PERMOHONAN SIJIL TAHFIZ MALAYSIA (STM) SIRI 1 & SIRI 2 TAHUN 2025

DARUL QURAN JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon menduduki
Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Siri 1 Tahun 2025

 

PENGENALAN
 

Sijil Tahfiz Malaysia merupakan sijil yang dikeluarkan oleh JAKIM bagi memberi perakuan kepada penghafaz al-Quran di Malaysia.
 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
 

Warganegara Malaysia;
Berumur 17 tahun dan ke atas;
Telah menghafaz 30 juzuk al-Quran; dan
Mengemukakan surat pengesahan / rekod hafazan 30 juzuk dari institusi atau guru tasmi’.

 

YURAN PERMOHONAN
 

RM150 setiap permohonan
 

CARA PERMOHONAN
 

1. Calon boleh memilih tarikh peperiksaan pada borang permohonan sama ada ingin menduduki peperiksaan siri 1 ataupun siri 2.

2. Calon hendaklah mencetak dan menghantar borang permohonan beserta kiriman wang selewatnya 28 Mac 2025 bagi calon yang memilih peperiksaan siri 1 dan 30 Jun 2025 bagi calon yang memilih peperiksaan siri 2.

3. Yuran peperiksaan adalah berjumlah RM150 bagi setiap permohonan, hanya kiriman wang (money order) sahaja yang diterima dan akan diproses.

4. Kiriman wang hendaklah dibuat atas nama Pengarah Darul Quran seperti:

Pengarah
Darul Quran JAKIM
Jalan Hamzah, Ampang Pecah
44000 Kuala Kubu Bharu
Selangor Darul Ehsan
(u:p: Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat)

 

Kemudian dihantar ke alamat berikut:

Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat

Darul Quran JAKIM,

Jalan Hamzah, Ampang Pecah,

44000 Kuala Kubu Bharu,

Selangor Darul Ehsan

 

 *Contoh “Kiriman Wang" boleh dirujuk pada "Keterangan" di bawah.

Permohonan adalah menerusi Laman Sesawang: http://mydq.islam.gov.my atau KLIK DI SINI

 KAEDAH PENILAIAN

Ujian Syafawi al-Quran (30 juzuk).
Ujian Tahriri al-Quran (30 juzuk).
Ujian Bertulis Pengetahuan Agama Islam.

 

PENGANUGERAHAN SIJIL
 

Calon yang berjaya akan dianugerahkan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

 

TARIKH TUTUP

Permohonan STM Siri 1: 28 Mac 2025 (Jumaat)

Permohonan STM Siri 230 Jun 2025 (Isnin)

Keterangan
KAEDAH PENILAIAN STM.pdf
CONTOH KIRIMAN WANG.pdf
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader