PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU PROGRAM PENSIJILAN TAHFIZ AL-QURAN JAKIM-IIUM SESI 2025/2026

Darul Quran JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM. Pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian ini dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan akan mengikuti pengajian di bidang profesional di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  • Warganegara Malaysia
  • Bumiputera (Keturunan Melayu, Orang Asli Semenanjung, Anak Negeri Sabah dan Anak Negeri Sarawak)
  • Tidak Berkahwin
  • Lulus Peperiksaan Percubaan SPM 2024* dengan mendapat:

 

1. Minima Gred B dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut;

  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Pendidikan Syari’ah Islamiah / Pendidikan Islam / Usul al-Din / Turath al-Quran dan al-Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-‘Ulum al-Islamiah / Turath Dirasat Islamiah / Maharat al-Quran / Hifz al-Quran.

 

2. Minima Gred C bagi semua mata pelajaran berikut;

  • Bahasa Melayu
  • Matematik
  • Bahasa Arab / Al-Adab wa al-Balaghah / Al-Lughah al-  Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab
  • Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Bahasa Inggeris

 

3. Mendapat Gred C daripada mana-mana dua (2) dalam mata pelajaran berikut:

ALIRAN SAINS :

  1. Fizik
  2. Kimia
  3. Biologi
  4. Matematik Tambahan

Atau

ALIRAN SASTERA :

Mendapat gred B untuk mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:

  1. Sains
  2. Sains Tambahan
  3. Prinsip Akaun
  4. Perniagaan
  5. Ekonomi
  6. Pengajian Keusahawanan

 

  1. Lulus temu duga dan ujian yang ditetapkan

*PERINGATAN

  1. Pemohon hendaklah memilih UIAM sebagai Pilihan Utama melalui UPUOnline (sebagai Prasyarat Kelayakan).

 

TEMU DUGA

Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga.

 

PENGINAPAN / BIASISWA

Penginapan dan biasiswa disediakan serta tiada yuran pengajian (Pengajian di Darul Quran JAKIM)

 

CARA MEMOHON

Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap secara dalam talian (online) 

KLIK DI SINI (pilih Program Pengajian: Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-IIUM)

bermula pada: 3 Januari 2025

(Borang perlu dicetak dan dibawa semasa menghadiri sesi temu duga) 

 

Permohonan calon SPM 2024 adalah menggunakan:

i) Percubaan SPM 2024* atau

ii) Keputusan Peperiksaan Tingkatan 5 (tahun 2024* sahaja)      

*mendapat pengesahan pihak sekolah

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

3 FEBRUARI 2025

 

MAKLUMAN SEMAKAN LAYAK TEMU DUGA

Pemohon boleh menyemak keputusan layak temu duga di laman sesawang Darul Quran JAKIM

KLIK DI SINI

pada 13 Februari 2024

(Pelajar yang disenarai pendek SAHAJA akan dipanggil untuk menduduki temu duga)

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi

Seksyen Kemasukan, Biasiswa dan Graduasi, Darul Quran JAKIM di talian:

Tel: 03-6063 5323 / 5349 / 5351 / 5374