SIJIL ASAS TAHFIZ AL-QURAN

Pengajian
  • Pengajian dijalankan mengikut sistem semester selama 2 semester.
  • Program ini ditawarkan kepada pelajar kategori-kategori berikut SAHAJA iaitu:
(i) orang kelainan upaya (OKU) Penglihatan;
(ii) mualaf atau “Saudara Baharu”;
(iii) peribumi Sabah & Sarawak;
(iv) etnik keturunan Orang Asal/Asli. 

 

  • Pelajar diwajibkan menghafaz al-Quran Juzu’ 1-10 dalam tempoh pengajian di samping belajar subjek-subjek yang lain seperti Tajwid, Bahasa Arab, Fiqh, Tafsir, Aqidah, di samping Al-Quran Braille bagi kategori pelajar OKU Penglihatan serta Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi kategori pelajar luar negara.
  • Pelajar yang berjaya bergraduasi serta berkelayakan akan ditawarkan menyambung pengajian ke Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran JAKIM (sekiranya menepati kesemua syarat kemasukan ke Program Diploma tersebut). 

 

Syarat-Syarat Kelayakan

CALON KATEGORI OKU PENGLIHATAN / MUALLAF ATAU “SAUDARA BAHARU” / PRIBUMI SABAH & SARAWAK / ETNIK KETURUNAN ORANG ASLI:

  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Terdiri dari kategori OKU Penglihatan / Muallaf atau “Saudara Baharu” / Pribumi Sabah & Sarawak / Etnik Keturunan Orang Asli.
  • Berumur antara 17 hingga 25 tahun.
  • Lulus Peperiksaan Percubaan SPM dengan mendapat minimum Gred C bagi mata pelajaran berikut:
i. Bahasa Melayu;
DAN
ii. Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Usuluddin / Turath al-Quran dan Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-Ulum al-Islamiah / Turath Dirasat Islamiah / Maharat al-Quran / Manahij Ulum al-Islamiyah.
  • Tidak berkahwin.
  • Boleh menulis jawi.
  • Sihat tubuh badan dan mental yang baik.
  • Berkebolehan membaca al-Quran dengan baik dan lancar (al-Quran Braille bagi kategori OKU Penglihatan sahaja).
  • LULUS TEMUDUGA.

 

CALON KATEGORI PELAJAR LUAR NEGARA MINORITI MUSLIM:

  • Beragama Islam.
  • Berumur antara 17 hingga 25 tahun.
  • Memiliki Sijil Syahadah Tsanawiyah Diniyah daripada Madrasah Agama negara asal dan Sijil Pengajian Peringkat Menengah yang setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  
  • Belum berkahwin.
  • Boleh menulis jawi.
  • Sihat tubuh badan dan mental yang baik.
  • Berkebolehan membaca al-Quran dengan baik dan lancar.
  • LULUS TEMUDUGA.

 

LAIN-LAIN MAKLUMAT
  • Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
  • Iklan temuduga akan disiarkan dalam laman sesawang Darul Quran JAKIM (www.darulquran.gov.my) dan FB Darul Quran JAKIM sekitar bulan Oktober pada setiap tahun (tertakluk kepada pindaan).
  • Calon dinasihatkan untuk sentiasa melayari laman sesawang serta media-media sosial rasmi Darul Quran dari masa ke semasa untuk mendapatkan info-info terkini berkaitan Darul Quran. 
Keterangan
Brosur Program Sijil Asas Tahfiz.pdf
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader