BERKENAAN IQRAC

Pengenalan

Intellectual Quranic Generation Association (I.Q.RaC) merupakan sebuah persatuan berdaftar di bawah Hal Ehwal Pelajar Darul Quran Jakim bagi menjaga kebajikan pelajar-pelajar Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-IIUM. Sehingga kini sebanyak 19 generasi telah berlalu bermula dari tahun 2000 sehingga 2018.


 

Sejarah Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jakim-IIUM

Cadangan untuk mewujudkan program ini lahir dalam Muzakarah Masa Depan Darul Quran yang dianjurkan oleh Jakim di Awana Golf & Country Resort, Genting Highlands, Pahang Darul Makmur pada 21-22 Februari 2000. YBhg. Prof. Madya Dr. Sidek Baba selaku Ahli Lembaga Pengarah Darul Quran dan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Disiplin (ketika itu) telah membentang satu kertas kerja bertajuk “Perancangan Masa Depan Program Akademik Darul Quran”.

Beliau mencadangkan supaya Darul Quran bukan sahaja memainkan peranan untuk melahirkan hafiz dan hafizah yang layak untuk menjadi imam, guru-guru agama malah layak menjadi ahli sains dan ahli-ahli profesional yang lain. Inilah sebenarnya yang telah berjaya dilahirkan semasa era kegemilangan tamadun Islam seperti Ibn Sina, al-Khindi, al-Khawarizmi, Ibn Khaldun, Ibn Rushd dan ramai lagi.

Oleh itu pada 19 Jun 2000, seramai 7 orang pelajar lepasan Matrikulasi IIUM iaitu 2 lelaki dan 5 perempuan telah ditawarkan untuk mengikuti pengajian di dalam Program Pensijilan Tahfiz al-Quran Jakim-IIUM di Darul Quran Kuala Kubu Bharu. Selepas tamat pengajian di Darul Quran mereka akan mengikuti pengajian di Pusat Asasi IIUM.

 

Falsafah

Ilmu pengetahuan disebarkan dalam semangat tauhid ke arah membentuk generasi al-Quran yang bertaqwa menjurus kepada pengakuan bahawa Allah itu Esa, Pencipta dan Tuhan bagi sekalian alam.

 

 

INTERPRETASI LOGO

 

AL-QURAN

  • Melambangkan al-Quran sebagai pegangan utama dalam kehidupan seharian selain menjadi sumber rujukan utama dalam hidup.

 

LAPAN KUBAH

  • Melambangkan kekuatan aqidah dan kesatuan ahli dalam melaksanakan amal Islami melalui gerak kerja dakwah dan pertarbiyahan sama ada di dalam dan di luar kampus. Ia juga melambangkan ikatan ukhuwwah yang amat kukuh dalam kalangan ahli.

 

BINTANG LAPAN SEGI

  • Melambangkan kekuatan dan ketinggian pemikiran intelektual huffaz teknokrat dalam menguasai ilmu al-Quran dan mengaplikasikannya dalam bidang sains dan teknologi untuk menerajui kegemilangan generasi ketamadunan ilmuan islam pada zaman global ini.


 

Telefon:
👉🏻 01156812735
👉🏻 01156812736

Facebook:
👉🏻 Intellectual Quranic Generation Association

Instagram:
👉🏻 iqrac_club

Emel:
👉🏻 iqrac_club@gmail.com

Website:
👉🏻 http://www.iqrac.org