Pengajian
Pelajar diwajibkan menghafaz al-Quran 30 juzu’ dalam tempoh 6 semester (3 tahun) di samping mempelajari subjek-subjek yang lain mengikut syukbah:
- Syukbah Qiraat
- Syukbah Dakwah
- Syukbah Syariah
- Syukbah Hadith
- Syukbah Muamalat
- Syukbah Pengurusan Halal
Syarat Kelayakan
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak melebihi 21 tahun dan belum berkahwin
- Lulus Peperiksaan SPM dengan syarat minimum Gred C dalam mata pelajaran berikut:
Bil.
|
Mata Pelajaran |
Minimum Gred
|
---|---|---|
1
|
Bahasa Melayu |
C
|
2
|
Bahasa Inggeris |
E
|
3
|
Bahasa Arab |
C
|
4
|
Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Islam / Tasawwur Islam |
C
|
- Lulus ujian bertulis (Bahasa Arab dan Tajwid)
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik
- Lulus temuduga
ATAU
Kelulusan yang diiktiraf dan setara dengan SPM (Calon Luar Negara)
Kelayakan khas yang diberikan kepada Orang Kelainan Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP) di Darul Quran adalah seperti berikut:
- Lulus mata pelajaran Bahasa Arab dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya mendapat Gred C sebelum tamat pengajian Diploma / graduasi; dan
- Lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya pengkat Maqbul dalam Program Sijil Asas Tahfiz Darul Quran / Sijil Tahfiz Al-Quran Darul Quran bagi OKUMP.
Nota : Iklan temuduga akan disiarkan dalam laman sesawang Darul Quran JAKIM (www.darulquran.gov.my) dan FB Darul Quran JAKIM pada bulan Februari-Mac setiap tahun.