110 HUFFAZ DUDUKI PEPERIKSAAN STM SIRI 1/2022

2 Jun 2022 – Seramai 110 orang peserta yang layak dari seluruh Malaysia telah hadir bagi menjalani Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia Siri 1/2022. Ujian yang telah dijalankan bermula 8.45 pagi sehingga jam 5.30 petang ini telah diadakan di kampus Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu.

 

Ujian penilaian STM ini mengandungi beberapa komponen subjek iaitu:

  1. Hifz Al-Quran 30 Juzu’ Syafawi (lisan);
  2. Hifz Al-Quran 30 Juzu’ Tahriri (bertulis); dan
  3. Pengetahuan Agama Islam.

 

Syarat kelayakan permohonan bagi menduduki ujian penilaian STM adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 17 tahun dan ke atas;.
  3. Telah menghafaz 30 juzuk al-Quran; dan
  4. Mengemukakan surat pengesahan/rekod hafazan 30 juzuk dari institusi atau guru tasmi’.

 

STM diperkenalkan bagi memperakukan hafazan 30 juzuk al-Quran khususnya kepada penghafaz al-Quran yang tidak memperolehi pengiktirafan dari mana-mana institusi. Ketika ini, STM diterima pakai sebagai salah satu dokumen sokongan bagi permohonan Guru Tahfiz Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) yang ditawarkan oleh JAKIM bagi penerima STM Pangkat Mumtaz.