PENCARIAN GURU BAHASA INGGERIS KPM UNTUK BERKHIDMAT DI DARUL QURAN

Darul Quran JAKIM mempelawa semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Gred DG41/44/48 yang berminat dan sedang berkhidmat (di Kuala Kubu Bharu atau kawasan sekitar) untuk mengisi kekosongan Jawatan Kader sebagai Guru Bahasa Inggeris di Darul Quran JAKIM, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan.

 

SYARAT KELAYAKAN UMUM

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred S41/44/48 yang sedang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia;
  2. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajaran bahasa atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  3. Telah disahkan dalam perkhidmatan;
  4. Tahap kesihatan yang baik dan memuaskan;
  5. Bebas daripada tindakan tatatertib atau tindakan mahkamah;
  6. Memperoleh sekurang-kurangnya 85% dalam penilaian prestasi bagi tiga tahun terkini;
  7. Permohonan mestilah disokong oleh Ketua Jabatan masing-masing;
  8. Bersedia berkhidmat di jawatan kader sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga (3) tahun;
  9. Mempunyai minat dan kewibawaan yang tinggi untuk berkhidmat di Kementerian/Agensi Luar dari KPM.

 

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab memberi syarahan, tutorial, mengurus kerja-kerja amali, menyediakan nota-nota kuliah, mengedalikan urusan peperiksaan dan menjalankan usaha-usaha pembangunan pelajar.

 

CARA MEMOHON
  • Calon yang layak adalah dipelawa untuk memohon dengan mengemukakan resume melalui e-mel ke noraidah@islam.gov.my atau poskan hardcopy resume ke alamat berikut:
Unit Sumber Manusia,
Darul Quran,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Jalan Hamzah, Ampang Pecah, 
44000 Kuala Kubu Bharu,
SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p.: Encik Mohamed Ismail bin Mohamed Yusof)
 
Sebelum 15 Ogos 2021

 

  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan atau tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.

 

Catatan Am:

  • Calon yang berjaya akan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk urusan pertukaran.