BERKENAAN PERKEMAT DQ

SEJARAH PENUBUHAN

Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) merupakan sebuah badan bukan kerajaan, Non-Govermental Organisation (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1984. Persatuan ini diuruskan oleh barisan pimpinan mahasiswa Darul Quran Jakim dengan kerjasama baik daripada pihak pentadbiran kampus.

 

Penubuhan persatuan ini pada awalnya bertujuan membantu menguruskan pelajar-pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Timur Tengah. Namun demikian, persatuan ini dilihat berpotensi besar dalam arena dakwah sekaligus fungsi persatuan ini telah diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa berdasarkan kerelevenan dan berdasarkan kondisi semasa.

 

TUJUAN PENUBUHAN

  • Ke arah melahirkan insan rabbani yang taat dan patuh kepada Allah dan Rasul.
  • Berusaha meningkatkan prestasi hafazan al-Quran setiap ahli bagi menjamin keberkesanan kualiti hafazan al-Quran.
  • Bersama meningkatkan ilmu pengetahuan dan pencapaian akademik ahli seiring dengan wawasan Negara agar dapat mempelopori setiap bidang ilmu.

 

TAJAAN ATAU SUMBANGAN YANG BIASA DIPEROLEH 

Kebiasaannya, tajaan diperolehi dari pihak syarikat, masjid dan juga infaq ataupun sumbangan  daripada orang ramai.

 

INTERPRETASI LOGO

 

Logo Pertubuhan berbentuk seperti kubah yang membentuk perkataan ‘DAR’ dan di dalamnya terdapat kalimah al-Quran.

 

Secara langsung jika dirangkumi pembentukan kalimah-kalimah tadi ia menjadi institusi di mana bernaungnya PERKEMAT DQ iaitu Darul Quran.

 

  1. Kalimah DAR digandakan
  • Melambangkan keseimbangan antara dunia dan akhirat.
  • Melambangkan ahli yang bernaung di bawah PERKEMAT DQ yang terdiri daripada muslimin dan muslimat yang saling melengkapi antara satu sama lain, bersama menjunjung perintah al-Quran dan al-Sunnah.

 

  1. Al-Quran di Mercu Logo
  • Menunjukkan bahawa Darul Quran adalah tempat di mana al-Quran dimuliakan, dipelihara, dipelajari serta dipraktikkan ajarannya.

 

  1. Bentuk Kubah Runcing
  • Memperlihatkan hala tuju Darul Quran yang sentiasa ‘memandang ke depan’ dalam usaha melahirkan graduan huffaz yang mampu meletakkan diri pada marhalah yang terbaik bagi menyumbang bakti kepada agama, masyarakat dan Negara seiring dengan perkembangan dan kemajuan Negara dan dunia.

 

  1. Tapak yang Lebar
  • Melambangkan keteguhan prinsip Darul Quran dan mahasiswanya bagi memelihara dan berpegang teguh pada ajaran al-Quran dan al-Sunnah tidak kira di mana jua berada.