DARUL QURAN JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon program Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat di Darul Quran JAKIM (DQ) dan di Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ). Program ini mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQ)(MQA/FA7510).
Pengajian dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun (6 semester). Pelajar akan dibimbing oleh pensyarah-pensyarah yang profesional dan berpengalaman. Kursus-kursus elektif yang terdapat dalam program ini ialah:
- Kursus Elektif Qiraat (ditawarkan di Darul Quran JAKIM, MTN Pahang, KAQSA Melaka, MTQN (MAIK) Kelantan, MTQN Perak, IQDAR Kedah, ITQAN Negeri Sembilan, MTQ ADDIN Perak, KITAB Pulau Pinang, ITQAS Sabah dan MITIB Selangor)
- Kursus Elektif Syariah (ditawarkan di Darul Quran JAKIM dan MTN Pahang)
- Kursus Elektif Dakwah (ditawarkan di Darul Quran JAKIM, ITQAN Negeri Sembilan, IQDAR Kedah dan IKMAS Sarawak)
- Kursus Elektif Hadith (ditawarkan di Darul Quran JAKIM dan MTQN Perak)
- Kursus Elektif Muamalat (ditawarkan di Darul Quran JAKIM dan MTQN (MAIK) Kelantan)
- Kursus Elektif Pengurusan Halal (ditawarkan di Darul Quran JAKIM, KAQSA Melaka dan IQDAR Kedah)
1. Beragama Islam
2. Warganegara Malaysia
3. Berumur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh pendaftaran
4. Tidak berkahwin
5. Lulus:
- SPM (Calon yang telah memiliki keputusan SPM)
- Percubaan SPM (Calon SPM 2024 sahaja) atau
- Keputusan Peperiksaan Tingkatan 5 (Calon SPM 2024)
dengan syarat minimum Gred C dalam mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu; dan
- Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Usuluddin / Turath al-Quran dan Sunnah / Manahij al-Ulum al-Islamiah / Turath Dirasat Islamiah / Maharat al-Quran; atau
- LULUS Bahasa Arab; dan
- LULUS Bahasa Inggeris.
6. Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; dan
7. Lulus ujian temu duga yang dijalankan oleh Darul Quran.
8. Keutamaan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian (C) dalam mata pelajaran Bahasa Arab.
Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga.
Biasiswa / Bantuan Pendidikan akan diberikan kepada pelajar yang berkelayakan. *Tertakluk kepada penawaran dari Institusi tersebut.
Permohonan ke Darul Quran (DQ) dan Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) boleh diisi secara dalam talian (Online) bermula 7 Februari 2025 menerusi laman sesawang:
https://mydq.islam.gov.my/login_pemohon
Tarikh tutup permohonan adalah pada 12 Mac 2025
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Darul Quran JAKIM:
Telefon : 03-6063 5374 / 5323 / 5414
Faks : 03-6064 5497 / 03- 6064 2936
Emel : info_dq@islam.gov.my
- Sila semak senarai nama secara dalam talian menerusi laman sesawang https://mydq.islam.gov.my/login_pemohon dan bawa borang permohonan yang telah dicetak semasa temu duga.
- Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 28 Mac 2025 adalah dianggap tidak berjaya.
BIL. |
NAMA DAN ALAMAT LOKASI TAMBAHAN |
NO. TELEFON @ FAKSIMILI |
LAMAN SESAWANG ATAU |
1. |
Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) 73200 Gemenceh Negeri Sembilan. |
BAHAGIAN PENDIDIKAN JHEAINS Tel: 06-767 2831 Faks: 06-767 1850 |
http://www.itqan.edu.my http://jheins.ns.gov.my |
2. |
Maahad Tahfiz Negeri Pahang Kampus Maahad Tahfiz, Jalan Tanjung Lumpur 26060 Kuantan, Pahang. |
Tel : +609 -534 3333 / 09–534 8965 Faks : +609-534 3000 |
|
3. |
Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat (MAIK) Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Lot 2136, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Panji 16100 Pengkalan Chepa,Kota Bharu, Kelantan.
|
Tel: 09-774 4363
Faks: 09-771 5773 |
|
4. |
Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Negeri Perak D/A Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) Jalan Raja Musa Mahadi 31400 Ipoh, Perak. |
Tel: (60) 05-542 1203 Faks: (60) 05-542 1201 |
https://www.facebook.com/mtqnperak
|
5. |
Institut Tahfiz Al Quran Negeri Sabah (ITQAS) Jalan Persiaran Palma, 89600 Kinarut, Papar Sabah. |
Tel: 088751321 Faks: 088751320 |
https://www.facebook.com/officialitqas
|
6. |
Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang Kompleks Masjid Negeri, Jalan Air Itam, 11400, Georgetown, Pulau Pinang |
Tel: 04-835 1688 |
|
7. |
Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) TELAGA AIR 93050 KUCHING SARAWAK. |
Tel: 082-843 477 / 843 475 Faks: 082-843 440 |
https://www.facebook.com/ikmas emel: ikmas@islam.gov.my |
8. |
Kolej Al-Quran Sayyidina Ali, 75450 Bukit Katil, Melaka.
|
Tel: 06-231 4240 / 7725 Fax: 06-231 1587 |
emel: kaqsamelaka@gmail.com
https://www.facebook.com/kaqsamelaka
|
9. |
Institut Al Quran Darul Aman (IQDAR) Lebuhraya Sultanah Bahiyah 05350 Alor Setar, Kedah. |
Tel: 04-732 7015 / 04-732 7017 |
emel:iqdarkedah@iqdar.edu.my |
10. |
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN-4, Kampung Jalan Kachu, 35000 Tapah, Perak. |
Tel: 05-401 8199 / 019 347 3277 |
http://www.maahadtahfizaddin.edu.my emel: mtq4tapah@gmail.com |
11. |
Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Istana Bandar (MITIB) Jalan Istana Lama, Kampung Bandar, 42700 Banting, Selangor |
Tel: 03-3120 3257 |
facebook.com/MITSJugra.Official/
|