PENSIJILAN TAHFIZ AL-QURAN JAKIM-IIUM

Pengajian

Pelajar diwajibkan menghafaz al-Quran 30 juzu’ dalam tempoh 3 semester (18 bulan) atau setahun di samping mempelajari subjek-subjek yang lain seperti Tajwid Ilmi, Tajwid Amali, Adab Hamalah al-Quran, Aqidah, Fiqh Al-Ibadah, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

 

Syarat-Syarat Kelayakan
  • Bumiputera (keturunan Melayu, orang asli semenanjung, anak negeri Sabah dan Sarawak) 
  • Tidak berkahwin.
  • Lulus Peperiksaan SPM Semasa dengan mendapat:
1. Minima Gred A- bagi mata pelajaran Matematik;
2. Minima Gred B bagi semua mata pelajaran berikut:

i

 Bahasa Melayu

ii

 Bahasa Arab / Al-Adab wa al-Balaghah / Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah / Turath  Bahasa Arab

iii

 Bahasa Inggeris

iv

 Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Islam /  Tasawwur  Islam / Usuluddin / Turath al-Quran dan Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-  Ulum al-Islamiah /  Turath Dirasat Islamiah / Maharat al-Quran / Manahij Ulum al-  Islamiyah

 
3. Minima 2B, 1C+ bagi mata pelajaran berikut:

i

 Biologi / Fizik

ii

 Kimia

iii

 Matematik Tambahan

 
  • Turut memohon menyambung pengajian di IIUM melalui UPU online.
  • Lulus temuduga.
 
LAIN-LAIN MAKLUMAT
  • Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
  • Iklan temuduga akan disiarkan dalam laman sesawang Darul Quran JAKIM (www.darulquran.gov.my) dan FB Darul Quran JAKIM sekitar bulan Februari-Mac setiap tahun (tertakluk kepada pindaan).
  • Calon dinasihatkan untuk sentiasa melayari laman sesawang serta media-media sosial rasmi Darul Quran dari masa ke semasa untuk mendapatkan info-info terkini berkaitan Darul Quran. 
Keterangan
Brosur Program Pensijilan JAKIM-IIUM.pdf
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader