20 ORANG BAKAL “DOKTOR AL-HAFIZ” SELESAI DUDUKI PEPERIKSAAN PROGRAM PENSIJILAN JAKIM-UOC SESI JULAI 2022

26 Julai 2022 – Seramai 20 orang pelajar semester dua dan seorang pelajar semester enam dari Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-University of Cyberjaya (UoC) telah menduduki peperiksaan bagi sesi Julai tahun 2022. Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UoC ini merupakan program kerjasama akademik antara Darul Quran JAKIM dengan University of Cyberjaya (UoC) dalam usaha untuk melahirkan golongan “doktor al-hafiz”.

 

Peperiksaan pada sesi kali ini telah dilaksanakan dengan jayanya sebagaimana yang telah dijadualkan pada 25 hingga 26 Julai 2022 bertempat di Level 4 Blok Akademik University of Cyberjaya bagi peperiksaan syafawi (lisan) dan di Level 7 bagi peperiksaan tahriri (bertulis). Seramai lima orang pegawai Darul Quran telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan peperiksaan yang berlangsung di pusat peperiksaan tersebut.