TAWARAN SKIM PEMBIAYAAN HAFIZ (SPH) JAKIM TAHUN 2024

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempelawa pelajar-pelajar Hafiz yang telah ditawarkan menyambung pengajian (sepenuh masa) di peringkat Ijazah Pertama dalam dan luar negara dan Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah dalam negara sahaja untuk memohon Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bagi sesi pengajian 2023/2024 (Sem.2). Pelajar yang ingin memohon SPH hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda dan tidak melebihi 30 tahun bagi peringkat  Ijazah Lanjutan;
  3. Tidak menerima apa-apa tajaan atau biasiswa daripada mana-mana agensi;
  4. Pelajar yang menerima pinjaman seperti PTPTN atau mana-mana agensi pinjaman pendidikan adalah layak memohon. Pelajar yang menerima pinjaman perlu menamatkan pinjaman sekiranya ditawarkan SPH;
  5. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di tahun 2 dan ke atas dengan  baki pengajian tidak kurang dari dua semester atau setahun dari tempoh tamat pengajian, adalah layak untuk memohon biasiswa SPH.
  6. Telah menerima surat tawaran kemasukan pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi ;
  7. Memenuhi syarat akademik seperti yang diperuntukan dalam Jadual 1, seperti berikut :-

 

Jadual 1: Kelayakan Akademik 

 

 
Program Pengajian
Syarat Minimum Akademik
 
Semua peringkat pengajian WAJIB mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
 
1.
Ijazah Sarjana Muda
 
 Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM  PNGK 3.0 ke atas
 / Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA PNGK 3.0 ke atas
 
ATAU
 
Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas/
STM Pangkat Jayyid / Sijil Tahfiz Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama JAKIM Pangkat Jayyid
+
SPM 5 Kepujian /
STPM 2 Prinsipal B (Syariah, Usuluddin, dan Bahasa Arab) / STAM Pangkat Jayyid
 
2.
Ijazah Sarjana Muda
(tahun 2 dan ke atas)
 
PNGK tahun pertama 3.3 ke atas
+
Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 2.75 ke atas /
Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA PNGK 2.75 ke atas /
Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas /
STM Pangkat Jayyid
 
3.
Ijazah Sarjana/ Ph.D
 
(Pengajian dalam negara sahaja)
 
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
+
Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 2.75 ke atas / Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA PNGK 2.75 ke atas /
Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas /
STM Pangkat Jayyid
 

 

Bidang Pengajian Dalam Negara

 

Dalam Negara
Ijazah Sarjana Muda
  • Pengajian Islam
  • Qiraat
  • Sastera
  • Sains
  • Kejuruteraan
  • Teknologi
  • Perubatan
  • Pergigian
  • Farmasi
  • Optometri
  • Undang-Undang
  • Ekonomi/ Akaun
Ijazah Sarjana /Doktor Falsafah Pengajian Islam
Luar negara
 
Ijazah Sarjana Muda
  • Pengajian Islam
  • Qiraat
  • Sastera
  • Perubatan
 

 

Tempat Pengajian

 

Dalam Negara
 
Universiti Awam (UA) yang diiktiraf oleh kerajaan
 
Luar negara
Jordan :
 
  1. Universiti Mu’tah
  2. Universiti Al-Balqa
  3. Universiti Al-Hashemite
  4. Universiti Amman
  5. Universiti Jordan, Amman
  6. Universiti Al-Bayt
  7. Universiti Yarmouk
  8. Universiti WISE
 
Mesir :
 
  1. Maahad Qiraat Al-Azhar
  2. Universiti Al-Azhar
  3. Maahad Qiraat Mansoura
  4. Universiti Thanta
Indonesia :
 
  1. Institut Agama Islam Negeri Alauddin, Makassar
  2. Institut Agama Islam Negeri Antasari, Bandjarmasin
  3. Institut Agama Islam Negeri Imam Bondjol, Padang
  4. Institut Agama Islam Negeri Raden Fatah, Palembang
  5. Institut Agama Islam Negeri Sunan Kalidjaga
  6. Institut Agama Islam Negeri Syarif Hidayatullah
  7. Institut Agama Islam Negeri Thaha Sjaifuddin Djambi
  8. Institut Agama Islam Negeri Wali Songo, Semarang
  9. Institut Agama Islam Raden Intan, Lampung
  10. Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Aceh
  11. Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau
  12. Universitas Islam Negeri Sumatera Utara, Medan
  13. Universitas Islam Negeri Sunan Ampel, Surabaya
 

 

Kadar SPH

Kadar yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

 

Tatacara Permohonan adalah seperti yang berikut:
  1. Pemohon dikehendaki memahami syarat-syarat permohonan dan panduan mengisi borang permohonan;
  2. Permohonan boleh dibuat secara atas talian di portal i-Hafiz JAKIM di http://sph.islam.gov.my;
  3. Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen sokongan telah disahkan dan dimuat naik di portal i-Hafiz;
  4. Pemohon boleh mengemaskini maklumat di portal i-Hafiz  pada bila-bila masa sebelum permohonan dihantar atau sehingga tarikh tutup permohonan;
  5. Pemohon hendaklah mencetak “Slip Pengesahan Permohonan SPH” sebagai bukti bahawa permohonan telah dibuat; dan
  6. Sebarang pertanyaan mengenai SPH boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM di talian 03-8870 7141/7149/ 7146/ 7036 atau emel di alamat sph@islam.gov.my.

 

Dokumen Sokongan
Pelajar yang telah mengemukakan permohonan (secara atas talian) dikehendaki memuat naik dokumen sokongan yang telah disahkan seperti berikut:
1. Keping Gambar Terkini Berukuran Passport;
2. Salinan Kad Pengenalan;
3. Salinan Sijil-sijil akademik;
- Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM  / Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA/ Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM / Sijil Tahfiz Malaysia / Sijil Tahfiz Kementerian dengan kerjasama JAKIM
- Sijil Pelajaran Malaysia
- Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia/ Sijil Tinggi Agama Malaysia
4. Salinan Transkrip Pensijilan/ Diploma/ Ijazah/ Sarjana.
5. Salinan Surat Tawaran Pengajian 
6. Surat Akuan Pengajian / Surat Pengesahan Pengajian dan Salinan Keputusan Peperiksaan semasa (bagi permohonan di tahun dua dan ke atas);
7. Salinan kad pengenalan ibu / bapa / penjaga/ tanggungan;
8. Slip gaji ibu / bapa / penjaga ATAU Salinan Surat Pengesahan Pendapatan (bagi mereka yang bekerja sendiri); dan
9. Sijil-Sijil Ko-Kurikulum.

 

Pelajar yang tidak layak memohon adalah seperti yang berikut:
  1. Calon yang telah mendapat tajaan / biasiswa daripada mana-mana penaja;
  2. Pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Foundation / Pensijilan Tahfiz al-Quran / Pusat Bahasa;
  3. Penjawat awam;
  4. Pelajar yang sedang mengikuti program Pengajian Jarak Jauh; dan
  5. Penerima SPH yang telah ditamatkan pembiayaannya.

 

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan pada 8 April  2024 (Isnin)