PERPUSTAKAAN DARUL QURAN

HALAMAN UTAMA:

 

Waktu Pembukaan/Opening Hours :

ISNIN – KHAMIS   :           9.00 AM – 5.00 PM
TUTUP                     :           1.00 PM – 2.00 PM
JUMAAT                  :           9.00AM – 5.00 PM
TUTUP                     :           12.15 PM – 2.45 PM
SABTU & AHAD   :           TUTUP

 

PENGENALAN:

Perpustakaan Darul Quran telah ditubuhkan pada tahun 1998 seiring dengan pembinaan kompleks baru Darul Quran di Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru Selangor.

Perpustakaan ditempatkan bersebelahan Pusat Islam dan beroperasi mengikut waktu pejabat. Boleh menempatkan sekurang-kurangnya 150 orang pengunjung pada satu masa. Koleksi telah mencecah 19,500 naskhah buku dan terdiri dari kitab Bahasa Arab dan buku-buku ilmiah subjek lain yang berkaitan dengan pengajian di Darul Quran.

 

VISI

Menjadi pemangkin kepada generasi al-Quran yang berilmu dan berdaya saing.

 

MISI

Melahirkan huffaz yang peka terhadap kepentingan ilmu pengetahuan.

 

OBJEKTIF

  1. Menyediakan bahan-bahan yang berkaitan dengan pengajian bagi tujuan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan;
  2. Sebagai sumber rujukan maklumat dan pengetahuan kepada semua pengguna perpustakaan;
  3. Sebagai pemangkin dalam pembelajaran pelajar dan penyumbang kepada kemajuan Darul Quran;
  4. Memupuk kesedaran nilai sumber maklumat serta menggalakkan penggunaannya;
  5. Melahirkan huffaz yang mahir dalam pencarian maklumat dan peka terhadap kepentingan ilmu.

 

KOLEKSI

Koleksi perpustakaan terdiri dari buku-buku dalam Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu iaitu:

 

☻ Koleksi Am

Mengandungi buku-buku ilmiah dan bacaan dalam semua bidang. Buku-buku ini boleh dipinjam.

 

☻  Koleksi Rujukan

Mengandungi bahan-bahan rujukan seperti kamus, ensiklopedia, buku panduan, risalah, laporan, peta, tesis, kertas soalan, keratan akhbar dan sebagainya. Bahan-bahan ini tidak boleh dipinjam.

 

☻   Koleksi Terkawal “RUD” (Rujukan Dalam Perpustakaan)

Mengandungi buku-buku terkini dari koleksi am dan koleksi rujukan terpilih. Buku ini tidak dibenarkan untuk pinjaman kecuali dengan kebenaran pegawai perpustakaan

 

☻   Koleksi Terbitan Bersiri

Mengandungi majalah, buletin, jurnal dan surat khabar. Bahan-bahan ini untuk rujukan dalam perpustakaan sahaja.

 

☻   Koleksi al-Quran Braille

Koleksi al-Quran Braille yang didermakan oleh Unit Penerbitan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS). Untuk rujukan pelajar kurang upaya penglihatan dan untuk rujukan didalam perpustakaan sahaja.

 

KEMUDAHAN

 

Zon Wifi

Rangkaian internet secara WiFi terdapat di setiap aras perpustakaan serta kawasan sekitarnya. Pengguna boleh menggunakan capaian ini secara percuma.

 

Bilik Perbincangan

Terdapat sebuah bilik perbincangan yang disediakan. Penggunaan Bilik Perbincangan adalah percuma. Urusan tempahan Bilik Perbincangan boleh dibuat di Kaunter Perkhidmatan.

 

Bilik Tayangan

Terdapat sebuah bilik tayangan yang disediakan untuk pelanggan Perpustakaan. Mereka yang ingin menggunakannya, boleh membuat tempahan di Kaunter Perkhidmatan.

 

Ruang Membaca

Ruang membaca yang selesa boleh menempatkan sekurang-kurangnya 100 orang pada satu masa. Pengguna juga boleh mengakses Internet melalui WiFi di ruangan ini.

 

Bilik Komputer

Pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan dibilik komputer untuk mengakses bahan daripada internet termasuk pangkalan data dalam talian dan emel, untuk penaipan, kertas projek, tesis dan sebagainya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan boleh berurusan dengan petugas dikaunter perkhidmatan.

 

Study Karel

Terdapat 11 buah study karel disediakan untuk pengguna di ruangan pembaca dan mempunyai akses WIFI.

 

OPAC

Menyediakan sistem pencarian bahan (OPAC VLib) hanya untuk kegunaan di dalam perpustakaan sahaja di ruangan membaca dan sudut santai. Bagi kemudahan pengguna mencari bahan yang terdapat di dalam perpustakaan.

 

E-BOOK DQ:

Muat turun di bawah

Keterangan
Al-Tiraz fi Dhabt al-Kharraz
Nizam Birayal al-Arabi al-Mutawwar
Al-Zail 'ala al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa al-Asr
Masadir al-Dirasat al-Islamiyah
Tashih al-Kutub wa Sun'u al-Faharis al-Mu'jamah wa Kaifiyah Dhabt al-Kitab
Al-I'lan bi al-Taubikh liman Zam al-Tarikh
Al-Anis al-Muthrab bi Raudh al-Qirthas
al-Harub al-Salibiyah fi al-Masyriq wa al-Maghrib
Banu Tamim 'Ibr al-Tarikh
Al-'Aqd al-Mufid fi 'Ilm al-Tajwid
Tarikh al-Quran al-Karim
al-Kalimat al-Quraniyah
Rasm al-Mushaf al-'Uthmani wa Auham al-Mustasyrifin
Ahkam al-Quran al-Maliki
Mabahis fi I'jaz al-Quran
al-Ikhtilaf fi al-Qiraat
Asrar al-Tikrar fi al-Quran
SENARAI BUKU RUJUKAN MENGIKUT SILIBUS MQA
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader