
Menyelaras Wacana Ilmiah (Jurnal DQ) kepada pegawai, pensyarah dan pelajar DQ
Menguruskan percetakan semua bahan terbitan DQ bersama syarikat percetakan
Menyelaras edaran bahan-bahan terbitan Darul Quran kepada LTDQ, IPT, agensi agama, perpustakaan negara dan lain-lain
Menyelaras Audit Pematuhan MQA Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dan Program Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat
Menyelaras pelaksanaan Audit Penilaian Kendiri oleh Panel Audit Dalaman Darul Quran bagi penyediaan dokumen MQA04 Program Ijazah dan Diploma
Menyelaras pelaksanaan Audit oleh Panel Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM
Menyelaras dokumentasi dan pelaksanaan Audit Dalaman ISO 9001:2015 & MS 1900:2014
Mengurusetia pelaksanaan Audit Pensijilan ISO 9001:2015 & MS 1900:2014 oleh Panel SIRIM
Mengurusetia Mesyuarat Jaminan Kualiti MQA Darul Quran bagi program Ijazah dan Diploma
Mengurusetia Mesyuarat Lembaga Darul Quran
Mengurusetia majlis menandatangani perjanjian MOU/MOA LTDQ/institusi
Melaksanakan Penaziran Akademik dan Pematuhan MQA kepada Lokasi Tambahan Darul Quran bagi program Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat
Melaksanakan Penaziran Akademik dan Pematuhan Mou kepada IPT dalam program Pensijilan Tahfiz al-Quran
Melaksanakan Persidangan Pengetua-pengetua MTQN Peringkat Kebangsaan
Mengurusetiakan Mesyuarat Penyelarasan Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-IPT yang berkolaborasi
Menyediakan laporan penaziran dan membuat edaran kepada LTDQ dan IPT
Menyelaras urusan Muadalah Syoubra dalam program Sarjana Muda
Menyelaras proses bagi mengadakan kerjasama daripada pihak luar yang memohon
Menyelaras urusan penyediaan dokumen MQA01 dan MQA02 Darul Quran
Melaksanakan bengkel 7 Bidang COPPA bagi program diploma baharu dan sedia ada
Menyelaras urusan Jawatankuasa Induk MQA-JAKIM
Melantik konsultan / pembimbing bagi program yang dibangunkan
Menyelaras urusan akreditasi melibatkan MQA dan Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI) JAKIM
Melaksanakan taklimat berkaitan MQA kepada Lokasi Tambahan Darul Quran
Menyelaras kalendar tahunan cawangan dan anggaran peruntukan kewangan.
Menyelaras urusan pentadbiran cawangan, keluar masuk surat/memo, urusan fail dan pengurusan hal ehwal kakitangan berhubung perjawatan dan perkhidmatan.
Mengurusetia dan mencatit minit mesyuarat pengurusan cawangan.
Menyedia dan menyelaras laporan dan maklumbalas program/aktiviti cawangan
Menyelaras pengurusan aset cawangan dan e-aduan cawangan.
Mengurus permohonan barang-barang stor dan urusan penyelenggaraan dan pembaikan harta modal Cawangan (komputer, mesin photostat, mesin faks dan lain-lain).
Membantu mengurusetiakan program/aktiviti Cawangan Kualiti.
Mengurus kebersihan dan keselamatan ruang pejabat.
Menguruskan permohonan tempahan kenderaan jabatan, tiket kapal terbang dan bilik mesyuarat
Hal Ehwal Kewangan
Yuran pengajian hanya dikenakan ketika sesi pendaftaran sahaja. Manakala bagi semester yang berikutnya yuran tidak dikenakan.
Biasiswa akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk pelajar-pelajar yang memerlukan