OBJEKTIF, VISI & MISI

OBJEKTIF PENUBUHAN

  • Melahirkan huffaz yang mampu  mentadbir diri dan amanah serta mampu mendepani masyarakat global.
  • Melahirkan generasi huffaz intelektual dalam penguasaan teknologi maklumat dan informasi global seiring dengan memperkasa biah solehah di Darul Quran melalui sistem tarbiyyah Islamiyyah yang sistematik.
  • Menjana peningkatan kualiti hafazan dan prestasi akademik serta penghayatan ilmu para huffaz di samping melahirkan huffaz yang berketerampilan dan profesional.

 

VISI

Membentuk generasi huffaz yang mampu merealisasikan intipati al-Quran dan al-Sunnah dalam kehidupan bagi mencapai mardhatillah

 

MISI

Memperkasa kebajikan dan kesatuan huffaz dari segenap aspek sesuai dengan keperluan semasa berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah

DASAR KUALITI DQ

DQ Komited terhadap pengendalian Program Diploma dan Sijil Tahfiz Al-Quran dilaksanakan dengan penuh sistematik, mematuhi keperluan syariah, cekap dan berkesan.

DQ akan memastikan keperluan pelanggan dipenuhi serta penambahbaikan yang berterusan dilaksanakan berasaskan piawaian MS ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014.