AKTIVITI

 Senarai ini memaparkan semua Aktiviti yang masih aktif sahaja

35 Graduan Diploma Darul Quran Mendaftar Program Ijazah USIM-DQ

|  01 Jan 2018  01 Mac 2018
Darul Quran telah menerima seramai 35 orang mahasiswa baru bagi mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Quran & Sunnah Dengan Kepujian USIM di Darul Quran bagi sesi akademik 2017-2020. Pengambilan pada sesi kali ini melibatkan 16 orang siswa dan 19 orang siswi dalam kalangan graduan Diploma Darul Quran Jakim yang baru berkonvokesyen pada 5 Ogos 2017. Kesemua siswa siswi ini telah diraikan pada Majlis Sambutan Mahasiswa Baru Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah USIM-DQ Sesi Akademik 2017/2018 pada 11 September 2017 dan majlis ini telah dirasmikan oleh Pendaftar Darul Quran, Hajah Azizah Binti Che Hassan.