PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN & AL-QIRAAT DARUL QURAN JAKIM SESI 2020-2023

DARUL QURAN JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon
Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat di Darul Quran JAKIM (DQ) dan di Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ).
Program ini mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) (MQA/FA7510).
 
SISTEM PENGAJIAN

Pengajian dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun (6 semester). Pelajar akan dibimbing oleh pensyarah-pensyarah yang profesional dan berpengalaman. Kursus-kursus elektif yang terdapat dalam program ini ialah:

  • Kursus Elektif Qiraat (ditawarkan di Darul Quran JAKIM, MTN Pahang, KAQSA Melaka, MTQN (MAIK) Kelantan, MTQN Perak, IQDAR Kedah, ITQAN Negeri Sembilan, MTQ ADDIN Perak, ITQAS Sabah dan IKMAS Sarawak).
  • Kursus Elektif Syariah (ditawarkan di Darul Quran JAKIM dan MTN Pahang)
  • Kursus Elektif Dakwah (ditawarkan di Darul Quran JAKIM, ITQAN Negeri Sembilan, INSPI Terengganu, IKMAS Sarawak)
  • Kursus Elektif Hadith (ditawarkan di Darul Quran JAKIM dan MTQN Perak)
  • Kursus Elektif Muamalat (ditawarkan di Darul Quran JAKIM)
  • Kursus Elektif Pengurusan Halal (ditawarkan di Darul Quran JAKIM dan KAQSA Melaka)

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
 
i. Beragama Islam.
ii. Warganegara Malaysia.
iii. Berumur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh pendaftaran dan belum berkahwin.
iv. Lulus SPM dengan syarat minimum Gred ‘C’  dalam mata pelajaran berikut:
  1. Bahasa Melayu;
  2. Bahasa Arab / Al-Adab wa al-Balaghah / Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab;
  3. Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Usuluddin / Turath al-Quran dan Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-Ulum al-Islamiah / Turath Dirasat Islamiah / Maharat al-Quran / Manahij Ulum al-Islamiyah; dan
  4. LULUS  Bahasa Inggeris.
v. LULUS Ujian Bertulis (Bahasa Arab dan Tajwid).
vi. LULUS Temuduga.
vii. Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
ATAU
 
Kelayakan khas yang diberikan kepada pelajar Orang Kelainan Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP) dan Sijil Asas Tahfiz di Darul Quran adalah seperti berikut:
  1. Lulus matapelajaran Bahasa Arab dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya mendapat Gred ‘C’ sebelum tamat pengajian diploma / graduasi; dan
  2. Lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Maqbul dalam Program Sijil Asas Tahfiz Darul Quran / Sijil Tahfiz al-Quran Darul Quran bagi OKUMP.
TEMU DUGA
 
Calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
 
BIASISWA

 

Biasiswa / Bantuan Pendidikan akan diberikan kepada pelajar yang berkelayakan.

*Tertakluk kepada penawaran dari Institusi.

 

CARA MEMOHON
 
Permohonan ke Darul Quran (DQ) boleh diisi secara dalam talian (online) bermula 10 Februari 2020. KLIK DI SINI
Bagi permohonan ke Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ), sila klik pautan yang disertakan di bawah:

Senarai Lokasi Tambahan DQ:
 

BIL.

NAMA DAN ALAMAT
LOKASI TAMBAHAN

NO. TELEFON @ FAKSIMILI

LAMAN SESAWANG ATAU FACEBOOK

1.

Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) 73200 Gemenceh Negeri Sembilan.

Tel: 06-7672824
Faks: 06-7671850

www.itqan.edu.my

2.

Maahad Tahfiz Negeri Pahang Kampus Maahad Tahfiz, Jalan Tanjung Lumpur 26060 Kuantan, Pahang.

Tel: 09-5343333
Faks: 09-5343000

http://www.tahfizpahang.edu.my

3.

Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat (MAIK) Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Lot 2136, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Panji 16100 Pengkalan Chepa,Kota Bharu, Kelantan.

Tel: 09-7744363
Faks: 09-7715773

http://maahadtahfiz.e-maik.my

4.

Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Negeri Perak D/A Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) Jalan Raja Musa Mahadi 31400 Ipoh, Perak.

Tel: 05-5451203
Faks: 05-5421201

http://jaipk.perak.gov.my/

https://www.facebook.com/mtqnperakintim/

5.

Institut Tahfiz Al Quran Negeri Sabah (ITQAS) P/S 640 Tanjung Aru, 88858 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel: 088-751321
Faks: 088-751320

https://www.facebook.com/officialitqas/?ref=br_rs

6.

Institut Pengajian Islam (INSPI) Kampus Binjai, 24000 Kemaman, Terengganu.

Tel: 09-8503560

http://www.yit.gov.my

7.

Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), Peti Surat 2867, Telaga Air 93050 Kuching Sarawak.

Tel: 082-843477 / 843475
Faks: 082-843440

https://www.facebook.com/ikmassarawak/?ref=br_rs

emel: ikmas@islam.gov.my

8.

Kolej Al-Quran Sayyidina Ali, 75450 Bukit Katil, Melaka.

Tel: 06-2314240 / 7725   
Faks: 06-2311587

http://www.iqsa.edu.my

emel: kaqsamelaka@gmail.com

 https://www.facebook.com/kaqsamelaka/

9.

Institut Al Quran Darul Aman (IQDAR) Lebuhraya Sultanah Bahiyah 05350 Alor Setar, Kedah.

Tel: 04-7327015 / 04-7327017

http://www.iqdar.edu.my

emel: iqdarkedah@iqdar.edu.my 

10.

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Addin -4, Kampung Jalan Kachu, 35000 Tapah, Perak.

Tel / Faks: 05-4018199

http://www.maahadtahfizaddin.edu.my/diploma

emel: mtq4tapah@gmail.com

 
 
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
 
Tarikh tutup permohonan 7 hari selepas keputusan SPM diumumkan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Darul Quran JAKIM:
Telefon : 03-60635333 / 5349 / 5323 / 5374
Faks : 03-60645497
 
MAKLUMAN SEMAKAN LAYAK TEMU DUGA

 

  1. Sila semak senarai nama secara dalam talian menerusi laman ini dan bawa borang permohonan yang telah dicetak semasa temu duga.
  2. Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 03 Mei 2020 adalah dianggap tidak berjaya.

 

JADUAL PERGERAKAN PROSES PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU

 

BIL.

PROGRAM / AKTIVITI

TARIKH

1

Iklan Kemasukan Pelajar Baharu

05 Februari 2020

2

Permohonan online bermula.

10 Februari 2020

3

Tarikh Tutup Permohonan

Tujuh hari selepas keputusan SPM 2019 diumumkan.

4

Semakan Layak Temuduga (online)

16 Mac 2020

5

Proses Temuduga*

23 Mac – 03 April 2020

6

Semakan Keputusan Temuduga (online)

14 16 April 2020

7

Surat Tawaran Dikeluarkan (online)

8

Tarikh Akhir Pengesahan Penerimaan Tawaran (online)

16 April 2020

9

Rayuan (online)

14 – 16 April 2020

10

Keputusan Rayuan ( Online )

20 April 2020

11

Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma

28 April 2020
(SELASA)