25 April 2022 – Tan Mike Foong, pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat, Darul Quran JAKIM telah menerima jemputan dari Yayasan Restu untuk memperdengarkan bacaan al-Quran al-Karim dalam Majlis Pelancaran Al-Quran Al-Karim Dan Terjemahan Bahasa Cina. DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj telah berkenan merasmikan majlis yang diadakan di Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor Shah Alam ini.
Tan Mike Foong yang merupakan seorang muallaf serta OKU penglihatan telah memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dari Surah al-Hujurat ayat 13 hingga 18. Turut hadir dalam majlis ini ialah Orang-Orang Besar Daerah Negeri Selangor, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor dan Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor.