PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN & AL-QIRAAT SESI 2024-2027

DARUL QURAN JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon
Program Diploma Tahfiz al-Quran & al-Qiraat di Darul Quran JAKIM (DQ) dan di Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ).
Program ini mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) (MQA/FA7510)
SISTEM PENGAJIAN
Pengajian dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun (6 semester). Pelajar akan dibimbing oleh pensyarah-pensyarah yang profesional dan berpengalaman. Kursus-kursus elektif yang terdapat dalam program ini ialah:
  • Kursus Elektif Qiraat (ditawarkan di Darul Quran JAKIM, MTN Pahang, KAQSA Melaka, MTQN MAIK (L) Kelantan, MTQN Perak, IQDAR Kedah, ITQAN Negeri Sembilan, MTQ ADDIN Perak dan ITQAS Sabah)
  • Kursus Elektif Syariah (ditawarkan di Darul Quran JAKIM dan MTN Pahang)
  • Kursus Elektif Dakwah (ditawarkan di Darul Quran JAKIM, ITQAN Negeri Sembilan, IQDAR Kedah, INSPI Terengganu dan IKMAS Sarawak)
  • Kursus Elektif Hadith (ditawarkan di Darul Quran JAKIM dan MTQN Perak)
  • Kursus Elektif Muamalat (ditawarkan di Darul Quran JAKIM dan MTQN MAIK (P) Kelantan)
  • Kursus Elektif Pengurusan Halal (ditawarkan di Darul Quran JAKIM dan KAQSA Melaka)
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
1. Beragama Islam
2. Warganegara Malaysia
3. Berumur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh pendaftaran.
4. Tidak berkahwin
5. Lulus:
  • SPM (Calon yang telah memiliki keputusan SPM sahaja); atau
  • Percubaan SPM (Calon SPM 2023 sahaja)*; atau
  • Keputusan Peperiksaan Tingkatan 5 (calon SPM 2023)*.
*mendapat pengesahan pihak sekolah
 
dengan syarat minimum Gred ‘C’  dalam mata pelajaran berikut: 
i) Bahasa Melayu
ii) Bahasa Arab / Al-Adab wa al-Balaghah / Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab;
iii) Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Usuluddin / Turath al-Quran dan Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-Ulum al-Islamiah / Turath Dirasat Islamiah / Manahij Ulum al-Islamiyah dan;
iv) LULUS  Bahasa Inggeris
v) LULUS Ujian Bertulis (Bahasa Arab dan Tajwid)
vi) LULUS Temu duga
vii) Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
 
ATAU
 
6. Kelayakan khas yang diberikan kepada Graduan Program Sijil Asas Tahfiz di Darul Quran JAKIM adalah seperti berikut:
i) Lulus mata pelajaran Bahasa Arab dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum tamat pengajian diploma / graduasi; dan
ii) Lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Maqbul dalam Program Sijil Asas Tahfiz Darul Quran JAKIM.
 
TEMU DUGA
Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga.
 
BIASISWA
Biasiswa/Bantuan pendidikan akan diberikan kepada pelajar yang berkelayakan.
*Tertakluk kepada penawaran dari Institusi tersebut.
 
CARA MEMOHON

Permohonan ke Darul Quran (DQ) dan Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) boleh diisi secara dalam talian (online) bermula 05 Mac 2024.

KLIK DI SINI

 
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
31 Mac 2024
 
MAKLUMAN SEMAKAN LAYAK TEMU DUGA
Sila semak senarai nama secara dalam talian menerusi pautan https://mydq.islam.gov.my/login_pemohon
 
1. Bawa borang yang telah dicetak semasa menghadiri sesi temu duga.
2. Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 30 Jun 2024 adalah dianggap tidak berjaya.
 
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi
Seksyen Kemasukan, Biasiswa dan Graduasi, Darul Quran JAKIM di talian:
Tel: 03-60635351 / 5349 / 5323 / 5374 / 5324
 
SENARAI LTDQ
 
BIL
NAMA DAN ALAMAT LOKASI TAMBAHAN
NO. TELEFON @ FAKSIMILI
LAMAN SESAWANG, E-MEL ATAU FACEBOOK
1
Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) 73200 Gemenceh Negeri Sembilan.
Tel. : 06-4319598 /
H/P : 017-6131056
Faks: 06-4319505
https://www.facebook.com/ITQANS?mibextid=ZbWKwL
2
Maahad Tahfiz Negeri Pahang,
Kampus Maahad Tahfiz,
Jalan Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan, Pahang.
Tel: +609 -534 3333 /
09–534 8965
Faks : +609-534 3000
3
Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat (MAIK) Kompleks
Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Lot 2136, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Panji 16100 Pengkalan Chepa,Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-774 4363
Faks: 09-771 5773
4
Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Negeri Perak D/A Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) Jalan Raja Musa Mahadi 31400 Ipoh, Perak.
Tel: (60) 05-542 1203
Faks: (60) 05-542 1201
5
Institut Tahfiz Al Quran Negeri Sabah (ITQAS)
Jalan Persiaran Palma,
89600 Kinarut, Papar Sabah.
Tel: 088751321
Faks: 088751320
6
Institut Pengajian Islam (INSPI) Kampus Binjai, 24000 Kemaman, Terengganu.
Tel: 09-850 3560
7
Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) TELAGA AIR 93050 KUCHING SARAWAK.
Tel: 082-843 477 /
843 475
Faks: 082-843 440
8
Kolej Al-Quran Sayyidina Ali, 75450 Bukit Katil, Melaka.
Tel: 06-231 4240 / 7725
Faks: 06-231 1587
e-mel: kaqsamelaka@gmail.com
9
Institut Al Quran Darul Aman (IQDAR) Lebuhraya Sultanah Bahiyah 05350 Alor Setar, Kedah.
Tel: 04-732 7015 /
04-732 7017
e-mel: iqdarkedah@iqdar.edu.my
10
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN-4, Kampung Jalan Kachu, 35000 Tapah, Perak.
Tel: 05-401 8199 /
011-12517008
e-mel: mtq4tapah@gmail.com
 
 
JADUAL PERGERAKAN

 

BIL.

PROGRAM / AKTIVITI

TARIKH

1

Iklan Kemasukan Pelajar Baharu

5 Mac 2024*

2

Permohonan online bermula

3

Tarikh Tutup Permohonan

31 Mac 2024

4

Semakan Layak Temu duga (online)*

25 April 2024*

5

Proses Temu duga (DQ)

06 – 09 Mei 2024*

6

Proses Temu duga (LTDQ)

26 – 28 Mei 2024*

7

Kemaskini Keputusan SPM 2023 (online)

DALAM TEMPOH
3 hari 
selepas keputusan SPM 2023 diumumkan

8

Semakan Keputusan Temu duga (online)

10 Jun 2024*

9

Surat Tawaran Dikeluarkan (online)

10

Rayuan (online)

11

Tarikh Akhir Pengesahan Penerimaan Tawaran (online)

12 Jun 2024

12

Keputusan Rayuan (online)

14 Jun 2024

13

Pendaftaran Pelajar Baharu

24 Jun 2024*

* Tertakluk kepada pindaan