Pengajian
Pelajar diwajibkan menghafaz al-Quran 30 juzu’ dalam tempoh 6 semester (3 tahun) di samping mempelajari subjek-subjek yang lain mengikut syukbah:
- Syukbah Qiraat
- Syukbah Dakwah
- Syukbah Syariah
- Syukbah Hadith
- Syukbah Muamalat
- Syukbah Pengurusan Halal
Syarat-Syarat Kelayakan
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh pendaftaran.
- Tidak berkahwin.
- Lulus Peperiksaan SPM dengan syarat minimum gred dalam mata pelajaran seperti berikut:
Bil.
|
Mata Pelajaran |
Minimum Gred
|
---|---|---|
i
|
Bahasa Melayu |
C
|
ii
|
Bahasa Arab / Al-Adab wa al-Balaghah / Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab |
C
|
iii
|
Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Usuluddin / Turath al-Quran dan Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-Ulum al-Islamiah / Turath Dirasat Islamiah / Maharat al-Quran / Manahij Ulum al-Islamiyah |
C
|
iv
|
Bahasa Inggeris |
E
|
- Lulus ujian bertulis (Bahasa Arab dan Tajwid).
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
- Lulus temuduga.
ATAU
Kelulusan yang diiktiraf dan setara dengan SPM (Calon Luar Negara)
ATAU
Kelayakan khas yang diberikan kepada Orang Kelainan Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP) di Darul Quran adalah seperti berikut:
- Lulus mata pelajaran Bahasa Arab dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya mendapat Gred C sebelum tamat pengajian Diploma / graduasi; dan
- Lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya pengkat Maqbul dalam Program Sijil Asas Tahfiz Darul Quran / Sijil Tahfiz Al-Quran Darul Quran bagi OKUMP.
LAIN-LAIN MAKLUMAT
- Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
- Iklan temuduga akan disiarkan dalam laman sesawang Darul Quran JAKIM (www.darulquran.gov.my) dan FB Darul Quran JAKIM sekitar bulan Februari sehingga 7 hari keputusan SPM diumumkan pada setiap tahun (tertakluk kepada pindaan).
- Calon dinasihatkan untuk sentiasa melayari laman sesawang serta media-media sosial rasmi Darul Quran dari masa ke semasa untuk mendapatkan info-info terkini berkaitan Darul Quran.