PERMOHONAN SIJIL TAHFIZ MALAYSIA (STM) SIRI 2 TAHUN 2024

DARUL QURAN JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon menduduki
Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Siri 2 Tahun 2024

 

PENGENALAN

 

Sijil Tahfiz Malaysia merupakan sijil yang dikeluarkan oleh JAKIM bagi memberi perakuan kepada penghafaz al-Quran di Malaysia.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

 

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 17 tahun dan ke atas;
  • Telah menghafaz 30 juzuk al-Quran; dan
  • Mengemukakan surat pengesahan / rekod hafazan 30 juzuk dari institusi atau guru tasmi’.

 

YURAN PERMOHONAN

 

RM150 setiap permohonan

 

CARA PERMOHONAN

 

 

Borang yang telah lengkap diisi secara dalam talian (online) hendaklah dicetak dan dihantar bersama "Kiriman Wang" sebanyak RM150.00 atas nama "PENGARAH DARUL QURAN" ke alamat berikut:
 
Pengarah
Darul Quran JAKIM
Jalan Hamzah, Ampang Pecah
44000 Kuala Kubu Bharu
Selangor Darul Ehsan
(u:p: Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat)

 

 *Contoh “Kiriman Wang" boleh dirujuk pada "Keterangan" di bawah.

 

 KAEDAH PENILAIAN

 

  • Ujian Syafawi al-Quran (30 juzuk).
  • Ujian Tahriri al-Quran (30 juzuk).
  • Ujian Bertulis Pengetahuan Agama Islam.

 

PENGANUGERAHAN SIJIL

 

Calon yang berjaya akan dianugerahkan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

 

JADUAL PERGERAKAN

 

BIL
PERKARA
TARIKH
1
Iklan STM Siri 2 2024
2 Julai 2024
(Selasa)
2
Tarikh tutup permohonan
16 Ogos 2024
(Jumaat)
 
Tarikh akhir penghantaran Kiriman Wang ke Darul Quran
 
di alamat:
 
Pengarah,
Darul Quran JAKIM,
Jalan Hamzah, Ampang Pecah,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.
(u.p.: Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat)
16 Ogos 2024
(Jumaat)
3
Tarikh semak kelayakan menduduki peperiksaan
(melalui laman sesawang)
30  Ogos 2024
(Jumaat)
4
Tarikh peperiksaan
3 Oktober 2024
(Khamis)
5
Tarikh semak keputusan peperiksaan
2 Disember 2024
(Isnin)
6
Pengambilan sijil di Darul Quran
30 Disember 2024
(Isnin)
 

*Tertakluk kepada pindaan

 

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan STM, sila hubungi urus setia pada waktu pejabat melalui talian 0360635476 (Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat)

 

Keterangan
Maklumat Umum STM.pdf
Kaedah Penilaian Peperiksaan STM.pdf
Contoh Kiriman Wang.pdf
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader