PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU BAGI PROGRAM SIJIL ASAS TAHFIZ SESI 2024

Darul Quran JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Program Sijil Asas Tahfiz (SAT).
 
SISTEM PENGAJIAN
  • Pengajian dijalankan mengikut sistem semester selama 12 bulan (3 semester). Program ini ditawarkan kepada Orang Kelainan Upaya Penglihatan, Mualaf, Orang Asli serta Peribumi Sabah atau Sarawak.
  • Pelajar diwajibkan menghafaz al-Quran 10 juzu’ dalam tempoh pengajian di samping belajar subjek-subjek yang lain seperti Tajwid, Bahasa Arab, Fiqh, Tafsir dan Aqidah.
  • Pelajar yang berjaya mengikuti program Sijil Asas Tahfiz akan berpeluang menyambung pengajian ke peringkat Diploma Tahfiz al-Quran & al-Qiraat, Darul Quran JAKIM sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

 

WARGANEGARA
KATEGORI
SYARAT KELAYAKAN
SYARAT TAMBAHAN
OKU PENGLIHATAN
  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 17 hingga 25 tahun.
  • Lulus Peperiksaan SPM atau percubaan SPM 2023 dengan mendapat minimum Gred C:

i) Bahasa  Melayu;

ii) Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Usuluddin / Turath al-Quran dan Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-Ulum al-Islamiah / Turath Dirasat Islamiah / Maharat al-Quran / Manahij Ulum al-Islamiyah.

  • Tidak berkahwin.
  • Boleh menulis jawi.
  • Sihat tubuh badan dan mental yang baik.
  • LULUS TEMU DUGA
  • Berkebolehan membaca al-Quran Braille dengan baik dan lancar.
MUALAF
  • Berkebolehan membaca al-Quran dengan baik dan lancar.
ORANG ASLI
PERIBUMI SABAH / SARAWAK
 
TEMU DUGA
Calon-calon yang layak dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri sesi temu duga.
 
BIASISWA & PENGINAPAN
Biasiswa kepada pelajar yang layak dan penginapan disediakan sepanjang pengajian di Darul Quran JAKIM.
 
YURAN PENGAJIAN
 
  • Tiada yuran pengajian.
  • Yuran hanya dikenakan pada hari pendaftaran sahaja (tidak termasuk duit buku, yuran persatuan pelajar dsb).

 

CARA MEMOHON
 
  • Borang permohonan boleh dimuat turun di "Keterangan" di bawah atau KLIK DI SINI
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:
 
Seksyen Kemasukan, Biasiswa dan Graduasi
Darul Quran,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Jalan Hamzah, Ampang Pecah,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.
 
  1. Tarikh penghantaran permohonan adalah sebelum atau pada 31 Januari 2024
  2. Untuk maklumat dan keterangan lanjut, sila hubungi (waktu pejabat): 03-60635351 / 03-60635349 / 03-60635374 / 03-60635324 / 03-60635323 @ Fax: 03-60645497 @ e-mel: info_dq@islam.gov.my
 
PERHATIAN
Calon-calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dari pihak Darul Quran selepas 1 Mac 2024 adalah dianggap permohonan tidak berjaya.
 
JADUAL PERGERAKAN PROSES PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU

 

BIL

PROGRAM / AKTIVITI

TARIKH

1

Iklan Kemasukan Pelajar Baharu

20 November 2023

2

Permohonan dibuka

3

Tarikh Tutup Permohonan

31 Januari 2024

4

Semakan Layak Temu duga

3 Februari 2024

5

Proses Temu duga

6-8 Februari 2024

6

Semakan Keputusan Temu duga / Surat tawaran

22 Februari 2024

7

Tarikh Akhir Pengesahan Penerimaan Tawaran melalui panggilan

24 Februari 2024

8

Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu

1 Mac 2024

 
*Tertakluk kepada pindaan
 

 

 

Keterangan
Borang Permohonan SAT 2024.pdf
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader