PENGAMBILAN PELAJAR BARU PROGRAM SKM BIDANG PENGURUSAN MASJID TAHAP 3 TAHUN 2019

Darul Quran telah ditauliahkan sebagai Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) pada tahun 2015 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Program dilaksanakan secara kerjasama antara Darul Quran Jakim dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), bertempat di kampus Darul Quran Kuala Kubu Bharu selama 16 bulan. Perantis yang berjaya dalam program ini akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Sijil Perakuan Hafazan dari Darul Quran Jakim.

 

Permohonan boleh dibuat melalui BORANG YANG DILAMPIRKAN beserta:

  • Gambar;
  • Salinan kad pengenalan yang telah disahkan;
  • Salinan Sijil Hafazan / Surat Pengesahan Hafazan yang telah disahkan; dan
  • Salinan sijil-sijil akademik yang telah disahkan (jika berkenaan).

 

Borang yang telah lengkap boleh dihantar sendiri atau melalui pos ke alamat:

Darul Quran JAKIM
Jalan Hamzah, Ampang Pecah
44000 Kuala Kubu Bharu
Selangor Darul Ehsan
(u.p: Ketua Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat)

Tarikh akhir menghantar borang permohonan ialah pada 20 Februari 2019 (tertakluk kepada pindaan).

Keterangan
Iklan SKM
Jadual Pergerakan
Borang Permohonan
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader