PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU PROGRAM PENSIJILAN TAHFIZ AL-QURAN JAKIM-IIUM SESI 2023/2024

Darul Quran JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM.
Pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian ini dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan akan mengikuti pengajian di bidang profesional di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
 
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  • Warganegara Malaysia.
  • Bumiputera (Keturunan Melayu, Orang Asli Semenanjung, Anak Negeri Sabah dan Anak Negeri Sarawak).
  • Tidak berkahwin.
  • Lulus Peperiksaan Percubaan SPM 2022* dengan mendapat:
1) Minima Gred C bagi mata pelajaran Matematik;
2) Minima Gred C bagi semua mata pelajaran berikut:
i. Bahasa Melayu;
ii. Bahasa Arab / Al-Adab wa al-Balaghah / Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab;
iii. Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Bahasa Inggeris;
iv. Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Pendidikan Syari’ah Islamiah / Pendidikan Islam / Usul al-Din / Turath al-Quran dan al-Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-‘Ulum al-Islamiah / Turath Dirasat Islamiah / Maharat Al-Quran/ Hifz al-Quran;
v. Sejarah.
3) Mendapat C+ daripada mana-mana dua (2) dalam mata pelajaran berikut:
ALIRAN SAINS:
a) Fizik;
b) Kimia;
c) Biologi;
d) Matematik Tambahan.
 
ATAU
 
ALIRAN SASTERA:
Mendapat gred B untuk mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Sains;
b) Sains Tambahan;
c) Prinsip Akaun;
d) Perniagaan;
e) Ekonomi;
f) Pengajian Keusahawanan.
  • Lulus temu duga dan ujian yang ditetapkan.
  • Pemohon hendaklah memilih UIAM sebagai Pilihan Utama melalui UPUOnline (sebagai Prasyarat Kelayakan).

 

TEMU DUGA 

Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga.

 

PENGINAPAN / BIASISWA
  • Penginapan dan biasiswa disediakan.
  • Tiada yuran pengajian (pengajian di Darul Quran JAKIM).

 

CARA MEMOHON 
Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap secara dalam talian (online) 
KLIK DI SINI (pilih Program Pengajian: Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-IIUM)
bermula pada: 1 Februari 2023
(Borang perlu dicetak dan dibawa semasa menghadiri sesi temu duga) 

 

Permohonan calon SPM 2022 adalah menggunakan:
i) Percubaan SPM 2022* atau
ii) Keputusan Peperiksaan Tingkatan 5*; atau      
iii) Keputusan Akhir Tahun Tingkatan Empat*
*mendapat pengesahan pihak sekolah 
 
 TARIKH TUTUP PERMOHONAN

24 Mac 2023

 

MAKLUMAN SEMAKAN LAYAK TEMU DUGA
Pemohon boleh menyemak keputusan layak temu duga di laman sesawang Darul Quran JAKIM
pada 3 APRIL 2023
(Pelajar yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menduduki temu duga)
 
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi
Seksyen Kemasukan, Biasiswa dan Graduasi, Darul Quran JAKIM di talian:
Tel: 03-6063 5323 / 5349 / 5351 / 5374
 
JADUAL PERGERAKAN PROSES PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU 
 

BIL.

PROGRAM / AKTIVITI

TARIKH

1

Iklan Kemasukan Pelajar Baharu

01 Februari 2023

2

Permohonan online bermula.

3

Tarikh Tutup Permohonan

24 Mac 2023

4

Semakan Layak Temu duga (online)

3 April 2023

5

Proses Temuduga (Bersemuka)

11 - 13 April 2023
(20 – 22 Ramadan 1444)

6

Semakan Keputusan Temu duga (online)

8 Mei 2023*

7

Surat Tawaran Dikeluarkan (online)

8

Rayuan (online)

9

Tarikh Akhir Pengesahan Penerimaan Tawaran (online)

10 Mei 2023

10

Keputusan Rayuan (online)

22 Mei 2023

11

Pendaftaran Pelajar Baharu Pensijilan Tahfiz JAKIM-IIUM

 29 Mei 2023*

 

*Tertakluk kepada pindaan